Sunday, September 9, 2012

21 Ramadhan, 1431H


Tuesday, August 31, 2010

Hari ini, bersamaan dengan 31 Ogos, 2010.

Kalau begitu, dah agak lama saya diperhentian ini.

Dalam tazkirahlepas subuh oleh ustaz disabuah masjid yang kami sama-sama buat program iktikaf malam tadi mengatakan disini, dunia ini adalah baru perhentian ke3 dari beberapa belas perhentian manusia menuju kehidupan yang mutlak - kehidupan yang kekal diakhirat, samada disyurga atau dineraka.

Dan, dalam tazkirah tadi juga, ustaz tu bagi beberapa tips untuk mudah-mudahan kita semua dapat syurga, insyaallah;

pertama: ikhtiaar juga untuk mendapatkan lailatulqadar, yang dijanjikan Allah, kalau sesiapa yang beramal ibadat, berdoa, meminta dan menyerah diri kepadaNya pada malam itu, mudah-mudahan dimakbulkan.

Dia bagi perumpamaan, katakan disuatu masa, diwar-warkan bahawa saorang raja yang kaya raya, dermawan lagi akan memenuhi permintaan sesiapa saja yang meminta kepadanya akan datang kesetiap rumah kita. Masanya diantara sekian haribulan hingga sekian haribulan, kalaulah semasa dia datang kerumah kita tu, kita ada dan kita pun sempat berjumpa dengannya, kita akan dianugerahkan dengan pemberian yang tak pernah kita sendiri fikirkan banyaknya, apakah kita akan melepaskan peluang itu. Malah kita agaknya akan tinggalkan segala kerja buat, urusan, dan segalanya, dalam tempuh yang dinyatakan itu untuk menunggu raja itu dirumah kita, 24 jam, siang dan malam.

Malam lailatulqadar, Nabi Muhammad SAW dalam banyak riwayat menyuruh umatnya mencari malam itu dengan mengatakan akan berlaku disepuloh malam terakhir, dari 20 hingga 30 Ramadhan, kalau tak boleh sepuluh malam itu, lebih khusus, usahakanlah dalam malam-malam ganjil disepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, kalau tidak malam 21, (malam tadi), maka malam 23, atau 25 atau 27 atau 29 atau kalau tak upaya juga berusaha lebih khusus, carilah ia dimalam ke27.

Ganjaranya, beribadat pada malam itu lebih baik daripada beribadat selama 1000 bulan.

Ustaz tadi cuba menduga para pendengar kuliahnya dengan bertanya, agak-agaklah, dah banyak mana ibadah kita berbanding umor kita masing-masing. Katalah umor kita 60 tahun. Kebayakan kita pada umor 15 tu, baru-baru nak belajar sembahyang. Kita mula sembahyang dengan sempurna pada andaiannya bila dah berumor 20 tahun.

Kalau sembahyang ekspress, tak sampai 10 minit satu waktu sehingga pencen, umor 55 tahun (apa boleh buat, sibuk kerja, sembahyang pun mujur dah), maka didharablah 10 minit x 5 waktu sehari semalam x 365 hari setahun x 35 tahun, dapatlah jawapannya 638,750 minit. Lepas pencen hingga 60 tahun, dah tak sibuk sangat, tak ada punch card dan sebagainya, masa diberikan 20 minit setiap sembahyang x 5 x 365 x 5, menjadikan 182,500 minit. Jumlah semua 821,250 minit atau13,687.5 jam atau570.3125 hari atau 1.5625 tahun.........walhasilnya, dengan umor 60 tahun, masa sembahyang adalah satu satengah tahun atau 1.5/60 atau 0.025 bahagian. Aduhai, sikit sangatnya.

Maka kalaulah kita dapat anugerah lailatulqadar tu, taklah kita bawak share yang sikit tu mengadap Ilahi nanti.

Oleh kerana hari ini juga hari merdeka, ustaz tadi kait jugak bab merdeka. Ceritanya adalah cerita orang yang merdeka. Merdeka jiwa raganya, tidak takut kepada makhluk, hanya mengharap redhaNya sahaja.

Saya nukilkan semula sekadar ingatan saya, saudara yang ahli dalam bidang sejarah Islam, sempurnakanlah catitan saya ini agar lebih tepat dan memberi pengajaran yang lebih lagi, kepada saya, dan mereka yang mungkin berkesempatan melihat catatan saya ini dimas-masa hadapan.

Satu masa, kerajaan Islam menghantar bala tentera ke satu tempat, kalau tak silap saya, Qadisiyah (kalau silap perbetulkan saya, maklum saja, kuliah subuh tadi, jam 6 petang ni baru saya blogkan, dengan memori komputer pun dah mula dicemari dengan pelbagai virus kehidupan...) dengan menghantar Saad bin Abi Waqqas sebagai panglima.

Panglima musuh,bernama Rustam, mendengar kemaraan tentera Islam, terus mengambil langkah memanggil wakil tentera Islam untuk mengadakan rundingan. Rabi' bin Amir diutuskan oleh panglima Islam bertemu Rustam.

Rabi', datang berkuda dengan membawa sebilah lembing. Sesampainya dikhemah panglima Rustam dia turun dari kuda dan menjadikan lembingnya sebagai tongkat dengan menghentak-hentak mata lembing itu kekarpet mewah khemah panglima sambil maju kehadapan panglima Rustam.

Hebatnya saorang yang merdeka, tak ada kehebatan makhluk yang digeruninya. Lalu oleh para bodigad Rustam melarang akan Rabi' dari membawa lembing dan menyuruhnya meninggalkannya untuk bertemu Rustam. Kata Rabi', " aku kesini kerana jemputan panglima mu, kalau tak izinkan aku datang begini, aku akan pulang dan tidak ada perbincangan antara aku dan dia".

Jawapannya didengari Rustam dan dia menyuruh orang-orangnya membiarkan dia masuk begitu.

Setibanya didepan Rustam, Rabi' ditanya " kenapa kamu nak menyerang kami", Rabi' menjawab "kerana kami mahu tidak ada tuhan lain yang disembah, selain dari Allah Yang Maha Esa", dan apabila ditanya lagi siapakah dia, apakah dia panglima atau apa-apa pangkat yang disandangnya, Rabi' menjawab, aku saorang hamba. (Hamba kepada Allah), seterusnya ditanya apakah dia tidak takut untuk datang bersaorangan, dia sekali lagi menjawab yang dia sabenarnya telah bersedia untuk mati.

Wah, hebatnya saorang manusia yang merdeka dari segala ikatan duniawi. Matlamat hidupnya adalah Allah, Tidak ada kepentingan selain dari keredhaanNya.

Begitu hebatnya saorang yang merdeka jiwa raganya. Merdeka dari segala ikatan-ikatan dunia - kemerdekaan kita dimana?

Merdekakah kita umat Melayu Malaysia dalam nak membuat keputusan-kepuitusan penting dalam menentukan pemimpin misalnya. Merdekakah para cendikiawan untuk menyuarakan yang hak bagi membetulkan landasan laluan hidup ummah, merdekakah para ilmuan dan ulama' dalam menyampaikan kebenaran yang hakiki yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau merdekakah para pemimpin kita sendiri dalam membuat keputusan yang membawa kesejahteraan kepada yang dipimpin atau mereka masih terjajah oleh kerakusan nafsu kepentingan diri, kroni atau pengekalan status quo. Apakah roh dan jasad kemerdekaan yang telah, sedang dan akan dibawa setiap kali kita merayakan hari kemerdekaan 31 ogos setiap tahun itu sabenarnya.

Sudah 15 hari Ramadhan 1431 H


Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan tahun ini, sebagaimana biasa jugak, cuma dengan bilangan umur yang semakin banyak ni, kadang-kadang terasa letih sikit, lebih-lebih lagi nak melaksanakan pesanan orang tua yang saya cerita dulu tu ..........., al-maklumlah, nak memenuhi keperluan hidup dimusim 2010.

Tahu-tahu sudah 15 hari Ramadhan. Sudah berada difasa kedua, satelah fasa sepuluh pertama yang dijanjikan rahmat oleh Allah itu sudah berlalu. Semoga dengan usaha yang sedikit yang telah dilaksanakan, diizinkan juga olehNya rahmatNya kepada saya, keluarga dan seluruh muslimin, insyaallah.

Sehari dua ni panasnya sedikit membahang. Saorang anak saya yang berehat salepas balik dari sekolah meletakkan kain saputangan yang dicelup air sejuk atas kepalanya, macam orang demam dan dia tertidur dalam keadaan begitu. Bila ditanya, demamkah, dia jawab taaak ........

Benarlah kalau dikatakan puasa ni, hanya Allahlah yang memberi ganjarannya. Sebab, sememangnya godaan untuk melakukan perkara-perkara yang menjadikan sesaorang itu tidak berpuasa sangat hebat. Dengan laparnya, dahaganya, dan macam-macam lagi.

Dan, dengan yang masih tinggal 15 hari saja lagi ni, saya cadang nak masuk dengan gear baru. (selalu 'azam baru),

Saya teringat satu cerita (cerita lagi ...) saorang kawan yang pergi ketempat kawannya yang sedang bertapa dibawah satu air terjun disabuah bukit. Kawannya yang bertapa itu bertanya kepada kawan saya itu, mana yang lebih lama nak hidup samada didunia atau diakhirat, kawan saya menjawab tentulah diakhirat, kerana disana tak ada penghujungnya. Kawan saya ditanya lagi mana banyak persediaan yang kamu buat untuk hidup didunia atau diakhirat?, kawan saya terdiam. Kawannya pun meneruskan dengan berkata, oleh itu, kamu hendaklah membuat persediaan untuk hidup diakhirat lebih dari untuk hidup didunia.

Saya?, dan anda?

Taklah sampai kena pergi bertapa, tapi kalau nak diklasifikasikan urusan harian, dalam satu jadual, mana yang dikatakan urusan dunia, mana yang dikategorikan urusan akhirat, kalaulah segala kerja mencari rezeki itu tak boleh dimasukkan dibawah kolum urusan akhirat, aduuuuh, sampaikah satu per dua puluh empat urusan akhirat saya itu.

