Saturday, September 8, 2012

Raya Kelima

Hari ini hari kedua saya melaksanakan puasa sunat Syawal tahun ini. Hajat nak sempurnakan awal kerana memenuhi tawaran istimewa sambungan dari Ramadhan, dengan berpuasa sunat 6 hari salepas menyempurnakan Ramadhan ini akan diganjari oleh Allah bagai berpuasa setahun. Usahalah, begitulah adab mencari, kumpul mana yang termampu, segala-galanya untuk dihantar bagi kegunaan hari esok. (Ingat lagikah isi tadarus al-Qur'an yang telah saya masukkan dahulu itu?).

Semalam (Sabtu 4 Syawal, 1429 = 4 Okt., 2008) kami mengadakan majlis hari raya diperingkat DUN, pun saya berpuasa. Beberapa jemputan miss, yang boleh dipenuhi hanya satu, itu pun saya bersama isteri pergi untuk berbuka, tuan rumah suka sangat dan ucap berbanyak terima kasih kerana berbuka rumah dia.

Kad jemputan ada beberapa keping bergantungan dekat papan peringatan. Tak pergi jugalah hari ini nampaknya, cuma tengoklah hak mana kalau tergamak, pergi sekali gus untuk berbuka pula hari ini.

Pagi ini, baru sekejap kawan semasa sama-sama bersekolah di Sek Men Teknik, Kuantan dulu talifon, ajak minum dimana-mana. Saya beritahu berpuasa, al-maklumlah nak jadi orang tua dah, kata saya. Dia pospon jemputan sehingga habis puasa enam.

Kena kemas pegang. Kalau jamah-lepas tentu loose. Nak cari masa tidak ada jemputan, program, majlis, dan apa-apa lagi baru nak melaksanakan amalan sunat yang besar ini, tentu tak jumpa, alamatnya tak terpuasalah puasa enam tahun ini. Kalau sebulan boleh kita sempurnakan, tak kan tak boleh bertahan untuk enam hari, lepas itu, setiap hari Isnin dan Khamis (dah janji tu, larat atau tidak acu cuba try dululah). Kalau tak malu kapada catatan blog yang dah saya buat tu, tak payah buat, tapi kalau terasa kena berjuanglah sikit untuk jadi lebih baik dari tahun lepas, pun demi mengumpulkan bekal untuk hari esok, kena usahalah, Insyaallah. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk saya laksanakan.


Saturday, October 4, 2008

No comments:

Post a Comment