Saturday, September 8, 2012

Hari Kelima : Nisfu Sya'aban

Dalam perjalanan pulang dari salah satu kenduri (pernah kalau musim kenduri ada sampai belasan jemputan kenduri sehari) semalam saya bersama saorang kawan singgah untuk menyempurnakan solat 'asar disabuah masjid.

Selesai azan, para makmum bersembahyang sunat. Ramai juga orang datang sembahyang jamaah dimasjid ini. Ada jugalah beberapa orang yang dalam perjalanan macam saya singgah, tapi saya tengok diantara masjid yang ramai secara perbandingannya anak mukim datang untuk solat jamaah bagi solat-solat waktu adalah masjid ini.

Selesai solat sunat ba'diyah, imam mengambil mikrofon dan mengumumkan "Malam ini nisfu Sya'aban, malam ini lepas kita solat Maghrib kita baca Yaasin, kemudian lepas Isya' kita adakan sedikit majlis makan. Mintak para makmum balik ni bagi tahu orang rumah, malam ni kita ada buat makan dan saya minta masing-masing pakat bawalah apa-apa ala kadarnya untuk kita buat majlis itu malam ini"

Tambahnya lagi, " Dan esok, kita pakat berpuasa. Puasa sunat hari nisfu Syaaban ini amat besar fadhilatnya. Besarnya fadhilat puasa nisfu Syaaban ini, sehingga ikan-ikan dilaut pun berpuasa hari nisfu Syaaban ni. Insyaallah kita pun berpuasa esok". Diulanginya dua kali pengumunan itu, kemudian muazzin qamat dan solat 'asar.

Saya tidak tahu ada ka tidak nas dan dalil pengumuman diatas (saya mengalu-alukan respon anda). Walaubagaimana pun, sampai saya dirumah, saya menyampaikan pula kepada ahli rumah saya, dan mengistiharkan esok kita berpuasa sunat nisfu Syaaban.

Dinihari tadi kami bersahur ala kadar. Ada sikit lagi nasi lemak lebihan makan malam tadi dan sedikit nasi puteh. Isteri hanya rebus telur, tumis sambal nasi lemak tadi masih cukup untuk bersahur dan kami, (saya, isteri, satu anak lelaki, dan tiga anak perempuan, termasuk anak bongsu - setakat ini, yang darjah dua itu) pun bersahur.

Hari ini Insyaallah puasa sunat kami dapat teruskan dengan mengharapkan ada ganjaran hasanah dari Nya, tak apalah, kami orang awam ini disamping mengerjakan taat terhadapnya, mengharapkan hasanah dalam masa yang sama. Bagi yang bertaraf wali atau menghampiri taraf itu, amalan taat mereka hanyalah diserahkan kepadaNya, bagi mereka melaksanakan segala itu adalah tugas dan kewajipan mereka. Bagi Allahlah apa yang akan ditentukanNya.


Saturday, August 16, 2008

No comments:

Post a Comment