Tapi Allah tahu malah lebih dari tahu, sebagaimana yang manusia tahu, bahawa kehidupan manusia, makhluqNya ini begini. Dan, Dia telah berfirman, " Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu", lalu?

Sabenarnya tak payah mana. Aku kena jadikan segala kerjaku ibadah. Kerja yang harus, tidak menyalahi syarak adalah ibadah. Mencari rezeki yang halal adalah ibadah. Makan gaji yang amanah adalah ibadah. Dalam buat kerja, saya juga kena buat amalan-amalan khusus yang telah ditentukan: sembahyang jamaah, puasa, zakat, haji, berzikir, tasbih, selawat, qiamullail, dan, dan, dan sesungguhnya Allah Maha mengasihani kepada hamba-hambaNya yang senantiasa mencari redhaNya.

Gear baru saya?, sebagaimana dalam para atas itu laah.

Memang Islam itu sempurna.

Allahu akbar!

Tadarus Ramadhan 1431 H Kerajaan Negeri Kelantan


Friday, August 13, 2010

Ini sudah siri yang ke 18 Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar yang ini melancarkan tadarus yang memetik sebahagian dari ayat-ayat al-Qur'an untuk ditadarruskan, untuk difahami, diamalkan dalam kehidupan seharian. Kali ini sebahagian dari surah al Furqaan, ayat 63 hingga akhir, ia-itu ayat 77 dijadikan teks tadarrus.

Dalam pelancarannya diperingkat negeri, Tuanguru Dato Hj Muhammad Daud al-Iraqi yang menjadi naqib hari itu mengatakan, untuk tahun ini, kalau boleh amalkan satu ayat yang pertama itu pun, dah cukup.

Ayat pertama dalam tadarrus tahun ini adalah "wa 'ibaadurrahmaan ....... qaaluu salaamaa" yang bermaksud ' Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dengan kata-kata yang baik'

Seterusnya untuk diiktiraf sebagai saorang hamba kepada Allah Yang Maha Penyayang dinyatakan beberapa ciri yang misti dimiliki selain dari sifat yang pertama diatas, ia-itu;

2. melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka

3. yang berkata " ya tuhan kami,jauhkanlah azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal

4. bila membelanjakan, tidak boros, tidak kikir, dipertengahan

5. tidak menyembah tuhan lain berserta Allah, tidak membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya, tidak berzina

6. bertaubat dan beramal saleh

7. tidak memberi penyaksian palsu, tidak bersama-sama orang yang melakukan perbuatan yang tidak berfaedah

8. peka kepada peringatan Allah melalui ayat-ayatNya

9. yang berkata " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.

Orang-orang yang memenuhi syarat diatas itulah yang dibalasi dengan martabat yang tinggi dalam syurga kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat didalamnya. Mereka kekal didalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Begitulah, kalau nak kata payah, payahlah jadinya, dan memang payah sebab, kata naqib hari itu, hanya saorang dalam seribu yang mendapat tempat disyurga.

Tapi, kalau nak kata mudah, boleh jugak sebab, Allah yang buat kita, maka, tentu Dia suruh kita buat berpadanan dengan kemampuan kita. Allahu akbar!

Ya Allah, permudahkanlah dan izinkanlah aku, ahli-ahliku, keturunanku, keluargaku, kaum kerabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat, samada yang sudah meninggal atau masih hidup memperolehi Syurga Mu dengan RahmatMu ya Allah.

Dan, selamatkanlah, jauhkanlah aku, kedua-dua ibu bapaku, ahli-ahliku, keturunanku, kaum keluargaku, dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati dari nerakaMu ya Allah!.

Haaai, sibuknya cari makaaan ................


Tuesday, August 3, 2010

Banyak hari dah tak dan nak tulis apa-apa dalam blog hebat ni.

Bukan kerana apa, kerana saya ingat pesanan saorang tua yang berasal dari miskin, kemudian jadi kaya raya kepada dua orang anak lelakinya disaat sakratul mautnya, katanya " aku dah bahagikan harta kekayaan aku sama banyak kepada kamu berdua, kamu jagalah sebaiknya, manafaatkankanlah sepenuhnya dan ikhtiarkanlah agar harta yang aku tinggalkan itu terus subur dan bertambah-tambah keberkatannya.", Si bapa menambah lagi, " cuma, buat pedoman kamu berdua, aku nak pesan dua perkara, amalkanlah dengan istiqamahlah agar kamu beroleh apa yang aku pesan itu,...............( nafas siayah semakin pendek dan tersekat-sekat, kedua-dua sianak semakin mendekatkan telinga mereka kemuka siayah...)

"........ pertama, kamu hendaklah pergi dan balik ke dan dari tempat kerja, jangan terkena cahaya matahari, ................ (terhenti sabentar) dan, dan ........ dan kedua, kamu hendaklah memakan ikan banyak-banyak..........." habis saja pesanan kedua, qaa luu inna lillaahi wainnaa ilaihi raajiuuunlah orang tua itu.

Kedua-dua beradik serentak menjerit ............ "ayaaaah!," dan nak meneruskan dengan pertanyaan, ....... bagaimana nak ke dan dari tempat kerja supaya tak terkena cahaya matahari dan kenapa, jenis ikan apa agar dimakan banyak-banyak dan bagaimana pula kaitannya dua amalan ini dapat memastikan pesanan orang yang dikasihi mereka ini terlaksana, tetapi, Allah yang menentukan, orang tua ini telah menerima jemputanNya kealam barzakh. Allahu Akbar!.

Maka satelah disempurnakan urusan jenazah dengan kadar yang seberapa segera sebagimana yang dikehendaki agama, bermenunglah kedua beradik itu menterjemahkan pesanan ayah mereka.

Direngkaskan cerita, saorang dari mereka berakhir kehidupannya dengan menjadi kaya raya, hidup dalam kesejahteraan dan saorang yang lain berkesudahan dengan miskin papa kedana dan hidup dalam penderitaan. Kedua-duanya dikatakan mengamalkan pesanan mengikut terjemahan masing-masing.

Itui cerita, buat anda semua berteka teki. Bagaimana terjemahan sikaya dan bagaimana pula terjemahan simiskin..............

Saya meminjam pesanan orang tua itu dan menterjemahkan pergi kerja sabelum matahari naik dan balik bila matahari dah jatuh, sementara jangan bermewah-mewah dan mambazir dalam makan minum. (Sebab, dimasa dulu ikan adalah dikalangan makanan yang murah).

Lalu saya keluar kerja lepas solat subuh, berhenti untuk solat zohor dan asar, dan balik dekat maghrib!, hebat sangat bunyi tuuuu. Maka tak sempatlah nak mengupdatekan bloggggg, malam pula dengan urusan yang lain lagi.

Itu muqaddimah alasan sebab tak up date blog, bunga-bunga sajaaa.

Hari ini, 2 ogos, 2010, terlihat lagi cerita beberapa pihak meletakkan ..........( berhenti dulu untuk solat maghrib, sambung lepas niiiii)

(balik sabentar dari masjid sebab ustaz yang bagi kuliah malam ini, kalau tunggu pun, tak boleh diambil butir sebab suaranya yang tak jelas, ditambah pula dengan sistem pembesar suara yang tak baik-baik lagi, boleh beriktikaf sajalaaaah)

...............sesaorang dikandang salah kerana dikatakan menolak kearah perpaduan. Ini cerita lama sabenarnya, diakhbar yang saya tengok hari ini tu bertarikh 28 julai, 2010. Dalam akhbar hari tu saja, beberapa orang yang bermulut luas, yang suka bercakap, satengah-satengah nya tak bercakap tapi melalui blognya, dipungut media kerana selari dengan aliran media tersebut ada macam-macam.

Ada mufti, ada ahli parlimen, ada Yang diPertua sabuah yayasan yang jaga dakwah, dan ada juga kolumnis dalam negeri yang bercakap menghentam sesaorang itu yang menolak perpaduan, yang mengatakan ........ ada pihak benci perkara maaruf, lebih rela tidur sebantal dengan pihak kafir yang menentang Islam, gelombang penafian politik, dan sabuah cerita masa depan, hikayat pada masa itu..........., itu tajuk yang diboldkan oleh media terbabit yang isinya menghentam PAS dan khususnya YAB Tuan Guru Dato MB Kelantan yang juga Murshidul Am PAS kerana menolak gagasan perpaduan anjuran umno.

Semua tulisan yang dipaparkan adalah macam kerja yahudi. Dia yang buat kat orang, kata orang yang buat kat dia. Puak ni tahukah tidak yang semua perkara yang ditulis itu adalah kerja umno dan pemimpin-pemiompin mereka, tetapi dilihat dan mahu dilihat dan difahami bahawa itu semua adalah kerja orang-orang PAS dan pemimpin PAS.

Inilah untungnya kalau rakyat tak berapa cerdik.

Untung lagi kalau rakyat cepat lupa, bagai kata mantan pm, tun che det.

Orang kata, no.1 buat-buat tak tahu, bagi pencacai-pencacai yang terus menerus menghimpit, menekan, menggunakan apa saja pendekatan, moral, keagamaan, logik dan sebagainya agar dilihat seluruh manusia khususnya Melayu yang kekurangan maklumat, ingatan dan pengetahuan itu bahawa PAS lah yang menolak perpaduan.

Diberi laluanlah kepada manusia yang sangat gemar jadi pencacai dan muka serta kata-katanya terpampang dimuka akhbar bercakap apa saja asal natijahnya menghentam PAS, dan pemimpin mereka. Maka muncullah pencacai-pencacai itu, macam kelkatu keluar dari busut lepas hujan, lepas satu, satu, kadang-kadang beramai-ramai. Yang tak popular, inilah masa nak jadi popular dan muncul diakhbar.

Orang kata juga, disamping pencacai-pencacai ni dok baham PAS dan pemimpin-peminpinnya, no.1 buatlah kerja yang dikira dapat menaikkan darjatnya simata manusia yang dipanggil Melayu itu.

Aduuuuh, serampang beberapa mata.

