Sunday, September 9, 2012

Raya Haji Kedua


Tuesday, December 9, 2008

Hari ini, 9 Dec, 2008, raya haji kedua bagi tahun ini, 1429 H.

Semalam, dihari raya haji pertama tahun ini saperti biasalah, ramai orang berkorban, dan satu badan non government organisation, ngo peringkat antarabangsa mengadakan korban 5 ekor lembu dikampung saya, saya dijemput menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima-penerimanya. Alhamdulillah.

Saya sempat bertanya pegawai ngo berkenaan bagaimana dengan orang-orang Palastin yang dinafikan keselesaan kehidupan mereka oleh yahudi Israel laknatullah itu, yang menyekat sumbangan daripada sabuah negara yang nak diberikan kepada mereka yang dikepung itu. Pegawai itu mengatakan, ya, kita ada orang yang sedang beroperasi disana. Semoga saudara kita diPalastin juga mendapat simpati dan pertolongan Ilahi serta dari seluruh umat Islam seluruh dunia.

Korban, bagi satengah-satengah orang, kena buat walaupun dia tak sembahyang. Saya dijemput makan daging korban oleh saorang yang ketika saya sampai dirumahnya belum bangun walaupun subuh dah habis, tuan rumah jemput makan. Saya tak makanlah.

Banyak lagi modal yang kena dilaburkan bagi memberi faham kepada umat ini mana yang lebih utama. Mana yang wajib, mana yang sunat, mana yang perlu didahulukan, mana yang boleh ditinggalkan kalau tak berkemampuan.

Bukan sahaja ibadat korban VS sembahyang, sehari dua ini bab mengharamkan yoga. Saya mengaitkan yoga dengan busana muslim, dan oleh YAB Tuanguru Dato' MB Kelantan menyentuh yoga dengan fahaman sekular yang menjadi anutan negara Malaysia. Kalau yoga itu haram, bagaimana dengan sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan ini, kata Tok Guru, tak kah dia haram juga.

Kalau YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah mampu menyebut amar makruf, nahi mungkar, bagaimana pula dengan para ulama' Malaysia.

No comments:

Post a Comment