Sunday, September 9, 2012

21 Ramadhan, 1431H


Tuesday, August 31, 2010

Hari ini, bersamaan dengan 31 Ogos, 2010.

Kalau begitu, dah agak lama saya diperhentian ini.

Dalam tazkirahlepas subuh oleh ustaz disabuah masjid yang kami sama-sama buat program iktikaf malam tadi mengatakan disini, dunia ini adalah baru perhentian ke3 dari beberapa belas perhentian manusia menuju kehidupan yang mutlak - kehidupan yang kekal diakhirat, samada disyurga atau dineraka.

Dan, dalam tazkirah tadi juga, ustaz tu bagi beberapa tips untuk mudah-mudahan kita semua dapat syurga, insyaallah;

pertama: ikhtiaar juga untuk mendapatkan lailatulqadar, yang dijanjikan Allah, kalau sesiapa yang beramal ibadat, berdoa, meminta dan menyerah diri kepadaNya pada malam itu, mudah-mudahan dimakbulkan.

Dia bagi perumpamaan, katakan disuatu masa, diwar-warkan bahawa saorang raja yang kaya raya, dermawan lagi akan memenuhi permintaan sesiapa saja yang meminta kepadanya akan datang kesetiap rumah kita. Masanya diantara sekian haribulan hingga sekian haribulan, kalaulah semasa dia datang kerumah kita tu, kita ada dan kita pun sempat berjumpa dengannya, kita akan dianugerahkan dengan pemberian yang tak pernah kita sendiri fikirkan banyaknya, apakah kita akan melepaskan peluang itu. Malah kita agaknya akan tinggalkan segala kerja buat, urusan, dan segalanya, dalam tempuh yang dinyatakan itu untuk menunggu raja itu dirumah kita, 24 jam, siang dan malam.

Malam lailatulqadar, Nabi Muhammad SAW dalam banyak riwayat menyuruh umatnya mencari malam itu dengan mengatakan akan berlaku disepuloh malam terakhir, dari 20 hingga 30 Ramadhan, kalau tak boleh sepuluh malam itu, lebih khusus, usahakanlah dalam malam-malam ganjil disepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, kalau tidak malam 21, (malam tadi), maka malam 23, atau 25 atau 27 atau 29 atau kalau tak upaya juga berusaha lebih khusus, carilah ia dimalam ke27.

Ganjaranya, beribadat pada malam itu lebih baik daripada beribadat selama 1000 bulan.

Ustaz tadi cuba menduga para pendengar kuliahnya dengan bertanya, agak-agaklah, dah banyak mana ibadah kita berbanding umor kita masing-masing. Katalah umor kita 60 tahun. Kebayakan kita pada umor 15 tu, baru-baru nak belajar sembahyang. Kita mula sembahyang dengan sempurna pada andaiannya bila dah berumor 20 tahun.

Kalau sembahyang ekspress, tak sampai 10 minit satu waktu sehingga pencen, umor 55 tahun (apa boleh buat, sibuk kerja, sembahyang pun mujur dah), maka didharablah 10 minit x 5 waktu sehari semalam x 365 hari setahun x 35 tahun, dapatlah jawapannya 638,750 minit. Lepas pencen hingga 60 tahun, dah tak sibuk sangat, tak ada punch card dan sebagainya, masa diberikan 20 minit setiap sembahyang x 5 x 365 x 5, menjadikan 182,500 minit. Jumlah semua 821,250 minit atau13,687.5 jam atau570.3125 hari atau 1.5625 tahun.........walhasilnya, dengan umor 60 tahun, masa sembahyang adalah satu satengah tahun atau 1.5/60 atau 0.025 bahagian. Aduhai, sikit sangatnya.

Maka kalaulah kita dapat anugerah lailatulqadar tu, taklah kita bawak share yang sikit tu mengadap Ilahi nanti.

Oleh kerana hari ini juga hari merdeka, ustaz tadi kait jugak bab merdeka. Ceritanya adalah cerita orang yang merdeka. Merdeka jiwa raganya, tidak takut kepada makhluk, hanya mengharap redhaNya sahaja.