Itulah cara untuk survive. Survival dalam alam yang tiada halal haram hanya ikut otak, ikut perunding (walau dari golongan yahudi) bukan ikut taufik serta hidayah. Oleh pencacai-pencacai dikaitnya cerita dahulu, sekarang dan diunjurkan pula andaian-andaian akan datang untuk menjustifikasikan tohmahan yang mengatakan PAS lah yang menolak perpaduan, yang menatijahkan hilangnya kekuasaan Melayu dibumi Malaysia ini sudahnya.

Hebat. Saya kata hebat kerana bukan sahaja orang kampung yang tak berilmu pengetahuan yang termakan dengan dakyah itu. Para mahasiswa juga sebahagiannya tertelan dakyah itu mentah-mentah.

Ada tulisan yang pada saya tiada otak waras yang boleh berfikir bagaimana ianya boleh terjadi. Kolumnis Utusan Malaysia, cuit, oleh zaini hassan mengatakan, ......... maka tiada mustahil akhirnya Singapura akan bersambung dengan Johor, Melaka, N9, Selangor, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang serta Kedah. Apabila kesemua negeri-negeri ini bersambung dengan satu ideologi, tidak mustahil sistem pemerintahan yang diidam-idamkan oleh DAP itu akan menjadi kenyataan...........(utusan Malaysia, rabu 28 Julai, 2010, ms 4)

Boleh jadi penjualan sebahagian besar dari kawasan disabuah tapak pembangunan yang baru dibuka di Johor kepada Singapura itu adalah kearah perlaksanaan unjuran ini. Kalau inilah sebahagian dari grand design itu, maka umnolah yang memulakannya. Jangan dok tuding jari kat orang lain pula.

Apa projek yang menjuruskan kearah perlaksanaan Singapura Raya (Greater Singapore) itu di Melaka dan N9 saya tak perasan. Sementara di Selangor, Putrajaya, Perak, P. Pinang dan Kedah, kerajaan masa ini bagi negeri-negeri itu belum ada plan nak jual negeri kepada Singapura sebagaimana amalan umno beberapa puluh tahun dulu tu.

umno oh umno, pencacai oh pencacai, akhirnya Melayu oh Melayu!

Geger pulak umno mengajak PAS bersatu


Saturday, July 24, 2010

Heh heh heh nak mampus baru nak ajak bersatu.

Dalam nak ajak bersatu tu, benda-benda hak yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS/Pakatan Rakyat masih jugak disekat. Macam israel, tanah orang dia rompak, tuan tanah dipersalahkan, kemudian tawarkan pelan damai, hak mu aku rampas, mu sendiri aku palu semahu mahunya, di televisyen, ajak, mari kita berdamai...., boleh jadi puak umno ni ambil israel jadi guru dia.

Kata si ustaz Asri mantan mufti Perlis, nak bersatu tu untuk apa, nak bersatu Melayu? sejarah katanya tak akan dapat jadi bersatu atas nama bangsa. Bangsa arab katanya yang terdiri dari pelbagai kabilah itu, walaupun semangat kebangsaannya sangat dalam, tak jadi juga bersatu bangsa itu.

Ada jurucakap umno dalam satu wacana mengenai isu bersatu ni berkata, PAS bubar dulu parti kemudian ahli-ahli PAS masuk umno semua, maka jadilah kita bersatu. Nak bersatu pakat jadi manusia yang menentang terlaksananya hukum Allah dimuka bumi ini. Dimulut, nak laksanakan Islam, diperbuatan jauh pacak dari panggang - tak boleh dipercayai, tak boleh diharap, jangan diharap akan berlaku sebagaimana cakapnya siahli wacana umno itu.

Sudah berapa ramai orang-orang kanan PAS dan mereka yang dikira ada kemampuan yang mempunyai hajat dan cita-cita untuk memperbaiki umno dari dalam berkesudahan dengan menjadi pak tolol saja dalam umno atau ditendang tunggang langgang keluar umno macam kita tengok pertarungan diantara popye dengan brutus, terhumban salah satu yang kalah itu beratus batu atau beberapa kilometer kelangit. Itu kartun, tak apalah, nanti dalam siri seterusnya, kalau kali ini popye yang menang, kali yang lain, brutus pula yang menghumbankan dia, dalam beberapa saat saja keadaan itu berlaku.

Ini bukan kartun dan kita tak boleh jadikan kartun sebagai pedoman.

Ini alam nyata, alam yang dipertanggung jawabkan setiap yang mukallaf terhadap apa yang dilakukan disini. Ini alam mazra'atul akhirah. Ini kebun yang setiap manusia perlu siapkan dengan segala tanaman yang membuahkan hasil yang baik untuk dituai diakhirat nanti. Ini bukan alam kartun atau filem atau bangsawan atau alam cobaan p ramli.

Agenda bersatu ni nampaknya macam juga beberapa isu yang dijadikan strategi oleh GOP made in malaysia itu sabelum ini, cipta isu yang kontroversial, ambil beberapa orang dari PAS yang minat gambarnya dan ucapannya dimasukkan keakhbar, kemudian, laga-lagakan mereka dengan PAS.

Sehari dua ini gambar dan kata-kata ketua pemuda, sheh Nasruddin digunakan. Saya agak dah tak tahu berapa ramai orang PAS, yang mula mual dengan ulamak muda ini, kalau itulah sabenarnya yang dia cakap, tapi, kaedah dalam Islam, sebarang berita yang dibawa oleh orang atau organisasi fasiq, hendaklah difatabayyanu, diteliti terlebih dahulu. Dia orang kanan parti, takkan bercakap sesuatu yang belum mendapat green light dari pimpinan. Agak saya dia dijadikan sandaran oleh umno. Tempat bersandar yang dihajatkan boleh meminda minda orang PAS agar melihat ajakan umno ini satu yang ori, iklas dan perlu diberi perhatian, dalam masa yang sama, boleh menjadikan beberapa orang PAS meluat kepada personaliti ini. Bagi umno, orang percaya, untung dia, orang marahkan ustaz Nasruddin pun untung dia juga. Bijak berniaga umno ni. Dalam hal berniaga ni, sapa pulak agaknya gurunya. Mungkin, yang lebih bijak dari israel adalah syaitan, tak tahulah.

Maka, kebersatuan yang digegerkan umno itu pun kena diberikan pertimbangan yang sejajar dengan tanggung jawab satiap yang mukallaf itu. Kemana jatuhnya ajakan umno untuk bersatu apakah ianya melaksanakan perintah ........ sebagaimana yang disebut oleh pewacana umno itu, wa'tasimu bihablillaahi jamiian walatafarraqu - hendaklah kamu bersatu, berpegang pada tali Allah, jangan kamu berpecah belah ........ atau, sekadar nak acah-acah dan supaya oleh orang-orang yang boleh diperdayakan melihat puak mereka tu baik nak bersatu, berjurus sungguh dia, hulurkan satu tangan, dibeberapa tangan yang lain, yang disembunyikan dibelakang itu ada sesuatu yang membahayakan, bunga disatu tangan yang dihulurkan, racun atau bedil ditangan-tangan lain yang disembunyikan (macam ada satu lagu tu laah, saya tak hafal lirik dan tajuknya).

Payahlah orang nak percaya kalau dah ada rekod jenayah, ingat cerita penjual terong dan limau besar tu?, itupun bukan salah sipenjual. Sipenjual itu muallaf yang baru 'masuk melayu', menjual terong dan limau besar. Diusia yang telah agak lewat apek muallaf ini telah keras lidahnya dan dia menyebut......."teloong-teloong, rimau besaaar!!!!!.........." dengan kuat, berkali-kali untuk menarik perhatian orang kampung. Orang kampung keluar dengan kapak, parang, tombak dan segala senjata yang dikira boleh mengalahkan rimau besar, rupa-rupanya apek muallaf menjual terong dan limau besar. Dikala siapek muallaf betul-betul bertembung dengan rimau besar, jeritannya disangkakan sekali lagi dia menjaja terong dan limau besar dan siapek qaaluu dibaham rimau.

umno?, bukan kerana telor atau ter mereka dalam segala perbuatan yang tidak boleh dikompromikan. Mereka merancang sungguh, guna apko lagi, penasihat antarabangsa yang dibayar mahal tu, untuk menghancur leburkan PAS, PR dan saya rasa, tak payah nak masuk akhbarlah dengan menjadi penjustify kepada cadangan-cadangan mereka yang kita telah semua tahu, mereka boleh dan akan berbuat apa saja sebab, politik mereka tak bercampur dengan ugama. Tidak ada halal haram dalam berpolitik mereka. Atau, al-fadhil al ustaz Nasaruddin al tantawi kita tak kenal lagi?.

wallahuaklam.

Akhirnya Piala Dunia Dapat Kepada Sepanyol


Sunday, July 11, 2010

Malam tadi tidur saya terganggu oleh sesuatu sebab. Bangun-bangun jam 2 pagi. Ah, nak buat apa ni.........., bertahajjud, awal lagi, urusan itu, ketika terlaksana, saya buat dihujung malam, dekat nak subuh. Tiba-tiba teringat malam ni ada perlawanan akhir bolasepak piala dunia, 2010.

Bila dibuka TV, pengacara sudah bersedia dengan liputan-liputan sepanjang kejohanan, dan kemudian siaran kangsung di siarkan.

Begitulah bola. Bola itu bulat. Jerman yang sudah beberapa kali menjadi johan piala berprestij itu kalah ditangan Sepanyol yang belum pernah sekali pun memenangi kejohanan ini.

Sabtu, 10 Julai, 2010 - Payah pun kena syukur jugak.


Saturday, July 10, 2010

Hari ni pagi lagi saya bersama 3 anak jantan kekebun, menyempurnakan polibeg tanaman sejenis herba yang kami proses sebagai ubat tradisional dan sehingga kini boleh dikatakan ok la. Boleh juga dikatakan sebahagian besar dari pengguna akan membuat pesanan ulangan satelah mereka mengambil herba ini. Alhamdulillah.

Separuh dari polibeg yang telah diisi dengan media tanaman itu dah dinaiki rumput, subur pulak tuu, masakan tidak media tanaman yang diisi kedalamnya dicampur dengan baja organik, kebetulan hujan pun jadi sekarang, apa lagi sedaplah puak rerumput yang bercambah didalam polibeg itu membesar dengan makanan yang cukup.

