Saturday, September 8, 2012

Hari Ketiga - Masjid: Jadikan ianya tempat paling berhasanah


Minggu lepas, saya kerumah abang kerana perkahwinan anaknya. Tahniah untuk (Kakak) Nur Sabila Al-Hafizah, dan suaminya Abdul Manan Al-Hafiz. Semoga Allah mencucuri rumahtangga kalian dengan sepenuh rahmatNya, dunia dan akhirat.


Saya kesana hari Jumaat. Dalam perjalanan singgah disabuah masjid untuk sembahyang jumaat, membuka cermin mata dan meletakkannya diatas simen tempat wudhu' dan tertinggal disitu, menyedarinya satelah perjalanan sejauh lebih 100 km.


Saya amat menyayangi cermin mata itu walaupun fremnya berharga RM15 dan kantanya sekitar RM50, tapi saya amat selesa dengannya. Saya singgah diperjalanan balik untuk mengambilnya. Saya mencari dari tempat saya meletakkannya, sehingga keatas mimbar imam berkhutbah, dalam almari kain sembahyang muslimat, dan, dan rata, tak ada. Rasa sedikit kecewa, tapi apakah yang paling baik selain dari mengucapkan Alhamdulillah!


Saya cuba pula mencari kalau-kalau ada satu nota kecil bertulis " SATU CERMIN MATA DIJUMPAI, PEMILIK SILA HUBUNGI IMAM, USTAZ HJ.....DI NO 012-3456789 ATAU BILAL, USTAZ HJ....DI NO 013-4567890 ATAU SIAK, EN...DI NO 014-5678901".... pun tak ada.


Aduhai..., apakah disini juga masih ketandusan hasanahnya?, tentunya bukan masjid yang salah, tapi pengunjungnya. Teringat saya, dimasjid adalah diantara tempat-tempat yang barang-barang saperti purse, cermin mata, jam tangan, cincin dan sebagainya tertinggal. (Pernah juga saorang kawan tertinggal pistolnya dalam tandas sabuah masjid, tapi Alhamdulillah, bila dia kembali kemasjid itu, beg kecilnya masih berada diatas cistern disitu).


Saya pun terfikir, bagaimana nak menghasanahkan tempat suci ini?, biar sesiapa yang tertinggal apa-apa didalam pagar masjid ini yakin barangnya itu akan diperolehi kembali walaupun salepas beberapa hari ia tertinggal, dan solatnya tidak pernah terganggu dengan penuh rasa cemas satelah sesuatu tertinggal dimana-mana masjid.


Langkahnya, pertama: Imam senantiasa, setiap hari, setiap jumaat, mengingatkan, apa saja yang ditemui dimasjid, hendaklah diserahkan kepada beliau atau mana-mana kakitangan masjid yang telah ditetapkan oleh mesyuarat JK masjid pada hari itu juga. Haram menjadikan barang yang ditemui itu sebagai milik orang yang menjumpainya.


Kedua: Dimasjid ada satu papan tanda, bercermin dengan tajuk DIJUMPAI, dan etiap barang yang dijumpai akan diwartakan dipapan tanda itu, dengan ayat lebih kurang sebagaimana yang saya harap saya jumpai diatas.


Tuan punya barang akan menalipon dan Imam atau mana-mana kakitangan yang menyimpan barangan itu boleh mengesahkan barang itu adalah miliknya dengan menanyakan ciri-ciri yang ada pada barang itu.

Friday, August 15, 2008

No comments:

Post a Comment