Saya nukilkan semula sekadar ingatan saya, saudara yang ahli dalam bidang sejarah Islam, sempurnakanlah catitan saya ini agar lebih tepat dan memberi pengajaran yang lebih lagi, kepada saya, dan mereka yang mungkin berkesempatan melihat catatan saya ini dimas-masa hadapan.

Satu masa, kerajaan Islam menghantar bala tentera ke satu tempat, kalau tak silap saya, Qadisiyah (kalau silap perbetulkan saya, maklum saja, kuliah subuh tadi, jam 6 petang ni baru saya blogkan, dengan memori komputer pun dah mula dicemari dengan pelbagai virus kehidupan...) dengan menghantar Saad bin Abi Waqqas sebagai panglima.

Panglima musuh,bernama Rustam, mendengar kemaraan tentera Islam, terus mengambil langkah memanggil wakil tentera Islam untuk mengadakan rundingan. Rabi' bin Amir diutuskan oleh panglima Islam bertemu Rustam.

Rabi', datang berkuda dengan membawa sebilah lembing. Sesampainya dikhemah panglima Rustam dia turun dari kuda dan menjadikan lembingnya sebagai tongkat dengan menghentak-hentak mata lembing itu kekarpet mewah khemah panglima sambil maju kehadapan panglima Rustam.

Hebatnya saorang yang merdeka, tak ada kehebatan makhluk yang digeruninya. Lalu oleh para bodigad Rustam melarang akan Rabi' dari membawa lembing dan menyuruhnya meninggalkannya untuk bertemu Rustam. Kata Rabi', " aku kesini kerana jemputan panglima mu, kalau tak izinkan aku datang begini, aku akan pulang dan tidak ada perbincangan antara aku dan dia".

Jawapannya didengari Rustam dan dia menyuruh orang-orangnya membiarkan dia masuk begitu.

Setibanya didepan Rustam, Rabi' ditanya " kenapa kamu nak menyerang kami", Rabi' menjawab "kerana kami mahu tidak ada tuhan lain yang disembah, selain dari Allah Yang Maha Esa", dan apabila ditanya lagi siapakah dia, apakah dia panglima atau apa-apa pangkat yang disandangnya, Rabi' menjawab, aku saorang hamba. (Hamba kepada Allah), seterusnya ditanya apakah dia tidak takut untuk datang bersaorangan, dia sekali lagi menjawab yang dia sabenarnya telah bersedia untuk mati.

Wah, hebatnya saorang manusia yang merdeka dari segala ikatan duniawi. Matlamat hidupnya adalah Allah, Tidak ada kepentingan selain dari keredhaanNya.

Begitu hebatnya saorang yang merdeka jiwa raganya. Merdeka dari segala ikatan-ikatan dunia - kemerdekaan kita dimana?

Merdekakah kita umat Melayu Malaysia dalam nak membuat keputusan-kepuitusan penting dalam menentukan pemimpin misalnya. Merdekakah para cendikiawan untuk menyuarakan yang hak bagi membetulkan landasan laluan hidup ummah, merdekakah para ilmuan dan ulama' dalam menyampaikan kebenaran yang hakiki yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau merdekakah para pemimpin kita sendiri dalam membuat keputusan yang membawa kesejahteraan kepada yang dipimpin atau mereka masih terjajah oleh kerakusan nafsu kepentingan diri, kroni atau pengekalan status quo. Apakah roh dan jasad kemerdekaan yang telah, sedang dan akan dibawa setiap kali kita merayakan hari kemerdekaan 31 ogos setiap tahun itu sabenarnya.

Sudah 15 hari Ramadhan 1431 H


Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan tahun ini, sebagaimana biasa jugak, cuma dengan bilangan umur yang semakin banyak ni, kadang-kadang terasa letih sikit, lebih-lebih lagi nak melaksanakan pesanan orang tua yang saya cerita dulu tu ..........., al-maklumlah, nak memenuhi keperluan hidup dimusim 2010.

