Saturday, September 8, 2012

Diambang Enam Belas Haribulan September 2008!

Jam 12 nanti sampailah enam belas haribulan sembilan, tahun 2008, satu tarikh yang oleh YAB Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke5 nak dinafikan berlakunya. Berlaku juga, Insyaallah.

Caca marba.

Oleh orang dinegeri Serambi Mekah ini caca adalah sajenis bubur yang bijinya besar-besar, kecil sikit dari biji kueh biji nangka. Tepungnya yang telah dimasak diteran dalam tempurung yang telah dibuat lubang. Lubangnya besar sikit dari lubang tempurung cendol. Kuahnya pekat sikit dari kuah cendol, tapi kedua-duanya dibuat dari tepung beras, lemak dan manis-manis belaka.

Marba pula diertikan sebagai macam-macam, ada yang terpakai, ada malah lebih banyak yang tidak. Caca marba ni pada pandangan mata, molek - dengan bijinya yang cukup saiz, kuahnya yang berwarna koko, campuran santan nyior dan manisan merah, pekatnya ok, tapi awas, kandungannya macam-macam. Bukan hanya setakat tepung beras, santan kelapa, manisan merah, garam dan perasa daun pandannya secukup rasa, tapi ada juga benda-benda yang non-edible, tapi tak kelihatan. Natijahnya bubur caca itu tidak boleh dimakan, toksid, beracun, kalau diperincikan halal-haram, haramlah jawabnya kerana mendatangkan mudharat. Jangan terpesona dengan rupanya yang menyamai bubur caca yang dibuat oleh emak dikampung.

Itu gambaran caca marba diambang enam belas september.

Menteri kanan menyanggah PM, Menteri yang dilantik (bukan dipilih oleh rakyat) menyanggah Menteri yang jaga keselamatan negara, Ketua Polis yang berjanji (dan disahkan oleh PM) untuk tidak terlibat dalam kes DSAI menandatangani arahan membawa kes kemahkamah tinggi, rombongan yang mengadakan pemukiman di Taiwan untuk mendalami ilmu pertanian moden dikatakan awal-awal lagi berhijrah ke Hong Kong kerana lari dari rombongan yang nak menemui mereka . . . .

Mengapa jadi caca marba saperti ini. Saya nak quote pula cakap saorang ahli jamaah lepas solat fardhu dimasjid mukim saya semalam. Katanya satu kes saja. Sebab Pak Lah setuju dengan Islam Hadhari. Pak Lah dikatakan reti sikit bab ugama Islam ni dibandingkan dengan yang lain-lain, yang sewaktu dengannya, tolak para shiekhs para-para al-fadhils dalam umno.

Itu yang ada dalam otak para rakyat menyebabkan kemenangan besar dalam PRU 2004.

Namun, dia yang tahu benda ini salah (agaklah) masih nak asak juga kehalkum rakyat supaya telan dengan pelbagai daya dan usaha, sehingga ada jabatan khas, katanya bagi kerja ini. 

Dah pun masuk 16/9/2008. Apa nak jadi ni?

Tian Chua kata, dalam berita jam 8 diTV3 tadi jadi.

Wallaahuaklam bissawaaaab.


Monday, September 15, 2008

No comments:

Post a Comment