Payah juga nak tarik rumput dan anak pokok yang tumbuh dalam polibeg itu, ada anak pokok yang akarnya seakan-akan memenuhi polibeg dan menjadikan jari telunjuk kanan saya sakit dan payah nak dibengkokkan.

Tiba-tiba dalam satu kelompok polibeg, bila saya menarik rumput dan anak-anak pokok keluar sekumpulan semut merah yang tidak menggigit. Wah, fikiran saya cepat mentafsirkan, kalaulah semut ini semut gatal alamat amat payahlah kami nak buat kerja. Dan, masa itu, saya akan mengatakan, 'kalau tak ada semut gatal, pasti aku dapat mencabut rumput ini dengan selesa dan cepat dan sebagainya.

Oh, rupa-ruipanya terlalu banyak ni'mat Ilahi dengan menumbuhkan rumput dan anak-anak pokok ini dalam polibeg ini, Allah tidak menumbuhkan pokok duri, tak diperintahkan semut gatal berumahtangga dalam polibeg ini, tak juga Allah SWT memberi keizinan untuk jadi tempat persembunyian ular lipan dan sebagainya disini.

Rupa-rupanya, banyak benda yang membolehkan aku bersyukur dengan apa yang ditentukan Nya. Apa kata kalau dalam polibeg ini ada macam-macam, tentulah pada masa itu aku akan ................. bersambung

Jumaat, 9 Julai, 2010


Friday, July 9, 2010

Musim geger menghentam menteri yang bercadang untuk meluluskan judi bola lenyap dengan menjelangnya separuh akhir piala yang berprestij itu dengan mempamerkan kekuasaan Sepanyol keatas Jerman. Kemenangan Sepanyol diiktiraf oleh jurulatih pasukan lawan, Joachim Loew yang mengatakan pasukan Sepanyol, lawannya itu sebagai pasukan yang memang mempunyai cukup syarat untuk menang: yakin, bersepadu, menguasai permainan dan juga dikatakan pasukan terbaik dunia pada masa ini.

Status itu juga diberikan oleh penyerang pasukan Jerman, Miroslav Klose yang merupakan antara calun yang akan mendapat kasut emas dalam kejohanan ini.

Namun, jurulatih Sepanyol, Vicente Bel Bosque, walaupun anak buahnya, Carles Puyol (yang merupakan pemain bek tengah kelab Barcelona itu) dengan tandukan kencangnya membenamkan Jernan pada minit ke 73 distadium Moses Mabhida, Durban pula, dalam akhbar hari ini mengatakan, ' kami tidak boleh terlalu teruja dan menjadi buta dengan kemenangan ini' kerana didepan sana masih ada satu lagi ujian besar yang misti diharungi, perlawanan akhir menentang Belanda. Dan katanya 'tiada yang lebih sukar dari menjuarai piala dunia', tidak pula dia mengatakan 'kami telah diiktiraf sebagai pasukan terbaik dunia'.

Boleh jadi molek juga kita mengambil pengajaran dari keyataannya itu, betapa bahayanya meletakkan diri, pasukan, parti atau apa saja milik kita dizon selesa yang akan menjadikan kita terlalu complacent, memandang remeh, ambil mudah dan mengakibatkan kecundang sudahnya.

Saya pun kena tulis jugak cerita bola piala dunia ni, kalau tidak macam ketinggalan sangat dengan isu hangat semasa. Nampak macam up to date jugak lah saya kaaan?........

Nampak gaya, tak kira orang bulan atau orang dacing, orang Malaysia atau mana-mana pun, dalam hal bola ni, minat belaka, ada yang minatnya macam saya, sekadar tak mahu ketinggalan sangat. Ada juga yang tak jadi kija buat bila berjaga malam untuk menyaksikan kejohanan ini. Jangan ketinggalan solat, sudaah, kalau minat mana sekali pun. Ada juga katanya manusia yang tak ada kaitan apa-apa, bukan juga pasukan dari negerinya, yang sanggup pula bertarak dujalan raya dengan kemenangan sasuatu pasukan........, bagi saya pelik jugaklah.

Saya tak pernah melihat siaran langsung setakat ini dan tak bercadang untuk melihatnya diperlawanan akhir ini juga, cukup dengan mendengar keputusannya pagi esoknya, sambil keluar dari masjid salepas solat subuh dari kawan-kawan yang merupakan peminat sabenar.

Apa kena mengena perlawanan bola sepak piala dunia itu dengan kita, lebih khusus, dengan orang biasa macam saya, yang tak ada kepentingan langsung. Siapa kalah atau menang pun, tak ada apa yang menjejaskan atau memanafaatkan saya. Tapi, dek kerana trend semasa, maka saya pun kena ambil tahu.

Nampak gaya bagi setengah orang yang statusnya macam saya juga dalam kaitannya dengan kejohanan ini, sanggup mereka berjaga malam.

Pagi Khamis semalam lebih kurang jam 7.30 pagi saya menalipon saorang kawan. Panggilan pertama saya berakhir dengan tiada jawapan. Panggilan kedua saya dijawab oleh isterinya dan kedengaran jauh-jauh dia mengejutkan sisuami, memberitahu panggilan dari saya. Sabentar sisuami menjawab dan saya mengajaknya kesatu urusan. Dia setuju.

Kami bersama kerumah saorang lagi kawan. Satelah beberapa kali salam, kawan kedua menjawab dengan suara yang masih dalam. Sabentar dia muncul dicelah pintu dan menjemput kami naik. Saya dan kawan pertama menarik kerusi yang terdapat dihalaman kawan kedua dan mengatakan tak payah naik kerumah, dihalaman saja dan dia pun turun.

Rupa-rupanya kedua-duanya baru tidur kerana melihat perlawanan separuh akhir Jerman-Sepanyol.

Aduhai........, sekali lagi saya nak tanya, apa manafaatnya berjaga begitu sehingga esoknya terpaksa mengkadha balik tidur dan mungkin mengakibatkan kerja buat tergendala. Saya yakin kedua-dua kawan saya tu tak ada apa kaitan dengan perlawanan bola itu. Berjudi samada yang halal (samentelah kalau ikut surat khabar, tak jadi dihalalkan) pun kawan-kawan saya ni tidak, yang haram pun tidak. Kalau kalah atau menang mana-mana pasukan pun, tidak juga kedua kawan saya ini dapat atau rugi apa-apa. Tapi, berjaga jugak mereka.

Boleh jadi dia nak jadi orang yang menjawab soalan siapa kalah atau menang, tak nak jadi orang yang bertanya macam saya dipagi esoknya..........., wallahuaklaaaam.

2 JULAI, 2010 - ZIARAH CUCU SEDARA


Friday, July 2, 2010

Hari ini , ditengah-tengah sibuk dengan persiapan bangsal dan persiapan 'ladang', saya paksa juga diri untuk meluangkan masa ziarah cucu sedara yang baru mengganggotai keluarga cucu cicit Tukang Ibrahim di Kuala Trengganu bulan lepas. Bangsal berukuran 10x15 kaki dan ladang 3 ekar lebih sikit itu (luas dah tu banding dengan yang lebih sempit dari itu) kami lupakan hari ini.

Tak apa, kalau tak silap ingatan saya, ada hadis Nabi SAW yang mengatakan orang yang menghubungkan silatulrahim dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Jadi, hari ini walaupun kami tak masuk ladang, tapi insyaallah, hasilnya berlipat kali ganda daripada kalau kami bekerja disana tu. Kalau kerja diladang hari ini pun, saya bersama tiga anak lelaki saya, paling kuat, semua batu bata yang terpaksa diunload diluar tapak bangsal saya tu habis, beberapa belas beg simen yang juga terpaksa diletakkan jauh oleh van yang menghantar barang dari tapak bangsal tu terangkut. Itu saja.

Tok bilal dah azan maghrib........ sambung lepas ni, insyaallah.

3 Julai 2010 daah.......

Kelmarin, lepas maghrib ustaz baca buku Syamaail Rasulullah - bab yang menceritakan bagaimana Rasulullah memakai bau-bauan. Dalam kuliah tersebut ustaz kata, mengikut buku itu, ada tiga perkara yang Rasulullah tidak tolak pemberian sesaorang kepada baginda, bantal, bau-bauan dan susu. Mula-mula agak pelik juga saya, dalam banyak-banyak benda, bantal yang dituliskan antara benda yang tidak ditolak oleh baginda, kemudian pengkuliah menceritakan, nak bagitahu, kita, kalau takdir jadi sesaorang yang dimuliakan dalam masyarakat, dan kalau adalah orang bagi kita sesuatu yang biasa-biasa saja, bukan yang eksklusiv, berharga, berkualiti tinggi, antik atau sebagainya, hargailah pemberian itu, ambil dan ini akan menjadikan pemberi merasa dihormati. Ohhhhhhh.... begitu.

sambungan cerita semalam;

Kerja kerja jugak, keberkatan, rahmat, pertolongan Allah lebih penting dari hanya kerja. Kerja yang baik tu memang boleh pahala dah, tapi kalau kerja itu ada bersamanya keberkatan, rahmat Allah akan menjadikan kerja itu sempurna, dunia dan akhirat. Semoga kerja saya dan kita semua akan termasuk dalam kumpulan kerja yang semacam itu, insyaallah. Semoga kerja kerja kami dipermudahkan, selamat, dan mendatangkan hasil yang lumayan. Hak ni tidak ada manusia yang dapat mempastikannya. Kalau pun kita dah penuhi segala syarat bagi suburnya pokok, dengan baja pokok dan baja buahnya cukup, dimusim kemarau disiram dengan sprinkler, tapi kalau Allah Subhanahu Wataala kata tak ada rezeki, pokok akan tumbang dek angin kencang semasa buah belum matang dan sebagainya.

Allahu akbar!.