Tahu-tahu sudah 15 hari Ramadhan. Sudah berada difasa kedua, satelah fasa sepuluh pertama yang dijanjikan rahmat oleh Allah itu sudah berlalu. Semoga dengan usaha yang sedikit yang telah dilaksanakan, diizinkan juga olehNya rahmatNya kepada saya, keluarga dan seluruh muslimin, insyaallah.

Sehari dua ni panasnya sedikit membahang. Saorang anak saya yang berehat salepas balik dari sekolah meletakkan kain saputangan yang dicelup air sejuk atas kepalanya, macam orang demam dan dia tertidur dalam keadaan begitu. Bila ditanya, demamkah, dia jawab taaak ........

Benarlah kalau dikatakan puasa ni, hanya Allahlah yang memberi ganjarannya. Sebab, sememangnya godaan untuk melakukan perkara-perkara yang menjadikan sesaorang itu tidak berpuasa sangat hebat. Dengan laparnya, dahaganya, dan macam-macam lagi.

Dan, dengan yang masih tinggal 15 hari saja lagi ni, saya cadang nak masuk dengan gear baru. (selalu 'azam baru),

Saya teringat satu cerita (cerita lagi ...) saorang kawan yang pergi ketempat kawannya yang sedang bertapa dibawah satu air terjun disabuah bukit. Kawannya yang bertapa itu bertanya kepada kawan saya itu, mana yang lebih lama nak hidup samada didunia atau diakhirat, kawan saya menjawab tentulah diakhirat, kerana disana tak ada penghujungnya. Kawan saya ditanya lagi mana banyak persediaan yang kamu buat untuk hidup didunia atau diakhirat?, kawan saya terdiam. Kawannya pun meneruskan dengan berkata, oleh itu, kamu hendaklah membuat persediaan untuk hidup diakhirat lebih dari untuk hidup didunia.

Saya?, dan anda?

Taklah sampai kena pergi bertapa, tapi kalau nak diklasifikasikan urusan harian, dalam satu jadual, mana yang dikatakan urusan dunia, mana yang dikategorikan urusan akhirat, kalaulah segala kerja mencari rezeki itu tak boleh dimasukkan dibawah kolum urusan akhirat, aduuuuh, sampaikah satu per dua puluh empat urusan akhirat saya itu.

Tapi Allah tahu malah lebih dari tahu, sebagaimana yang manusia tahu, bahawa kehidupan manusia, makhluqNya ini begini. Dan, Dia telah berfirman, " Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu", lalu?

Sabenarnya tak payah mana. Aku kena jadikan segala kerjaku ibadah. Kerja yang harus, tidak menyalahi syarak adalah ibadah. Mencari rezeki yang halal adalah ibadah. Makan gaji yang amanah adalah ibadah. Dalam buat kerja, saya juga kena buat amalan-amalan khusus yang telah ditentukan: sembahyang jamaah, puasa, zakat, haji, berzikir, tasbih, selawat, qiamullail, dan, dan, dan sesungguhnya Allah Maha mengasihani kepada hamba-hambaNya yang senantiasa mencari redhaNya.

Gear baru saya?, sebagaimana dalam para atas itu laah.

Memang Islam itu sempurna.

Allahu akbar!

Tadarus Ramadhan 1431 H Kerajaan Negeri Kelantan


Friday, August 13, 2010

Ini sudah siri yang ke 18 Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar yang ini melancarkan tadarus yang memetik sebahagian dari ayat-ayat al-Qur'an untuk ditadarruskan, untuk difahami, diamalkan dalam kehidupan seharian. Kali ini sebahagian dari surah al Furqaan, ayat 63 hingga akhir, ia-itu ayat 77 dijadikan teks tadarrus.

Dalam pelancarannya diperingkat negeri, Tuanguru Dato Hj Muhammad Daud al-Iraqi yang menjadi naqib hari itu mengatakan, untuk tahun ini, kalau boleh amalkan satu ayat yang pertama itu pun, dah cukup.

