Sunday, September 9, 2012

21 Ramadhan, 1431H


Tuesday, August 31, 2010

Hari ini, bersamaan dengan 31 Ogos, 2010.

Kalau begitu, dah agak lama saya diperhentian ini.

Dalam tazkirahlepas subuh oleh ustaz disabuah masjid yang kami sama-sama buat program iktikaf malam tadi mengatakan disini, dunia ini adalah baru perhentian ke3 dari beberapa belas perhentian manusia menuju kehidupan yang mutlak - kehidupan yang kekal diakhirat, samada disyurga atau dineraka.

Dan, dalam tazkirah tadi juga, ustaz tu bagi beberapa tips untuk mudah-mudahan kita semua dapat syurga, insyaallah;

pertama: ikhtiaar juga untuk mendapatkan lailatulqadar, yang dijanjikan Allah, kalau sesiapa yang beramal ibadat, berdoa, meminta dan menyerah diri kepadaNya pada malam itu, mudah-mudahan dimakbulkan.

Dia bagi perumpamaan, katakan disuatu masa, diwar-warkan bahawa saorang raja yang kaya raya, dermawan lagi akan memenuhi permintaan sesiapa saja yang meminta kepadanya akan datang kesetiap rumah kita. Masanya diantara sekian haribulan hingga sekian haribulan, kalaulah semasa dia datang kerumah kita tu, kita ada dan kita pun sempat berjumpa dengannya, kita akan dianugerahkan dengan pemberian yang tak pernah kita sendiri fikirkan banyaknya, apakah kita akan melepaskan peluang itu. Malah kita agaknya akan tinggalkan segala kerja buat, urusan, dan segalanya, dalam tempuh yang dinyatakan itu untuk menunggu raja itu dirumah kita, 24 jam, siang dan malam.

Malam lailatulqadar, Nabi Muhammad SAW dalam banyak riwayat menyuruh umatnya mencari malam itu dengan mengatakan akan berlaku disepuloh malam terakhir, dari 20 hingga 30 Ramadhan, kalau tak boleh sepuluh malam itu, lebih khusus, usahakanlah dalam malam-malam ganjil disepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, kalau tidak malam 21, (malam tadi), maka malam 23, atau 25 atau 27 atau 29 atau kalau tak upaya juga berusaha lebih khusus, carilah ia dimalam ke27.

Ganjaranya, beribadat pada malam itu lebih baik daripada beribadat selama 1000 bulan.

Ustaz tadi cuba menduga para pendengar kuliahnya dengan bertanya, agak-agaklah, dah banyak mana ibadah kita berbanding umor kita masing-masing. Katalah umor kita 60 tahun. Kebayakan kita pada umor 15 tu, baru-baru nak belajar sembahyang. Kita mula sembahyang dengan sempurna pada andaiannya bila dah berumor 20 tahun.

Kalau sembahyang ekspress, tak sampai 10 minit satu waktu sehingga pencen, umor 55 tahun (apa boleh buat, sibuk kerja, sembahyang pun mujur dah), maka didharablah 10 minit x 5 waktu sehari semalam x 365 hari setahun x 35 tahun, dapatlah jawapannya 638,750 minit. Lepas pencen hingga 60 tahun, dah tak sibuk sangat, tak ada punch card dan sebagainya, masa diberikan 20 minit setiap sembahyang x 5 x 365 x 5, menjadikan 182,500 minit. Jumlah semua 821,250 minit atau13,687.5 jam atau570.3125 hari atau 1.5625 tahun.........walhasilnya, dengan umor 60 tahun, masa sembahyang adalah satu satengah tahun atau 1.5/60 atau 0.025 bahagian. Aduhai, sikit sangatnya.

Maka kalaulah kita dapat anugerah lailatulqadar tu, taklah kita bawak share yang sikit tu mengadap Ilahi nanti.

Oleh kerana hari ini juga hari merdeka, ustaz tadi kait jugak bab merdeka. Ceritanya adalah cerita orang yang merdeka. Merdeka jiwa raganya, tidak takut kepada makhluk, hanya mengharap redhaNya sahaja.

Saya nukilkan semula sekadar ingatan saya, saudara yang ahli dalam bidang sejarah Islam, sempurnakanlah catitan saya ini agar lebih tepat dan memberi pengajaran yang lebih lagi, kepada saya, dan mereka yang mungkin berkesempatan melihat catatan saya ini dimas-masa hadapan.

Satu masa, kerajaan Islam menghantar bala tentera ke satu tempat, kalau tak silap saya, Qadisiyah (kalau silap perbetulkan saya, maklum saja, kuliah subuh tadi, jam 6 petang ni baru saya blogkan, dengan memori komputer pun dah mula dicemari dengan pelbagai virus kehidupan...) dengan menghantar Saad bin Abi Waqqas sebagai panglima.

Panglima musuh,bernama Rustam, mendengar kemaraan tentera Islam, terus mengambil langkah memanggil wakil tentera Islam untuk mengadakan rundingan. Rabi' bin Amir diutuskan oleh panglima Islam bertemu Rustam.

Rabi', datang berkuda dengan membawa sebilah lembing. Sesampainya dikhemah panglima Rustam dia turun dari kuda dan menjadikan lembingnya sebagai tongkat dengan menghentak-hentak mata lembing itu kekarpet mewah khemah panglima sambil maju kehadapan panglima Rustam.

Hebatnya saorang yang merdeka, tak ada kehebatan makhluk yang digeruninya. Lalu oleh para bodigad Rustam melarang akan Rabi' dari membawa lembing dan menyuruhnya meninggalkannya untuk bertemu Rustam. Kata Rabi', " aku kesini kerana jemputan panglima mu, kalau tak izinkan aku datang begini, aku akan pulang dan tidak ada perbincangan antara aku dan dia".

Jawapannya didengari Rustam dan dia menyuruh orang-orangnya membiarkan dia masuk begitu.

Setibanya didepan Rustam, Rabi' ditanya " kenapa kamu nak menyerang kami", Rabi' menjawab "kerana kami mahu tidak ada tuhan lain yang disembah, selain dari Allah Yang Maha Esa", dan apabila ditanya lagi siapakah dia, apakah dia panglima atau apa-apa pangkat yang disandangnya, Rabi' menjawab, aku saorang hamba. (Hamba kepada Allah), seterusnya ditanya apakah dia tidak takut untuk datang bersaorangan, dia sekali lagi menjawab yang dia sabenarnya telah bersedia untuk mati.

Wah, hebatnya saorang manusia yang merdeka dari segala ikatan duniawi. Matlamat hidupnya adalah Allah, Tidak ada kepentingan selain dari keredhaanNya.

Begitu hebatnya saorang yang merdeka jiwa raganya. Merdeka dari segala ikatan-ikatan dunia - kemerdekaan kita dimana?

Merdekakah kita umat Melayu Malaysia dalam nak membuat keputusan-kepuitusan penting dalam menentukan pemimpin misalnya. Merdekakah para cendikiawan untuk menyuarakan yang hak bagi membetulkan landasan laluan hidup ummah, merdekakah para ilmuan dan ulama' dalam menyampaikan kebenaran yang hakiki yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau merdekakah para pemimpin kita sendiri dalam membuat keputusan yang membawa kesejahteraan kepada yang dipimpin atau mereka masih terjajah oleh kerakusan nafsu kepentingan diri, kroni atau pengekalan status quo. Apakah roh dan jasad kemerdekaan yang telah, sedang dan akan dibawa setiap kali kita merayakan hari kemerdekaan 31 ogos setiap tahun itu sabenarnya.

No comments:

Post a Comment