SAMBUNGAN CERITA ISRA' MIKRAJ 1431H


Wednesday, June 30, 2010

.... sambungan kuliah isra' mikraj

Lepas asar semalam, tak sempat lagi menyambung cerita isra' mikraj, sehingga malam. Malam tadi, sambil makan saya bercerita kepada anak anak kisah yang diceritakan ustaz pada paginya. Ada manafaat juga kita, orang bukan ustaz ni hadir kekuliah, boleh cerita kepada anak-anak, kalau tak berkuliah kepada orang lain pun........

Tiba-tiba saorang anak saya bertanya...' mana kita tahu kita dah kena tipu oleh syaitan? kita rasa molek dah apa yang kita buat, comel dah dan itulah yang sepatutnya kita kena buat?'........ saya kata, kita kenalah kenal yang mana bisikan syaitan, yang mana petunjuk dan perintah Rasulullah, dan Allah, dan ini kenalah berilmu, kalau tidak berilmu kita dan siapa saja akan ditipu syaitan. Tapi ingaaat, orang yang berilmu pun kena tipu juga, berapa ramai para ustaz, ada yang bertitel Dr, Prof, dan sebagainya pun kena tipu juga sebab dia tak ikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah, oleh Allah subhanahu wataala. Sebagai contoh, saya kata, Rasulullah sabda, 'alaikum bil jamaah, tapi ada lebai, ustaz, Dr, Prof atau apa lagi yang rasa dia cerdik, lebih cerdik dari mana-mana orang atau ahli jamaah, lalu dia pun bawa diri sorang.- orang ini dah kena tipu oleh syaitan!......, anak saya mengangguk, faham atau tak mahu memanjangkan cerita tak tahu, fahamlah hendaknya.

Itu belum masuk sambungan cerita isra' mikraj lagi, ini baru nak masuk;

Penegur dari kanan Rasulullah SAW itu adalah yahudi dan dari kiri baginda adalah nasara yang kerjanya juga mengganggu perjalanan para Muslim. Yahudi dan sekutunya tidak akan duduk senang selagi orang Islam tidak ikut telunjuk dan tabiat mereka ......... walan tardha 'an kal yahudu wan nasara, hatta tattabi'amil latahum......... maka pelbagai usaha dan ikhtiarlah dibuat agar umat Islam menjadi pak turut mereka.

Antaranya mereka menggunakan 3F - food, makanan, fashion, fesyen dan fun, hiburan. Nah, ada kah siapa-siapa yang rasa bebas atau selamat dari serangan 3F ini. (3F ni bukannya fund for food, satu skim pinjaman oleh bank tuu!)

Makanan dizaman globalisasi ini datangnya dari seluruh dunia global kedunia glokal. Ada yang made in itu dan made in ini, ada yang dicop halal sehingga katanya, kata ustaz dalam kuliahnya semalam itu, dijumpai daging babi yang ditinkan dicop halal!. Aduuh, kata saorang kawan saya yang kalau dari segi umurnya berpangkat ayah,........ 'agaknya, dengan umur saya ni, kalau dihimpun himpun dah cukup sekor babi yang dah dimakan......'. Patutlah, tak ramai manusia muslim yang mampunyai keperibadian muslim yang sabenarnya......, mungkin disebabkan oleh makanan yang haram yang telah menggelapkan perut dan hati mereka itu. Apa cara kita untuk mengelakkan kita, anak isteri dan keluarga kita dan seluruh orang Islam selamat dari makanan haram ni?

Pernah satu ketika anak saya yang bongsu (stakat ini), membawa pulang buku halal haram dan setiap makanan yang hendak dimakannya dirujuk dulu buku itu. Waah, banyak benda yang haram dimakan, akhirnya sekarang, buku itu hilang dan kami tengok copnya saja, yang ini halal betul dan yang ini halal buat sendiri. Yang ada halal betul (dari segi designnya) kami makan dan biarlah mereka yang bertanggung jawab mengenai halal-haram itu yang menanggung dosanya kalau makanan itu haram. (Bolehkah atau lepaskah tanggung jawab atau taksir saya dengan perpendirian begitu?)

F yang kedua, fesyen. Ini penat juga. Penat tak penat, kata pengkuliah, kalau kita memandu kereta, beringatlah, jangan leka sangat bila terserempak dengan anak-anak muda yang berboncengan jantan-betina atas motorsikal didepan kereta kita kerana yang sibetina yang dibelakang motorsikal itu memakai seluar yang menampakkan seluar kecilnya, atau ujung sulbinya. Yang peliknya, sekali sekala dia menarik-narik baju kecilnya, tak tahu samada untuk menutup seluar kecil atau ujung sulbinya atau untuk menarik perhatian anda yang memandu dibelakang mereka.

Dah jadi trend atau fesyen bagi ramai anak remaja perempuan sekarang bertudung kecil, seluar yang sama sendat dengan kulit dan berbaju kecil berlengan pendek. Aduuh, apa dah jadi ni......, kerap kali saya bila berserempak dengan makhluk saperti ini, terlintas diotak saya, ada mak pak kah manusia ini, atau mak pak nya pun serupa dengan dia juga, tak tahulah, wallaaahuaklam.

F ketiga, fun - hiburan. Yang ni 24 jam disediakan. Tok guru bermuka empatsegi sedia memberi khidmat bila-bila masa. Pak menteri yang jaga tok guru bermuka empatsegi ni pun tak tahu bahawa dia akan ditanya diakhirat nanti tentang apa yang dibuatnya dengan tok guru ni, apakah dengan nya dia mengajar rakyatnya ilmu yang berguna, atau menyampaikan pesan yang baik, atau semakin menyesatkan rakyatnya. Kamu akan bertanggung jawab wahai YB!.

Ada lagi, acapkali handfon saya dimasuki mesej menawarkan gambar gambar hiburan, terkini, pagi tadi ...... 'aksi panas ........ regstrn free..... klik xxxx......' dan macam-macam lagi - kerja siapa ni?, dengan kecanggihan teknologi glokal yang ada di Malaysia ini tak bolehkah sipeniaga sesat dan menyesatkan ini di kenakan hukuman takzir, saya cadangkan diikat dipokok yang banyak kerengga selama 24 jam atau bertaubat, yang mana terdahulu.

Wanita tua berhias itu adalah dunia. Dunia ini sudah tua dan menunggu saat noktahnya. Bila-bila masa saja lagi. Umpama musim bola piala dunia ini, saat masa kecemasannya pun dah nak habis. Refree boleh dikatakan dah menarik nafas untuk tiup wisel penamat. Tapi masih berhias dia. Perhiasan ini akan mempersonakan orang yang tak perasan segala-galanya akan berakhir sekejap saja lagi.

Dan, yang akan menggantikan dunia yang akan berakhir ini adalah akhirat yang tak akan berakhir, kekal selama-lamanya. Disana manusia akan dihisab apa yang telah dilakukan didunia ini. Kalau dibottom linenya positif, bahagialah dia dan kalau bottom linenya negatif, merah atau dalam breket, deritalah dia, waliyya zubillah kita dari menjadi orang yang kedua ini ya Allah!.

Setakat tu dulu, ada kesempatan, boleh tulis lagi, insyaallah.

....... FASA KEDUA JADI BLOGGER


Wednesday, June 30, 2010

FASA KEDUA JADI BLOGGER, Menjelang Rejab, 1431H/Jun, 2010

Telah sekian lama berhenti mencatatkan apa-apa dalam blog ni. Mulanya disebabkan oleh kandungan blog saya dulu tu tak ujud, bila dibuka pun tak ada, tak boleh di ekses.... tak tahulah mengapa.

Tiba-tiba anak-anak bertanya kenapa saya tak lagi mengupdatekan blog saya. Saya kata blog saya tu disappear, dia orang kata ada. Saya buka dan ada balik, alhamdulillaaah. Mungkin Allah subhanahu wataala memberikan peluang untuk saya menulis sesuatu yang insyaallah akan mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat untuk saya, ahli-ahli saya dan seluruh makhlukNya lagi. Molek jugak lah, kebaikan ni, hendaklah kita berpesan-pesan kepadanya, dan berlumba-lumba mendapatkannya. Semoga catatan saya yang lepas, ini dan akan datang ada bersamanya kebaikan yang dapat dimanafaatkan bersama.

Hari ini, Rabu, 17 Rajab, 1431H bersamaan 30 Jun, 2010.

Pagi tadi ada majlis isra' mikraj di pasar berhampiran rumah saya. Berbetulan hari ini hari pasar disini, penuh ruangan kosong medan depan pasar tu dengan kemah-kemah dengan pelbagai barang jualan. Orang pun ramai datang membeli belah.

Majlis diadakan dalam surau kecil depan pasar. Atas surau ada sekitar 20 orang muslimin dan beberapa orang muslimat (saya tak jengok dan bilang mereka)

Ustaz penceramah memulakan dengan perbandingan israk mikraj Nabi Besar Muhammad SAW yang menjadi ejekan mushrikin Mekah yang pada mereka peristiharan Baginda ini merupakan pengesahan bahawa Muhammad ini sabenarnya sudah betul-betul kehabisan modal, penipu, dan confirm something wrong ini dengan saekor anak sepilai (ikan laga) yang diambil oleh sesaorang, dibawa keKuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia, kemudian esoknya dibawa balik dan dilepaskan semula kebecah (paya) tempat asalnya itu, dan anak sepilai ini pun berceritalah kepada anak-anak sepilai lain bahawa dia telah ke Kuala Lumpur semalam dan sekarang berada bersama anak-anak sepilai dibecah yang sama, dalam tempuh tak sampai 24 jam. Maka dibangkit lawaklah akan kenyataan anak sepilai itu oleh anak-anak sepilai yang lain. Itulah perumpamaan manusia yang tidak mempercayai kekuasaan Allah yang boleh melakukan apa saja walaupun diluar munasabah manusia...., jangan jadi anak sepilai becah yang tak pergi ke Kuala Lumpur itu!.

Isra' dan Mikraj Rasulullah benar berlaku. Ini diconfirm dengan ayat al-Qur'an. Orang beriman wajib percaya.