Ayat pertama dalam tadarrus tahun ini adalah "wa 'ibaadurrahmaan ....... qaaluu salaamaa" yang bermaksud ' Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dengan kata-kata yang baik'

Seterusnya untuk diiktiraf sebagai saorang hamba kepada Allah Yang Maha Penyayang dinyatakan beberapa ciri yang misti dimiliki selain dari sifat yang pertama diatas, ia-itu;

2. melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka

3. yang berkata " ya tuhan kami,jauhkanlah azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal

4. bila membelanjakan, tidak boros, tidak kikir, dipertengahan

5. tidak menyembah tuhan lain berserta Allah, tidak membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya, tidak berzina

6. bertaubat dan beramal saleh

7. tidak memberi penyaksian palsu, tidak bersama-sama orang yang melakukan perbuatan yang tidak berfaedah

8. peka kepada peringatan Allah melalui ayat-ayatNya

9. yang berkata " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.

Orang-orang yang memenuhi syarat diatas itulah yang dibalasi dengan martabat yang tinggi dalam syurga kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat didalamnya. Mereka kekal didalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Begitulah, kalau nak kata payah, payahlah jadinya, dan memang payah sebab, kata naqib hari itu, hanya saorang dalam seribu yang mendapat tempat disyurga.

Tapi, kalau nak kata mudah, boleh jugak sebab, Allah yang buat kita, maka, tentu Dia suruh kita buat berpadanan dengan kemampuan kita. Allahu akbar!

Ya Allah, permudahkanlah dan izinkanlah aku, ahli-ahliku, keturunanku, keluargaku, kaum kerabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat, samada yang sudah meninggal atau masih hidup memperolehi Syurga Mu dengan RahmatMu ya Allah.

Dan, selamatkanlah, jauhkanlah aku, kedua-dua ibu bapaku, ahli-ahliku, keturunanku, kaum keluargaku, dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati dari nerakaMu ya Allah!.

Haaai, sibuknya cari makaaan ................


Tuesday, August 3, 2010

Banyak hari dah tak dan nak tulis apa-apa dalam blog hebat ni.

Bukan kerana apa, kerana saya ingat pesanan saorang tua yang berasal dari miskin, kemudian jadi kaya raya kepada dua orang anak lelakinya disaat sakratul mautnya, katanya " aku dah bahagikan harta kekayaan aku sama banyak kepada kamu berdua, kamu jagalah sebaiknya, manafaatkankanlah sepenuhnya dan ikhtiarkanlah agar harta yang aku tinggalkan itu terus subur dan bertambah-tambah keberkatannya.", Si bapa menambah lagi, " cuma, buat pedoman kamu berdua, aku nak pesan dua perkara, amalkanlah dengan istiqamahlah agar kamu beroleh apa yang aku pesan itu,...............( nafas siayah semakin pendek dan tersekat-sekat, kedua-dua sianak semakin mendekatkan telinga mereka kemuka siayah...)

"........ pertama, kamu hendaklah pergi dan balik ke dan dari tempat kerja, jangan terkena cahaya matahari, ................ (terhenti sabentar) dan, dan ........ dan kedua, kamu hendaklah memakan ikan banyak-banyak..........." habis saja pesanan kedua, qaa luu inna lillaahi wainnaa ilaihi raajiuuunlah orang tua itu.

Kedua-dua beradik serentak menjerit ............ "ayaaaah!," dan nak meneruskan dengan pertanyaan, ....... bagaimana nak ke dan dari tempat kerja supaya tak terkena cahaya matahari dan kenapa, jenis ikan apa agar dimakan banyak-banyak dan bagaimana pula kaitannya dua amalan ini dapat memastikan pesanan orang yang dikasihi mereka ini terlaksana, tetapi, Allah yang menentukan, orang tua ini telah menerima jemputanNya kealam barzakh. Allahu Akbar!.

Maka satelah disempurnakan urusan jenazah dengan kadar yang seberapa segera sebagimana yang dikehendaki agama, bermenunglah kedua beradik itu menterjemahkan pesanan ayah mereka.

