Sunday, September 9, 2012

Allaahuakbar!


Sunday, June 12, 2011

Allaahuakbar!

Sekian lama tenggelam. Sekian banyak catatan kehidupan yang sepatutnya termaktub hilang begitu saja. Ada pengalaman manis, tak kurang juga yang pedas, pahit, dan sebagainya. Cuma, tak semua yang manis itu bermanafaat dan yang pedas, pahit itu mendatangkan kemudaratan. Sekarang, kebanyakan yang manis itu racun dan yang pahit dan tak sedap itu ubat.

Benarlah masa saya ditingkatan tiga, saorang guru sebaik saja masuk kekelas bertanya, " obat selalunya?...." beliau menuding jari kesetiap murid, ada yang bangun dan jawab "ditelan.......", bedebuk kena penumbuk, ada yang lain bangun dan menjawab "diambil dari hospital........" bedebuk kena penumbuk juga, ada lagi jawapan "disapu.........", "dibeli dikedai ubat..........", yang tak ada idea kerana apa yang hendak disebut telah disebut oleh mereka yang terdahulu bangun dan bisu, semuanya kena penumbuk, bila tiba giliran saya, "tak sedap!.....", penumbuknya dah sedia tapi tak jadi singgah dibahu saya. Obat biasanya tak sedap, itu jawapan yang dia hendak. Sampai hari ini saya ingat.

Cuma bagaimana saya dan kita semua nak jadikan semua yang tak tak sedap itu ubat?. Kerana dalam banyak situasi saya gagal menjadikan yang tak tak sedap itu sebagai ubat, malah dalam banyak hal ianya menjadi sesuatu yang membebankan.

Saya telah mengistiharkan kepada anak-anak, jangan tidur lepas subuh, tak boleh, jadi bodoh, rezeki sempit, kerja shaitan, rugi, dan entah apa-apa lagi. Tapi sehingga pagi tadi, anak yang besar sekali (sulong, telah habis diploma) masih juga berselimut dan lena dihembus angin kipas jam 7 pagi semasa saya baru balik dari masjid. Ini, bila anak-anak tak dengar peristiharan kita, bagi saya ianya satu benda yang tak sedap, ubatkah ini, saya nak buat bagaimana atau...........

Atau saya terpaksa membuat sesuatu yang tak sedap kepadanya agar akan jadi ubat bagi dia untuk dia tinggalkan ketagihan tidur lepas subuhnya itu. Marah (tak sedap) sudah, tak pakai. Larang (tak sedap) sudah, tak pakai jugak, Suruh dia pegi tempat lain kalau nak tidur lepas subuh (tak sedap) sudah, tak hirau. Mungkin ketidaksedapannya belum cukup tak sedap untuk mencapai taraf ubat baginya. Dalam fikiran saya, nak saja saya membawa sabaldi air dan menghamburkan saja keatas kepalanya semasa dia tidur, biar semua kepala, bantal, selimut dan tilamnya basah kuyup, baru cukup dos tak sedapnya dan baru jadi ubat baginya mungkin?.

Alahaaai..............

Itu baru nak alignkan kehendak kita dengan anak-anak. Biarlah, mungkin rasa tak sedap ni jadi ubat, diberikan pahala oleh Allah diatas usaha untuk jadikan anak saorang yang tidak mensia-siakan masanya yang sememangnya diperintahkan Allah begitu. Mudah-mudahan.

Allaahumma Rabbana Hablana Min Azwaajina wa Zurriyaatina Qurrata 'akyun wa Ja'alna Lil Muttaqiina Imaamaa.

bersambung..................

No comments:

Post a Comment