Satelah dibawa Rasulullah yang bermalam dirumah Ummu Hani kedepan Kaabah, Jibril membelah dada Rasulullah, dibersehkan hati baginda dengan air zam-zam dan dimasukkan ilmu dan iman, dibawa kenderaan yang dikenali dengan Buraq. Buraq besar dari kaldai, kecil dari himar, yang satu ketika dulu saya pernah tengok gambar yang difremkan oleh orang tua-tua yang berbentuk badan kuda, bersayap dan bermuka manusia, wanita cantik. Ustaz kata, kalau jumpa lagi gambar itu, itu bukan Buraq, itu adalah dewa yang mungkin dalam kepercayaan Hindu dan yang pasti itu bukanlah gambaran Buraq dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa agung isra' mikraj ini dan minta dengan tuan gambar itu dan bakar sebab itu bukanya Buraq yang dijadikan kenaikan Rasulullah SAW untuk Isra' Mikraj.

............. panjang sikit tulisan kali ini, sebab lama tak tulis, dan ada modal hari ini.............

Dalam perjalanan, Rasulullah dikejar jamong api, Jibril kata, jangan hiraukan ia. Kemudia Baginda disapa dari kanan, Jibril ingatkan jangan hirau, teruskan. Lepas itu ada pula yang meminta Rasulullah dari sebelah kiri baginda agar baginda berhenti sabentar dan Jibril terus mengingatkan agar baginda terus juga perjalanan. Kemudian banginda bertemu dengan saorang wanita tua yang memakai berbagai perhiasan, sekali lagi Jibril mengingatkan agar baginda teruskan perjalanan.

Kemudian, direngkaskan cerita, Jibril menjelaskan segala-galanya, jamong api itu adalah Ifrit - Iblis dan Syaitan yang akan mengganggu umat. Dia telah dapat lesen besar dari Allah Subhanahu Wataala untuk memesongkan manusia, umat Islam. Tujuan mereka adalah untuk menggoda manusia agar bersama-sama mereka kufur terhadap Allah dan menjadi ahli neraka. Manusia ni kalau dah kufur, lebih dari syaitan lagi. Iblis pernah menggeleng kepala bila manusia yang bergelar Firaun meletakkan dirinya sebagai "ana rabbakumul a'kla" - aku tuhan yang maha tinggi. Iblis geleng kepala, kata iblis, kufur setara aku pun tak mengaku tuhan...., iblis masih mengaku tuhan adalah Allah yang maha agung, cuma dia engkar, oleh kerana sombong, angkuh, dan tak mahu dia sujud kepada Adam, walaupun itu adalah untuk mematuhi perintah Allah.

Jadi kita kena kenal iblis, syaitan dan yang sewaktu dengannya. Ustaz kata mujurlah Rasulullah tidak berhenti bila diikuti jamong api ifrit, kalau tidak makin ramai yang kena tipu oleh mereka. Dalam tak berhenti pun, nak kata ramai mana yang telah, sedang dan akan kena tipu oleh syaitan. Memang ramai, yang melihat jahat itu baik, keji itu mulia, buruk itu molek, dan sebaliknya, baik itu jahat, mulia itu keji, molek itu buruk. Maka jadilah apa yang sedang terjadi yang semua kita boleh lihat sekarang. Tak tahulah apa lagi yang akan jadi masa depan bila lebih ramai lagi yang kena tipu oleh syaitan...........

Setakat ini dulu, nak kemasjid, solat asar, sambung bila ada kesempatan lepas ni pulak, insyaallah.

Pemilihan dimuktamar PAS Pusat dan Final FA Malaysia


Monday, June 13, 2011


Bila bulat, goleknya payah nak dijangka, boleh mengarah kemana-mana, 360 darjah x 360 darjah. Itulah bola. Usaha Daudsu menafikan kemasukan bola kegawang Kelantan terjadi sebaliknya. Saya sangat yakin dia memang tak ada niat nak sumbat gol sendiri. Tidak. Tidak. Ini perlawanan akhir piala FA. Diperlawanan ini juga Sultan Muhammad ke-V ada diastaka, Tuan Guru Dato' MB ada juga. Kedua-dua hamba Allah ini disayangi, dihormati dan tentunya orang yang diamanahkan menjulang nama Kelantan tidak tergamak khianat, dengan apa juga harga. Lagi pun, bukan setiap pusingan setiap pasukan mampu keperlawanan akhir.

Daudsu, tidak ada dosa atas kesalahan yang terjadi tanpa anda berniat untuk melakukannya, dan tentunya tidak adil bagi seluruh warga Kelantan menaruh apa-apa perasaan tidak senang thdp saudara!

Cuma, ini komen orang-orang diluar gelanggang. Komen saya sendiri, semua pemain telah memerah segala kudrat yang ada untuk memenangi perlawanan ini, baik dipihak Kelantan mahu pun Terengganu. Tapi bagi orang diluar gelanggang, kestadium Bukit Jalil pun tidak dia, hanya sambil bersandar dikerusi malas menonton di kaca TV dirumah, kata mereka, Kelantan sepatutnya, satelah mendahului satu gol terus berusaha untuk mendapatkan 'gol pembunuh', sumbat satu lagi, kemudian selesai, bukan melengah-lengahkan permainan dengan bersangkaan selamat dengan satu gol pendahulu itu saja.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kata orang tua-tua. Memang komen itu mudah, buat belum tentu sudah, mungkin itu madah Karam Singh Walia.

Walaupun dah seminggu pemilihan pimpinan pusat di muktamar agong PAS Malaysia berlalu, dalam majlis kenduri yang saya hadiri semalam saorang veteran umno yang kebetulan makan semeja masih memberikan kredit yang tinggi terhadap keputusan pemilihan itu, katanya bijak sungguh puak PAS ni, sesuai dengan perkembangan semasa dan dia mengulang-ulang ucapannya itu. Datuk ini yang pernah jadi ketua satu bahagian umno dan terpecat salut dengan keputusan pemilihan dimuktamar PAS pusat kali ini. Saya sendiri tidak merasa sesuatu yang istimewa hingga ketahap itu.

Tidak pelik. Dalam media macam-macam dikatakan, ulama' tersingkir, puak erdogan dan seribu satu macam lagi, tapi bila berdepan dengan orang dia, tabik pulak dia.

Apa pun semoga pengalaman bola yang mengecewakan dan pemilihan yang bagi setengah orang salah sangka dari jangka itu mendatangkan manafaat, menjadi pengajaran dan buah pertimbangan bagi kerja buat semua dimasa depan kepada semua, insyaallah

Allaahuakbar!


Sunday, June 12, 2011

Allaahuakbar!

Sekian lama tenggelam. Sekian banyak catatan kehidupan yang sepatutnya termaktub hilang begitu saja. Ada pengalaman manis, tak kurang juga yang pedas, pahit, dan sebagainya. Cuma, tak semua yang manis itu bermanafaat dan yang pedas, pahit itu mendatangkan kemudaratan. Sekarang, kebanyakan yang manis itu racun dan yang pahit dan tak sedap itu ubat.

Benarlah masa saya ditingkatan tiga, saorang guru sebaik saja masuk kekelas bertanya, " obat selalunya?...." beliau menuding jari kesetiap murid, ada yang bangun dan jawab "ditelan.......", bedebuk kena penumbuk, ada yang lain bangun dan menjawab "diambil dari hospital........" bedebuk kena penumbuk juga, ada lagi jawapan "disapu.........", "dibeli dikedai ubat..........", yang tak ada idea kerana apa yang hendak disebut telah disebut oleh mereka yang terdahulu bangun dan bisu, semuanya kena penumbuk, bila tiba giliran saya, "tak sedap!.....", penumbuknya dah sedia tapi tak jadi singgah dibahu saya. Obat biasanya tak sedap, itu jawapan yang dia hendak. Sampai hari ini saya ingat.

Cuma bagaimana saya dan kita semua nak jadikan semua yang tak tak sedap itu ubat?. Kerana dalam banyak situasi saya gagal menjadikan yang tak tak sedap itu sebagai ubat, malah dalam banyak hal ianya menjadi sesuatu yang membebankan.

Saya telah mengistiharkan kepada anak-anak, jangan tidur lepas subuh, tak boleh, jadi bodoh, rezeki sempit, kerja shaitan, rugi, dan entah apa-apa lagi. Tapi sehingga pagi tadi, anak yang besar sekali (sulong, telah habis diploma) masih juga berselimut dan lena dihembus angin kipas jam 7 pagi semasa saya baru balik dari masjid. Ini, bila anak-anak tak dengar peristiharan kita, bagi saya ianya satu benda yang tak sedap, ubatkah ini, saya nak buat bagaimana atau...........

Atau saya terpaksa membuat sesuatu yang tak sedap kepadanya agar akan jadi ubat bagi dia untuk dia tinggalkan ketagihan tidur lepas subuhnya itu. Marah (tak sedap) sudah, tak pakai. Larang (tak sedap) sudah, tak pakai jugak, Suruh dia pegi tempat lain kalau nak tidur lepas subuh (tak sedap) sudah, tak hirau. Mungkin ketidaksedapannya belum cukup tak sedap untuk mencapai taraf ubat baginya. Dalam fikiran saya, nak saja saya membawa sabaldi air dan menghamburkan saja keatas kepalanya semasa dia tidur, biar semua kepala, bantal, selimut dan tilamnya basah kuyup, baru cukup dos tak sedapnya dan baru jadi ubat baginya mungkin?.

Alahaaai..............

Itu baru nak alignkan kehendak kita dengan anak-anak. Biarlah, mungkin rasa tak sedap ni jadi ubat, diberikan pahala oleh Allah diatas usaha untuk jadikan anak saorang yang tidak mensia-siakan masanya yang sememangnya diperintahkan Allah begitu. Mudah-mudahan.

Allaahumma Rabbana Hablana Min Azwaajina wa Zurriyaatina Qurrata 'akyun wa Ja'alna Lil Muttaqiina Imaamaa.

bersambung..................

10 JAN, 2009


Friday, January 9, 2009

Salepas 5 hari di Kuala Trengganu, saya sempatlah mengikuti upacara penamaan calun untuk pilihanraya kecil P036 Kuala Trengganu dan berada dalam kawasan pilihanraya serta berpeluang bersama masyarakat setempat sambil berkempen dan menyumbangkan apa-apa yang dapat memberi kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Sebagaimana biasa, perlawanan diantara PAS dan Umno adalah perlawanan diantara PAS dengan Kerajaan Malaysia. Saya berkebetulan berjumpa dan berbual dengan saorang kakitangan Jabatan Keselamatan Industri (lebih kurang begitulah nama jabatannya) dan sambil mengeluh mengatakan nak buat kerja dijabatannya sekarang payah kerana tak boleh nak kesana-sini.