Direngkaskan cerita, saorang dari mereka berakhir kehidupannya dengan menjadi kaya raya, hidup dalam kesejahteraan dan saorang yang lain berkesudahan dengan miskin papa kedana dan hidup dalam penderitaan. Kedua-duanya dikatakan mengamalkan pesanan mengikut terjemahan masing-masing.

Itui cerita, buat anda semua berteka teki. Bagaimana terjemahan sikaya dan bagaimana pula terjemahan simiskin..............

Saya meminjam pesanan orang tua itu dan menterjemahkan pergi kerja sabelum matahari naik dan balik bila matahari dah jatuh, sementara jangan bermewah-mewah dan mambazir dalam makan minum. (Sebab, dimasa dulu ikan adalah dikalangan makanan yang murah).

Lalu saya keluar kerja lepas solat subuh, berhenti untuk solat zohor dan asar, dan balik dekat maghrib!, hebat sangat bunyi tuuuu. Maka tak sempatlah nak mengupdatekan bloggggg, malam pula dengan urusan yang lain lagi.

Itu muqaddimah alasan sebab tak up date blog, bunga-bunga sajaaa.

Hari ini, 2 ogos, 2010, terlihat lagi cerita beberapa pihak meletakkan ..........( berhenti dulu untuk solat maghrib, sambung lepas niiiii)

(balik sabentar dari masjid sebab ustaz yang bagi kuliah malam ini, kalau tunggu pun, tak boleh diambil butir sebab suaranya yang tak jelas, ditambah pula dengan sistem pembesar suara yang tak baik-baik lagi, boleh beriktikaf sajalaaaah)

...............sesaorang dikandang salah kerana dikatakan menolak kearah perpaduan. Ini cerita lama sabenarnya, diakhbar yang saya tengok hari ini tu bertarikh 28 julai, 2010. Dalam akhbar hari tu saja, beberapa orang yang bermulut luas, yang suka bercakap, satengah-satengah nya tak bercakap tapi melalui blognya, dipungut media kerana selari dengan aliran media tersebut ada macam-macam.

Ada mufti, ada ahli parlimen, ada Yang diPertua sabuah yayasan yang jaga dakwah, dan ada juga kolumnis dalam negeri yang bercakap menghentam sesaorang itu yang menolak perpaduan, yang mengatakan ........ ada pihak benci perkara maaruf, lebih rela tidur sebantal dengan pihak kafir yang menentang Islam, gelombang penafian politik, dan sabuah cerita masa depan, hikayat pada masa itu..........., itu tajuk yang diboldkan oleh media terbabit yang isinya menghentam PAS dan khususnya YAB Tuan Guru Dato MB Kelantan yang juga Murshidul Am PAS kerana menolak gagasan perpaduan anjuran umno.

Semua tulisan yang dipaparkan adalah macam kerja yahudi. Dia yang buat kat orang, kata orang yang buat kat dia. Puak ni tahukah tidak yang semua perkara yang ditulis itu adalah kerja umno dan pemimpin-pemiompin mereka, tetapi dilihat dan mahu dilihat dan difahami bahawa itu semua adalah kerja orang-orang PAS dan pemimpin PAS.

Inilah untungnya kalau rakyat tak berapa cerdik.

Untung lagi kalau rakyat cepat lupa, bagai kata mantan pm, tun che det.

Orang kata, no.1 buat-buat tak tahu, bagi pencacai-pencacai yang terus menerus menghimpit, menekan, menggunakan apa saja pendekatan, moral, keagamaan, logik dan sebagainya agar dilihat seluruh manusia khususnya Melayu yang kekurangan maklumat, ingatan dan pengetahuan itu bahawa PAS lah yang menolak perpaduan.

Diberi laluanlah kepada manusia yang sangat gemar jadi pencacai dan muka serta kata-katanya terpampang dimuka akhbar bercakap apa saja asal natijahnya menghentam PAS, dan pemimpin mereka. Maka muncullah pencacai-pencacai itu, macam kelkatu keluar dari busut lepas hujan, lepas satu, satu, kadang-kadang beramai-ramai. Yang tak popular, inilah masa nak jadi popular dan muncul diakhbar.

