Saturday, September 8, 2012

Memilih Ketua Polis Dunia Yang Baru VS Mempertahankan Sabuah Kerajaan VS Menubuhkan Kerajaan Baru

Nampak hebat pertandingan dinegara yang mengaku menjadi pengawal keamanan dunia bagi memilih ketuanya yang baru itu.

Pusingan pertama dalaman parti masing-masing berakhir dengan Barrack Obama, saorang kulit hitam menjuarai parti Demokratik, dan John Mc Cain memperolehi undian terbanyak dari parti Republican. Kedua-duanya telah mengistiharkan penerimaan penamaan pencalunan kepertandingan presiden oleh kedua-dua parti masing-masing dalam majlis perayaan yang grand diperingkat parti masing-masing. Kedua-duanya pun mendapat sokongan padu calun-calun dari parti masing-masing walaupun diperingkat awal mereka bertandingan antara satu dengan lain.

Obama mendahului majlis peristiharan penerimaan pencalunan dalam suasana penuh gilang gemilang dengan kehadiran lebih 80,000 penyokongnya. Parti Mc Cain kemudian mengadakan majlis yang sama dengan kehadiran yang juga memenuhi stadium.

Kedua-dua calun dari kedua-dua parti sedang bertarik tali, khususnya mendapatkan sokongan non-partisan - bukan Demokrat bukan Republican bagi memenangi kerusi Rumah Putih itu.

Obama, lewat empat puluhan, satu generasi lebih muda dari Mc Cain, awal tujuh puluhan, dengan barisan sokongan dari orang-orang kanan masing-masing yang mempunyai kekuatan masing-masing.

Kedua-dua calun membawa seluruh isu yang kena mengena dengan orang Amerika, dari masalah kekeluargaan, percukaian, kesihatan sehingga kepada bagaimana tugas suci mereka menjaga keamanan dunia, menangani al-Qaedah, loji nuklear Iran dan sebagainya. Nampak kem Mc Cain cuba mendapatkan sokongan dengan menyatakan dengan jelas penentangan mereka terhadap apa yang dikatakan Islamic terrorism, sementara Obama pula menggunakan komitmennya menyokong Israel sepenuhnya sebagai umpan.

Sedang disabuah negara lain, Thailand, Perdana Menterinya , Samak Sundaravej sedang bergelut mempertahankan kedudukannya walau didesak dengan tindakan agresif rakyatnya yang mahukan dia beundur dari kerusi itu, dengan alasan dia adalah proksi kepada bekas PM terdahulu, Thaksin Sinawatra, yang baru saja menjual kelab bolasepaknya, MC kepada tok arab yang kaya raya dari Dubai. Pak Siam ini, dasar tok peraih, semua perkara asal jadi duit. Dulu jual syarikat talikom milik keluarganya kepada Singapura (di Thai, ini pun salah), sehingga berakhir dengan dia terpaksa melepaskan kerusi PMnya.

Di Pakistan dan di Malaysia, sedang dalam bahang menubuhkan kerajaan yang baru. Baru di Pakistan adalah kerana berundurnya pemimpin lama, Gen. Musharraf - pun atas desakan yang tak tertahan daripada rakyat, akan mengadakan pilihanraya yang baru.

Di Malaysia, (betul juga, Malaysia ada cara kita sendiri) proses peralihan kuasa kerajaan yang dijadualkan pada 16 September, 2008 (kalau ini jadi) berjalan dengan kaedah yang berlainan dari jalan cerita semua negara diatas. Pihak yang sedang memegang status quo pun dengan cara Malaysia sedang menyusun langkah-langkah menyelamatkan mereka juga. Langkah yang diambil sabelum ini adalah dengan surat akujanji. Tak tahu apa kandungan surat akujanji itu kerana tidak dipamerkan kepada rakyat, namun, mafhumnya, agaknya adalah mengenai larangan terhadap Ahli-ahli Parlimen BN menyeberang kekem Dato Sri Anuar Ibrahim dengan penaltinya sekali.

Terakhir, mengikut Utusan malaysia hari ini (Sabtu, 16 Sept., 2008) TPM. Najib Razak selaku Ketua Whip BN meluluskan satu program 'pemukiman' keluar negara pada bulan ini, dari 7 hingga 19 September, 2008 dilokasi yang boleh dinamakan, dimana saja, kerana program itu 'berfaedah'. Bila ditanya oleh wartawan apakah ini ada kaitan dengan program pertukaran kerajaan pada 16 Sept., Timbalan Ketua Whip BN. Datuk Bung Mukhtar Radin 'menegaskan tuduhan itu tidak benar sama sekali...'

Dalam sabuah buku cerita kanak-kanak, saorang kaya bakhil menanam tempayan hartanya dan menulis label 'disini tak ada wang', oleh saorang anak pintar, yang menggali dan mengambil tempayan itu kemudian menggantikan label itu dengan 'saya tidak mengambil wang ini...'


Friday, September 5, 2008

No comments:

Post a Comment