Sebabnya adalah kerana semua kenderaan jabatan digunakan oleh puak umno, 'tang jabatang yang ditulis dipintu jeep tu ditutup dengang stiker, kalu kereta puteh, stiker putih, ikut warna kereta untk menutup nama jabatang yang tertulis dijeep itu'.

Menatang sungguh puak umno ni, cakap lain, buat lain. Cakap berdegar-degar nak pertingkatkan integritilah, hapuskan rasuah dan salah gunalah, dan sebagainya, tapi puak dia yang jadi pengamalnya. Dia boleh, orang lain tak boleh, patutlah ada saorang pernah saya dengar mengatakan uumno ni macam yahudi.

Boleh kata satiap rumah didatangi oleh pembesar-pembesar umno, kalau tak menteri, timbalan atau yang sewaktu dengannya. Yang paling kodi akan menerima RM 300.00 ia-itu sebanyak wang ihsan untuk setahun. Begitu kata saorang penduduk dikawasan pilihanraya yang saya temui.

Kebetulan, satu pagi saya keluar berjalan-jalan dikawasan Losong. Saorang anak muda lewat dua puluhan menceritakan, saorang pakcik tua yang tinggal dalam sabuah pondok lama didatangi oleh menteri sabun yang jaga bahagian penerangan (Saberi Cik), pak menteri pun bertanyalah pakcik tua, tinggal rumah sendiri kah ni. Pakcik menjawab, ya, rumah sendiri tapi tanah orang. Pak menteri menawarkan rumah baru kalau sipakcik itu ada tanah sendiri, dan pakcik menjawab, 'dak apelah, pakcik ni dah tue, padang habih dengang ayat ni dah laaa...'. Pak menteri pun berlalu....

Kalaulah para pengundi P036 boleh berpendirian sebagaimana pakcik tua tu, habislah umno, duit yang ditawarkan dibuat tak laku oleh rakyat marhain, mampuslah umno dari muka bumi ini.

Lagi pun, janji puak-puak tu dimusim ini (dan bila-bila pun) tak berapa nak boleh dipercayai...

Semoga Allah merestui perjuangan dan memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil pada 17/Jan/2009 ini, Insyaallaah.

4 Jan, 2009


Saturday, January 3, 2009

Hari ini hari Ahad, pagi-pagi lagi hantar anak yang nak mendalami ilmu pertanian ke Songkla, sebagaimana pernah satu rombongan ahli-ahli parlimen BN suatu masa tak berapa lama dulu ke Taiwan. Yang bezanya adalah anak saya ni taklah pula akan lari ke Hong Kong sebab, pertama tak ada orang yang nak menjejakinya dan kedua, yang lebih besar, dia tak cukup duit untuk tambang kesana, dia hanya bawa beberapa ribu (bhat) saja. Itu jawapan bila saya tanya nak pegi buat apa ke Songkla. Sabenarnya nak kerumah kawannya yang belajar dimadrasah yang sama sabelum ini, sambil menghabiskan masa menunggu keputusan SPM nya.

Sambil menunggu kawannya yang akan menyambutnya distesen keretapi saya membeli Mingguan Malaysia, duduk-duduk dikedai kopi dan meminta minuman. Tertarik dengan tajuk saorang mantan pemimpin Malaysia yang ditemuramah oleh akhbar itu, mengenai cara-cara untuk mengajar sijahanam Amerika yang merestui serangan sijahaman israel keatas Palastin, yang hari ini telah masuk hari kelapan, mula memasuki Palastin melalui jalan darat pula, sehingga semalam membunuh lebih 400 orang dan mencederakan lebih 2000 orang itu. Tentu best ni, dan saya terus membelek muka 4, tajuknya Boikot secara terancang, ditulis dengan huruf bold, disana siap dengan gambarnya sekali.

Soalan pertama dari 2 orang wartawan akhbar itu, Marhaini Kamaruddin dan Hata Wahari ia-itu apakah yang sabenarnya yang menjadi punca krisis diantara silaknat israel dan Palastin, mantan pemimpin itu pun menjawablah .....

.......... Negara barat terutama AS tidak ikhlas kerana mereka yang meminta diadakan pilihanraya secara demokrasi di Palastin tetapi apabila pilihantara itu memberi kemenangan kepada Hamas, mereka tidak sanggup menerima kemenangan tersebut jadi perjuangan mereka untuk demokrasi merupakan satu pembohongan......

He he he hoi che Det!, nampak plak hang bila orang lain yang buat, yang hang pernah buat kat Kelantan dan Terengganu hang lupakaaaa, kah kah kaaaaah. Betoi hang kata, Melayu mudah lupa, tapi hang boleh kata hang bukan Melayu, aku pernah dengar ada orang kata hang ni bukan Melayu, tak tahu aku betoi ka salaah. Lantaklah. Bukan salah kamu che Det, kamu orang apa pun, dan memang tak salah jadi orang apa pun, asal Islam.
Melayu tak Melayu tak penting, yang penting .....

Yang penting, rupa-rupanya semua manusia ni nak kepada yang baik, yang adil, yang benar. Tapi bila kuasa ditangan, tak ramai yang boleh berlaku adil. Bila AS tak sanggup mengiktiraf Hamas, che Det nampak, yang dia tak iktiraf PAS, buta pulak dia, tak nampak, tengok mata elok, bukan buta mata, buta hati, buta pertimbangan, buta keadilan.

Aku tidak teruskan membaca wawancara itu tetapi aku teruskan dengan menyumpah seranah mantan pemimpin yang zalim itu, zalim kerana dengan kerja buat dialah perlaksanaan hukum agama Islam yang menjadi hak setiap orang yang mengaku beriman dengan kalimah syahadah tidak boleh dilaksanakan dibumi Kelantan. Nak harapkan dia, jauh pacak dari panggang, orang lain nak buat pun dihalangnya. Celakanya orang ini, tak mahu bertaubatkah kamu?, che Det?. Diporakperandanya pula perjalanan kerajaan Kelantan, dibuatnya pula JPP (jong putar pitih) , dibuatnya pula JKK (jong kucar kampung), dipayahkan bayaran nafkah wajib (geran) persekutuan kepada Kelantan, dan, dan, ...... kalau nak tulis belaka, ....wahai che Det, tak kabarkah kamu, kezaliman dan kejahatan, balasannya neraka?.

Masa masih ada che Det, umurmu masih diizinkan Allah, kalau tak sanggup jumpa Tok Guru Nik Aziz, jumpa Tok Guru Hj Hadi, atau Ustaz Haron Din, atau mana-mana ulama' akhirat diluar Malaysia, jangan jumpa marji'-marji' atau ulama' jahat ulama' dunia. Tanya mereka apa hukumnya kerja buatmu yang telah lalu itu, khususnya yang mengenai hukum hakam agama yang kamu terlibat.

Masih ada masa che Det, dan Allah terima permohonan ma'af dari hambanya, kecuali mereka yang mensyirikkan Nya.

Aku doakan kamu berjaya dunia dan akhirat!

2 jan, 2009


Friday, January 2, 2009

Sudah masuk hari ketujuh binatang israel menceroboh Gaza.

Bagaimana dengan hati-hati manusia arab Islam yang berjiran dengan Palastin yang sedang dikhianati sedemikian rupa oleh binatang ganas tak berhati perut itu.

Alangkah dayusnya pimpinan negara-negara, yang beragama Islam, terutama yang berjiran dengan Palastin, yang mengaku bahawa semua Muslim adalah saudaranya melihat saudaranya diperlakukan sedemikian rupa oleh binatang israel yang rakus, jahanam, yang dilaknati Allah itu bermaharaja lela tanpa rasa belas kasihan kepada manusia lain itu.

Ya Allah, peliharalah saudaraku di Palastin yang diperlakukan dengan penuh zalim oleh israel itu. Itu sajalah yang dapat aku lakukan, memohon doa darimu, dan, ya Allah, bilakah engkau nak mengutuskan malaikatmu atau burung abaabil menjatuhkan batu-batu kerikil untuk menghancurkan kereta-kereta kebal bersama-sama tentera israel yang sedang bersiap sedia memasuki Gaza dengan membawa bencana yang lebih hebat itu, dan menjadikan mereka saperti daun-daun yang dimakan ulat?, Ya Allah, kasihanilah mereka yang teraniaya itu!.

Ya Allah, peliharakanlah mereka, kasihanilah mereka, lindungilah mereka, dan jahanamkanlah israel yang jahat itu.

Ya Allah, perkenankanlah doaku ini.

Kepada siapa lagikah yang dapat aku mohon pertolongan, jika tidak kepada Mu?, kepada siapakah lagi yang dapat aku pohon bantuan, kalau tidak dari Mu?. Kepada ketua-ketua atau pimpinan Arab?, kepada Barack Hussien Obama? tidak Ya Tuhan. Hanya kepada Mu, engkau bukakanlah hati-hati mereka agar mereka berikan simpati mereka kepada saudaraku, orang-orang Islam yang sedang dianiayai di Palastin itu Ya Allah!

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.

Tahn Baru Hijriah, 1430 dan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu


Tuesday, December 30, 2008

Semalam, Isnin, 30hb. Disember, 2008 adalah juga hari pertama tahun baru Hijriah, 1430. Sudah 1430 tahun Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah, dalam rangka perancangan Ilahi menyebarkan Islam keseluruh dunia, sehingga hari ini dan sehingga hari kiamat.

Kelmarin juga saya di Kuala Trengganu, meninjau bandar yang sudah banyak berubah sejak negeri itu dianugerahkan Ilahi dengan hasil minyak dan mendapat wang royalti, ihsan, peruntukan khas dan sebagainya daripada Kerajaan Pusat, Malaysia. Suasana menjelang hari nak mementukan ahli parlimennya juga agak ketara, dengan kesibukan kenderaan, serta dengan polis trafik yang kadang-kadang kelihatan lebih menyibuk daripada menjalankan tugas.