Orang kata juga, disamping pencacai-pencacai ni dok baham PAS dan pemimpin-peminpinnya, no.1 buatlah kerja yang dikira dapat menaikkan darjatnya simata manusia yang dipanggil Melayu itu.

Aduuuuh, serampang beberapa mata.

Itulah cara untuk survive. Survival dalam alam yang tiada halal haram hanya ikut otak, ikut perunding (walau dari golongan yahudi) bukan ikut taufik serta hidayah. Oleh pencacai-pencacai dikaitnya cerita dahulu, sekarang dan diunjurkan pula andaian-andaian akan datang untuk menjustifikasikan tohmahan yang mengatakan PAS lah yang menolak perpaduan, yang menatijahkan hilangnya kekuasaan Melayu dibumi Malaysia ini sudahnya.

Hebat. Saya kata hebat kerana bukan sahaja orang kampung yang tak berilmu pengetahuan yang termakan dengan dakyah itu. Para mahasiswa juga sebahagiannya tertelan dakyah itu mentah-mentah.

Ada tulisan yang pada saya tiada otak waras yang boleh berfikir bagaimana ianya boleh terjadi. Kolumnis Utusan Malaysia, cuit, oleh zaini hassan mengatakan, ......... maka tiada mustahil akhirnya Singapura akan bersambung dengan Johor, Melaka, N9, Selangor, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang serta Kedah. Apabila kesemua negeri-negeri ini bersambung dengan satu ideologi, tidak mustahil sistem pemerintahan yang diidam-idamkan oleh DAP itu akan menjadi kenyataan...........(utusan Malaysia, rabu 28 Julai, 2010, ms 4)

Boleh jadi penjualan sebahagian besar dari kawasan disabuah tapak pembangunan yang baru dibuka di Johor kepada Singapura itu adalah kearah perlaksanaan unjuran ini. Kalau inilah sebahagian dari grand design itu, maka umnolah yang memulakannya. Jangan dok tuding jari kat orang lain pula.

Apa projek yang menjuruskan kearah perlaksanaan Singapura Raya (Greater Singapore) itu di Melaka dan N9 saya tak perasan. Sementara di Selangor, Putrajaya, Perak, P. Pinang dan Kedah, kerajaan masa ini bagi negeri-negeri itu belum ada plan nak jual negeri kepada Singapura sebagaimana amalan umno beberapa puluh tahun dulu tu.

umno oh umno, pencacai oh pencacai, akhirnya Melayu oh Melayu!

Geger pulak umno mengajak PAS bersatu


Saturday, July 24, 2010

Heh heh heh nak mampus baru nak ajak bersatu.

Dalam nak ajak bersatu tu, benda-benda hak yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS/Pakatan Rakyat masih jugak disekat. Macam israel, tanah orang dia rompak, tuan tanah dipersalahkan, kemudian tawarkan pelan damai, hak mu aku rampas, mu sendiri aku palu semahu mahunya, di televisyen, ajak, mari kita berdamai...., boleh jadi puak umno ni ambil israel jadi guru dia.

Kata si ustaz Asri mantan mufti Perlis, nak bersatu tu untuk apa, nak bersatu Melayu? sejarah katanya tak akan dapat jadi bersatu atas nama bangsa. Bangsa arab katanya yang terdiri dari pelbagai kabilah itu, walaupun semangat kebangsaannya sangat dalam, tak jadi juga bersatu bangsa itu.

Ada jurucakap umno dalam satu wacana mengenai isu bersatu ni berkata, PAS bubar dulu parti kemudian ahli-ahli PAS masuk umno semua, maka jadilah kita bersatu. Nak bersatu pakat jadi manusia yang menentang terlaksananya hukum Allah dimuka bumi ini. Dimulut, nak laksanakan Islam, diperbuatan jauh pacak dari panggang - tak boleh dipercayai, tak boleh diharap, jangan diharap akan berlaku sebagaimana cakapnya siahli wacana umno itu.

