Saturday, September 8, 2012

Komitmen Saorang MB Yang Memperjuangkan Islam

YAB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzwan. Tak siapa yang menjangka, termasuk dirinya sendiri, bahawa engineer ini akan dipikulkan satu tugasan besar, menerajui sabuah negeri, diantara negeri termaju di Malaysia. Namun, ketentuan Ilahi mengatasi semua jangkaan manusia. Lebih kurang tujuh bulan dulu, manusia ini dengan ketentuan Nya, terlantik menjadi MB Perak.

Beliau sendiri menceritakan, satelah Pakatan Rakyat mendapat majoriti dalam PRU 12 dinegeri Perak, DAP segera membuat keputusan, MB terdiri dari samada PKR atau PAS - orang Melayu. PKR pula bersegera menyerahkan kerusi itu kepada PAS.

Malam itu juga, PAS Perak dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjayanya memanggil 5 daripada 6 calun yang memenangi kerusi pilihanraya masing-masing (yang keenam Islam, bukan Melayu)dan satelah beberapa round post MB dijaja sepusingan dan jam telah pun menunjukkan pukul 3 pagi, belum ada yang sanggup menerima jawatan itu. Masing-masing dengan alasan masing-masing. Ada yang mengatakan MB kena ada penuh gigi, saya tak punya gigi yang penuh, nak bercakap tak clear. Lepas. Yang kedua mengatakan, saya banyak tanggungan, anak ramai, isteri pun ramai, tak boleh nak jadi MB. Lepas. Ada juga yang mengatakan saya tak ada pengalaman kerja ini, tak boleh, dan lepas juga. Kelima-lima dengan alasan masing-masing. Alasan untuk lepas dari dilantik menjadi MB. Bukan alasan supaya dilantik jadi MB.

Pelik juga. Itu senario manusia yang mengetahui bahawa jawatan MB bukannya datang hanya dengan pengiktirafan, glamour, elaun, pangkat dan kedudukan sahaja, tetapi yang lebih utama adalah tanggung jawab melaksanakan tugas saorang pemimpin sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

Akhirnya, Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang mempengerusikan menyuarat malam itu membubarkan mesyuarat salepas jam telah menunjukkan pukul 3 pagi . Kita pergi minum dulu, dan meminta semua datang balik salepas minum untuk menerima keputusan yang beliau akan buat.

Dalam mesyuarat sambungan, Pesuruhjaya menjatuhkan hukuman. Nizar, diputuskan menjadi MB dan dalam ceritanya sendiri, beliau merasakan bagaikan jatuhnya bukit atas bahu beliau. Tak boleh tolak. Mandatori.

Kini, satelah lebih kurang tujuh bulan menjadi MB, katanya, boleh dikatakan hampir semua ADUN dari kalangan bukan Islam seakan-akan telah hafal ayat 13, surah al-Hujuraat. Dengan komposisi kaum dinegeri itu, Melayu, Cina, India dan lain-lain yang begitu ketara, maka kerap kalilah beliau muncul dimajlis-majlis yang bukan hanya disertai oleh orang Melayu, tetapi oleh semua kaum, dan kadang kala beliau kemajlis yang keseluruhannya disertai oleh bukan Islam. Beliau akan memulakan majlis, baik dimajlis yang diangotai oleh pelbagai kaum atau oleh yang terdiri daripada kaum bukan Islam dengan ayat 13, surah al-Hujuraat.

" Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari saorang lelaki dan saorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal"

Katanya, respon dari kalangan semua, khususnya kaum bukan Islam adalah amat baik. Mereka juga tahu, bahawa kita semua dijadikan dari anak cucu nabi Adam dan Hawa. Dan sehingga kini, katanya tidak ada siapa pun yang terasa terserang dengan ayat Allah itu, malah merasakan betapa lunaknya pendekatan yang meletakkan semua bangsa setaraf, anak cucu nabi Adam, dan tujuan kita didunia ini adalah untuk saling berkenal antara satu sama lain.

Mudahnya kalau menggunakan kaedah yang dibawa oleh Islam. Pertama, menyedari bahawa kepimpinan adalah amanah yang besar, kedua, tetap, konsisten dalam semua keadaan, dengan menggunakan ayat-ayat Allah. Semoga YAB Dato' Seri dan semua pejuang Islam diseluruh dunia diberi kekuatan, dipermudahkan dan diberi ganjaran kebaikan, dunia dan akhirat. Insyaallah.


Thursday, October 16, 2008

No comments:

Post a Comment