Sunday, September 9, 2012

....... FASA KEDUA JADI BLOGGER


Wednesday, June 30, 2010

FASA KEDUA JADI BLOGGER, Menjelang Rejab, 1431H/Jun, 2010

Telah sekian lama berhenti mencatatkan apa-apa dalam blog ni. Mulanya disebabkan oleh kandungan blog saya dulu tu tak ujud, bila dibuka pun tak ada, tak boleh di ekses.... tak tahulah mengapa.

Tiba-tiba anak-anak bertanya kenapa saya tak lagi mengupdatekan blog saya. Saya kata blog saya tu disappear, dia orang kata ada. Saya buka dan ada balik, alhamdulillaaah. Mungkin Allah subhanahu wataala memberikan peluang untuk saya menulis sesuatu yang insyaallah akan mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat untuk saya, ahli-ahli saya dan seluruh makhlukNya lagi. Molek jugak lah, kebaikan ni, hendaklah kita berpesan-pesan kepadanya, dan berlumba-lumba mendapatkannya. Semoga catatan saya yang lepas, ini dan akan datang ada bersamanya kebaikan yang dapat dimanafaatkan bersama.

Hari ini, Rabu, 17 Rajab, 1431H bersamaan 30 Jun, 2010.

Pagi tadi ada majlis isra' mikraj di pasar berhampiran rumah saya. Berbetulan hari ini hari pasar disini, penuh ruangan kosong medan depan pasar tu dengan kemah-kemah dengan pelbagai barang jualan. Orang pun ramai datang membeli belah.

Majlis diadakan dalam surau kecil depan pasar. Atas surau ada sekitar 20 orang muslimin dan beberapa orang muslimat (saya tak jengok dan bilang mereka)

Ustaz penceramah memulakan dengan perbandingan israk mikraj Nabi Besar Muhammad SAW yang menjadi ejekan mushrikin Mekah yang pada mereka peristiharan Baginda ini merupakan pengesahan bahawa Muhammad ini sabenarnya sudah betul-betul kehabisan modal, penipu, dan confirm something wrong ini dengan saekor anak sepilai (ikan laga) yang diambil oleh sesaorang, dibawa keKuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia, kemudian esoknya dibawa balik dan dilepaskan semula kebecah (paya) tempat asalnya itu, dan anak sepilai ini pun berceritalah kepada anak-anak sepilai lain bahawa dia telah ke Kuala Lumpur semalam dan sekarang berada bersama anak-anak sepilai dibecah yang sama, dalam tempuh tak sampai 24 jam. Maka dibangkit lawaklah akan kenyataan anak sepilai itu oleh anak-anak sepilai yang lain. Itulah perumpamaan manusia yang tidak mempercayai kekuasaan Allah yang boleh melakukan apa saja walaupun diluar munasabah manusia...., jangan jadi anak sepilai becah yang tak pergi ke Kuala Lumpur itu!.

Isra' dan Mikraj Rasulullah benar berlaku. Ini diconfirm dengan ayat al-Qur'an. Orang beriman wajib percaya.

Satelah dibawa Rasulullah yang bermalam dirumah Ummu Hani kedepan Kaabah, Jibril membelah dada Rasulullah, dibersehkan hati baginda dengan air zam-zam dan dimasukkan ilmu dan iman, dibawa kenderaan yang dikenali dengan Buraq. Buraq besar dari kaldai, kecil dari himar, yang satu ketika dulu saya pernah tengok gambar yang difremkan oleh orang tua-tua yang berbentuk badan kuda, bersayap dan bermuka manusia, wanita cantik. Ustaz kata, kalau jumpa lagi gambar itu, itu bukan Buraq, itu adalah dewa yang mungkin dalam kepercayaan Hindu dan yang pasti itu bukanlah gambaran Buraq dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa agung isra' mikraj ini dan minta dengan tuan gambar itu dan bakar sebab itu bukanya Buraq yang dijadikan kenaikan Rasulullah SAW untuk Isra' Mikraj.

............. panjang sikit tulisan kali ini, sebab lama tak tulis, dan ada modal hari ini.............

Dalam perjalanan, Rasulullah dikejar jamong api, Jibril kata, jangan hiraukan ia. Kemudia Baginda disapa dari kanan, Jibril ingatkan jangan hirau, teruskan. Lepas itu ada pula yang meminta Rasulullah dari sebelah kiri baginda agar baginda berhenti sabentar dan Jibril terus mengingatkan agar baginda terus juga perjalanan. Kemudian banginda bertemu dengan saorang wanita tua yang memakai berbagai perhiasan, sekali lagi Jibril mengingatkan agar baginda teruskan perjalanan.

Kemudian, direngkaskan cerita, Jibril menjelaskan segala-galanya, jamong api itu adalah Ifrit - Iblis dan Syaitan yang akan mengganggu umat. Dia telah dapat lesen besar dari Allah Subhanahu Wataala untuk memesongkan manusia, umat Islam. Tujuan mereka adalah untuk menggoda manusia agar bersama-sama mereka kufur terhadap Allah dan menjadi ahli neraka. Manusia ni kalau dah kufur, lebih dari syaitan lagi. Iblis pernah menggeleng kepala bila manusia yang bergelar Firaun meletakkan dirinya sebagai "ana rabbakumul a'kla" - aku tuhan yang maha tinggi. Iblis geleng kepala, kata iblis, kufur setara aku pun tak mengaku tuhan...., iblis masih mengaku tuhan adalah Allah yang maha agung, cuma dia engkar, oleh kerana sombong, angkuh, dan tak mahu dia sujud kepada Adam, walaupun itu adalah untuk mematuhi perintah Allah.

Jadi kita kena kenal iblis, syaitan dan yang sewaktu dengannya. Ustaz kata mujurlah Rasulullah tidak berhenti bila diikuti jamong api ifrit, kalau tidak makin ramai yang kena tipu oleh mereka. Dalam tak berhenti pun, nak kata ramai mana yang telah, sedang dan akan kena tipu oleh syaitan. Memang ramai, yang melihat jahat itu baik, keji itu mulia, buruk itu molek, dan sebaliknya, baik itu jahat, mulia itu keji, molek itu buruk. Maka jadilah apa yang sedang terjadi yang semua kita boleh lihat sekarang. Tak tahulah apa lagi yang akan jadi masa depan bila lebih ramai lagi yang kena tipu oleh syaitan...........

Setakat ini dulu, nak kemasjid, solat asar, sambung bila ada kesempatan lepas ni pulak, insyaallah.

No comments:

Post a Comment