Sudah berapa ramai orang-orang kanan PAS dan mereka yang dikira ada kemampuan yang mempunyai hajat dan cita-cita untuk memperbaiki umno dari dalam berkesudahan dengan menjadi pak tolol saja dalam umno atau ditendang tunggang langgang keluar umno macam kita tengok pertarungan diantara popye dengan brutus, terhumban salah satu yang kalah itu beratus batu atau beberapa kilometer kelangit. Itu kartun, tak apalah, nanti dalam siri seterusnya, kalau kali ini popye yang menang, kali yang lain, brutus pula yang menghumbankan dia, dalam beberapa saat saja keadaan itu berlaku.

Ini bukan kartun dan kita tak boleh jadikan kartun sebagai pedoman.

Ini alam nyata, alam yang dipertanggung jawabkan setiap yang mukallaf terhadap apa yang dilakukan disini. Ini alam mazra'atul akhirah. Ini kebun yang setiap manusia perlu siapkan dengan segala tanaman yang membuahkan hasil yang baik untuk dituai diakhirat nanti. Ini bukan alam kartun atau filem atau bangsawan atau alam cobaan p ramli.

Agenda bersatu ni nampaknya macam juga beberapa isu yang dijadikan strategi oleh GOP made in malaysia itu sabelum ini, cipta isu yang kontroversial, ambil beberapa orang dari PAS yang minat gambarnya dan ucapannya dimasukkan keakhbar, kemudian, laga-lagakan mereka dengan PAS.

Sehari dua ini gambar dan kata-kata ketua pemuda, sheh Nasruddin digunakan. Saya agak dah tak tahu berapa ramai orang PAS, yang mula mual dengan ulamak muda ini, kalau itulah sabenarnya yang dia cakap, tapi, kaedah dalam Islam, sebarang berita yang dibawa oleh orang atau organisasi fasiq, hendaklah difatabayyanu, diteliti terlebih dahulu. Dia orang kanan parti, takkan bercakap sesuatu yang belum mendapat green light dari pimpinan. Agak saya dia dijadikan sandaran oleh umno. Tempat bersandar yang dihajatkan boleh meminda minda orang PAS agar melihat ajakan umno ini satu yang ori, iklas dan perlu diberi perhatian, dalam masa yang sama, boleh menjadikan beberapa orang PAS meluat kepada personaliti ini. Bagi umno, orang percaya, untung dia, orang marahkan ustaz Nasruddin pun untung dia juga. Bijak berniaga umno ni. Dalam hal berniaga ni, sapa pulak agaknya gurunya. Mungkin, yang lebih bijak dari israel adalah syaitan, tak tahulah.

Maka, kebersatuan yang digegerkan umno itu pun kena diberikan pertimbangan yang sejajar dengan tanggung jawab satiap yang mukallaf itu. Kemana jatuhnya ajakan umno untuk bersatu apakah ianya melaksanakan perintah ........ sebagaimana yang disebut oleh pewacana umno itu, wa'tasimu bihablillaahi jamiian walatafarraqu - hendaklah kamu bersatu, berpegang pada tali Allah, jangan kamu berpecah belah ........ atau, sekadar nak acah-acah dan supaya oleh orang-orang yang boleh diperdayakan melihat puak mereka tu baik nak bersatu, berjurus sungguh dia, hulurkan satu tangan, dibeberapa tangan yang lain, yang disembunyikan dibelakang itu ada sesuatu yang membahayakan, bunga disatu tangan yang dihulurkan, racun atau bedil ditangan-tangan lain yang disembunyikan (macam ada satu lagu tu laah, saya tak hafal lirik dan tajuknya).

