Saturday, September 8, 2012

TTDTD - Things to do today

Hari ini, Selasa penghujung Shawal, 29 haribulan, 1429 Hijrah. Tahun 2008, bulan Oktober tak hujung lagi hari ini, dia ada 31 hari. Perbezaan hari antara bulan-bulan tahun Masehi (ada orang panggil lain, saya tak ingat dah) dan bulan Hijriah bermulalah, walaupun bulan Ramadhan baru ini serentak.

Senarai ttdtd saya hari ini setakat ini (jam 7.07 pagi) ada 15 perkara. Tak pelik kalau sakejap lagi meningkat jadi 20 atau lebih. Dalam buku Tujuh Perangai, pengarang suruh berikan rating kepada kerja-kerja yang nak diselesaikan itu - penting dan segera, penting tak segera, tak penting tapi segera, tak penting tak segera, ada 4 quadrant.

Dalam 15 perkara yang telah tersenarai itu, ada beberapa yang telah terheret beberapa hari daripada hari-hari lepas.

Saya cubalah berikan ratingnya dan plan perjalanan hari ini. Disamping masa, bajet dan keutamaannya pun kena kira jugak.

He, he, he semakin sehari semakin suntuk masa, semakin banyak kerja yang nak diselesaikan, semakin tak larat tubuh badan, dan semakin dekat dengan kubur, tentunya. Persiapan untuk masuk keperhentian itu?, tak ada disenaraikan dalam TTDTD saya hari ini. Yang itu diquadrant mana?. Sepatutnya dipenting dan segera.

Saya perlu timbangkan.


Tuesday, October 28, 2008

No comments:

Post a Comment