Payahlah orang nak percaya kalau dah ada rekod jenayah, ingat cerita penjual terong dan limau besar tu?, itupun bukan salah sipenjual. Sipenjual itu muallaf yang baru 'masuk melayu', menjual terong dan limau besar. Diusia yang telah agak lewat apek muallaf ini telah keras lidahnya dan dia menyebut......."teloong-teloong, rimau besaaar!!!!!.........." dengan kuat, berkali-kali untuk menarik perhatian orang kampung. Orang kampung keluar dengan kapak, parang, tombak dan segala senjata yang dikira boleh mengalahkan rimau besar, rupa-rupanya apek muallaf menjual terong dan limau besar. Dikala siapek muallaf betul-betul bertembung dengan rimau besar, jeritannya disangkakan sekali lagi dia menjaja terong dan limau besar dan siapek qaaluu dibaham rimau.

umno?, bukan kerana telor atau ter mereka dalam segala perbuatan yang tidak boleh dikompromikan. Mereka merancang sungguh, guna apko lagi, penasihat antarabangsa yang dibayar mahal tu, untuk menghancur leburkan PAS, PR dan saya rasa, tak payah nak masuk akhbarlah dengan menjadi penjustify kepada cadangan-cadangan mereka yang kita telah semua tahu, mereka boleh dan akan berbuat apa saja sebab, politik mereka tak bercampur dengan ugama. Tidak ada halal haram dalam berpolitik mereka. Atau, al-fadhil al ustaz Nasaruddin al tantawi kita tak kenal lagi?.

wallahuaklam.

Akhirnya Piala Dunia Dapat Kepada Sepanyol


Sunday, July 11, 2010

Malam tadi tidur saya terganggu oleh sesuatu sebab. Bangun-bangun jam 2 pagi. Ah, nak buat apa ni.........., bertahajjud, awal lagi, urusan itu, ketika terlaksana, saya buat dihujung malam, dekat nak subuh. Tiba-tiba teringat malam ni ada perlawanan akhir bolasepak piala dunia, 2010.

Bila dibuka TV, pengacara sudah bersedia dengan liputan-liputan sepanjang kejohanan, dan kemudian siaran kangsung di siarkan.

Begitulah bola. Bola itu bulat. Jerman yang sudah beberapa kali menjadi johan piala berprestij itu kalah ditangan Sepanyol yang belum pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.

Sabtu, 10 Julai, 2010 - Payah pun kena syukur jugak.


Saturday, July 10, 2010

Hari ni pagi lagi saya bersama 3 anak jantan kekebun, menyempurnakan polibeg tanaman sejenis herba yang kami proses sebagai ubat tradisional dan sehingga kini boleh dikatakan ok la. Boleh juga dikatakan sebahagian besar dari pengguna akan membuat pesanan ulangan satelah mereka mengambil herba ini. Alhamdulillah.

Separuh dari polibeg yang telah diisi dengan media tanaman itu dah dinaiki rumput, subur pulak tuu, masakan tidak media tanaman yang diisi kedalamnya dicampur dengan baja organik, kebetulan hujan pun jadi sekarang, apa lagi sedaplah puak rerumput yang bercambah didalam polibeg itu membesar dengan makanan yang cukup.

Payah juga nak tarik rumput dan anak pokok yang tumbuh dalam polibeg itu, ada anak pokok yang akarnya seakan-akan memenuhi polibeg dan menjadikan jari telunjuk kanan saya sakit dan payah nak dibengkokkan.

Tiba-tiba dalam satu kelompok polibeg, bila saya menarik rumput dan anak-anak pokok keluar sekumpulan semut merah yang tidak menggigit. Wah, fikiran saya cepat mentafsirkan, kalaulah semut ini semut gatal alamat amat payahlah kami nak buat kerja. Dan, masa itu, saya akan mengatakan, 'kalau tak ada semut gatal, pasti aku dapat mencabut rumput ini dengan selesa dan cepat dan sebagainya.

Oh, rupa-ruipanya terlalu banyak ni'mat Ilahi dengan menumbuhkan rumput dan anak-anak pokok ini dalam polibeg ini, Allah tidak menumbuhkan pokok duri, tak diperintahkan semut gatal berumahtangga dalam polibeg ini, tak juga Allah SWT memberi keizinan untuk jadi tempat persembunyian ular lipan dan sebagainya disini.

Rupa-rupanya, banyak benda yang membolehkan aku bersyukur dengan apa yang ditentukan Nya. Apa kata kalau dalam polibeg ini ada macam-macam, tentulah pada masa itu aku akan ................. bersambung