Khemah-khemah polis, boleh jadi pondok atau balai polis sementara ujud disegenap simpang utama, atau ditempat-tempat yang dijangka strategik.

Perlaksanaan demokrasi ala Malaysia akan diadakan sekali lagi, disini. Beberapa tahun lalu, dalam melaksanakan demokrasi ala Malaysia dibandar inilah juga, ada rakyat yang kena tembak oleh polis yang menjaga keselamatan dan sampai saat ini, saya tak pasti samada sudah lesai atau tak lagi kesnya.

Ada suara yang mengatakan calun dacing hari yang akan bertanding itu ada kaitan dengan peristiwa tembak menembak rakyat oleh polis dalam kejadian itu, kena pakat siasat dan pericikanlah setakat mana betulnya sok sek sok sek itu. Kalau betul, kena pakat hebohkan betulnya dan kalau tidak betul kena pakat war-war kan tak betulnya atau fitnah itu.

Memang sudah jadi lumrah dalam perjalanan demokrasi ala Malaysia, dalam pilihanraya, lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kecil saperti ini, macam-macam boleh dijadikan isu, dari hal peribadi sehingga masalah parti, masalah kerajaan, dan macam-macam.

Yang timbul, dipihak bulan yang diperbesar-besarkan adalah masalah calun, kalau orang ini, boleh, kalau orang itu tak boleh, ini orang dalam, itu orang lar, macam-macam.

Nampak gaya macam stedi dibelah umno, boleh istiharkan awal calunnya dan dikatakan gerak kerja puak itu dah mla awal, tak tahu apa yang menghalang puak pas ntk mengistiharkan calun mereka seawal umno. Kata pimpinan mereka, itu adalah strategi.

Buatlah apa yang patut, asal tak berdosa dan boleh pahala.

Nak Kata Pandir, Cerdik


Thursday, December 18, 2008

Kalau lokal, saya berani kata orang yang masih berani dan sanggup melabur dalam skim piramid cepat kaya yang dapat untung berganda dengan hanya memasukkan duitnya kedalam sesatu akaun atau memberikannya kepada sasaorang itu sebagai pandir. Tak belajar atau baboknya mereka salepas beberapa kali terkena, walaupun tidak dia sendiri yang kena, cukuplah dengan pengalaman orang yang telah kena, jangan nanti kena dulu baru nak belajar, lebih azab kalau kena dah pun kena sekali atau beberapa kali lagi.

Berita kali ni tidak lokal, ini global. Namanya pun bukan Pak Man atau Ustaz apa-apa. Kali ini namanya Madoff, atau nama penuhnya Bernard Madoff. Itu nama penerima bayaran wang yang nak dilaburkan. Kata dia, dia bekerja saorang diri. Umornya sekarang 70 tahun. Dia bekas pengerusi pasaran saham Nasdaq ditahun 90an.

Sementara pelabur-pelaburnya pula terdiri daripada bank-bank, antara bank yang kita selalu dengar ada dilokal adalah HSBC yang dilapurkan melabur seribu juta US. Bank yang kita tak dengar, tapi mashor diperingkat global melabur sehingga 7,500 juta US. Antara orang cerdik yang melabur adalah Steven Speilberg yang mashor itu.

Madoff mengistiharkan kerugian 50,000 juta US dengan operasinya yang telah berjalan lebih sedekad.

Kini Madoff ditahan 'curfew' atau perintah berkurung, dengan gelang pengesan elektronik dipasang pada buku lalinya. Dalam perbicaraan awal penyiasat melapurkan dia menjalankan perniagaannya dengan kaedah 60an dengan 'paper ticket', agaknya macam resit masuk panggung dikir barat atau wayang kulitlah tu, walaupun bangunan pejabatnya di tingkat 17 bangunan Manhattan, New York.

Nak jatuh hukuman bagaimana ni. Hukuman awal yang boleh puak-puak kita jatuhkan, kalau serahkan kepada saya yang menghukum adalah payahnya nak bagi kepercayaan kepada manusia kini, harta ni tak ramai orang yang rasa cukup, dan walaupun, puak-puak cerdik tu dah jadi pandir, kita jangan guna alasan, anak orang pun mati juga dan terus beri peluang kepada puak-puak penipu terus hidup mewah sementara sebelum mereka kena tahan dan dipakaikan gelang pengesan elektronik pada buku lali (boleh jadi akan diperkenalkan diperingkat lokal sedikit masa lagi) itu.

Wallahuaklam.

Raya Haji Kedua


Tuesday, December 9, 2008

Hari ini, 9 Dec, 2008, raya haji kedua bagi tahun ini, 1429 H.

Semalam, dihari raya haji pertama tahun ini saperti biasalah, ramai orang berkorban, dan satu badan non government organisation, ngo peringkat antarabangsa mengadakan korban 5 ekor lembu dikampung saya, saya dijemput menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima-penerimanya. Alhamdulillah.

Saya sempat bertanya pegawai ngo berkenaan bagaimana dengan orang-orang Palastin yang dinafikan keselesaan kehidupan mereka oleh yahudi Israel laknatullah itu, yang menyekat sumbangan daripada sabuah negara yang nak diberikan kepada mereka yang dikepung itu. Pegawai itu mengatakan, ya, kita ada orang yang sedang beroperasi disana. Semoga saudara kita diPalastin juga mendapat simpati dan pertolongan Ilahi serta dari seluruh umat Islam seluruh dunia.

Korban, bagi satengah-satengah orang, kena buat walaupun dia tak sembahyang. Saya dijemput makan daging korban oleh saorang yang ketika saya sampai dirumahnya belum bangun walaupun subuh dah habis, tuan rumah jemput makan. Saya tak makanlah.

Banyak lagi modal yang kena dilaburkan bagi memberi faham kepada umat ini mana yang lebih utama. Mana yang wajib, mana yang sunat, mana yang perlu didahulukan, mana yang boleh ditinggalkan kalau tak berkemampuan.

Bukan sahaja ibadat korban VS sembahyang, sehari dua ini bab mengharamkan yoga. Saya mengaitkan yoga dengan busana muslim, dan oleh YAB Tuanguru Dato' MB Kelantan menyentuh yoga dengan fahaman sekular yang menjadi anutan negara Malaysia. Kalau yoga itu haram, bagaimana dengan sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan ini, kata Tok Guru, tak kah dia haram juga.

Kalau YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah mampu menyebut amar makruf, nahi mungkar, bagaimana pula dengan para ulama' Malaysia.

Kisah Tiga Serangkai


Sunday, November 30, 2008

Kalau orang melebihi separuh abad, bila dikatakan tiga serangkai itu maka mereka akan mengertikan dan mensinonimkan sebagai kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Tiga serangkai itu pun berpakat dan bekerjasama juga tapi untuk memati cepatkan tuannya.

Satu lagi tiga serangkai yang oleh orang-orang tua kita selalu menyebut hanya dua sahaja, aur dan tebing, sabenarnya ada satu lagi rangkaiannya, air. Aur dan tebing tidak akan sempurna kalau tidak ada air. Tebing selalunya akan dikaitkan dengan sungai atau kolam atau tasik yang sudah tentu ada air. Aur pula amat-amat memerlukan air, maka ia pun tumbuhlah ditebing yang dekat dengan air.

Beberapa hari lepas, jalan kekebun saya yang menyusuri sebatang sungai kecil terhalang oleh serumpun aur yang terbalik. Tebingnya terbungkes sekali dengan akar-akarnya dek air yang memenuhi sungai dan mengalir dengan deras. Saya terfikir, kesatuan aur, tebing dan air sudah tidak dalam keadaan keseimbangan lagi bila salah satu dari rangkaian itu cuba mendominasi dan tidak menghiraukan sensitiviti dua lagi rangkainya.

Tebing, pasrah. Dia menyediakan dirinya menjadi laluan air dan menyerahkan dirinya ditumbuhi aur. Tidak apa-apa dia. Naiklah kamu aur, lalulah kamu air, aku tidak akan bertindak apa-apa. Asal kamu semua dapat berada dalam keadaan yang kamu mahu. Aku menyediakan diri aku untuk kalian. Kalau ada diantara dua rangkaiannya yang lain, aur atau air yang tergamak menafikan bahawa tebinglah yang berasal disitu, bolehkah makhluk-makhluk lain menyebelahinya.

Aur, hidup dan menjalankan penghidupannya dengan konsisten, perlahan tapi berterusan. Semakin sehari semakin membesar rumpunnya, semakin ia mencengkam tebing semakin rimbun.

Air, satu rangkai yang sangat berubah-ubah. Ada kala merendah sehingga kedasar tebing, dan beberapa hari lepas, dimusim tengkujoh ini, melimpahi tebing. Dari perjalanan yang perlahan-lahan, kepada deruan kuat yang menghakis tebing, meruntuhkan cengkaman aur ditebing. Air kena mengaku yang dia datang dari jauh. Ada yang datang dari celah batu, kerikil, atau dari rekahan bumi yang entah dimana, hanya yang pasti, datang dari jauh. Cuma air akan berpakat, menuju kesatu lurah, berpakat dari lurah-lurah kesungai kecil sebagaimana disepanjang jalan kekebun saya ini, dan kemudian kesungai besar dan kelaut.

Begitulah, Allah memberi iktibar dalam hidup manusia, dengan ayatNya yang dapat dilihat, kesepakatan, menagmbil kira sensitiviti rangkai yang lain, bertimbangrasa sahajalah yang akan mengekalkan keseimbangan kehidupan bersama.

Kalau tebing runtuh, bukan sahaja aur yang terbalik, tetapi juga laluan air akan tak keruan lagi. Laluan air akan jadi merata-rata, tak terurus, dan tak akan dapat dimanafaatkan, malah mendatangkan kemudaratan kepada semua.

Kalau direnung, agak-agak, suasana inikah yang sedang dialami oleh bangsa-bangsa ditanah airku kini.

Wallaahuaklam bissawaab.

Saturday, September 8, 2012

perihal yoga, perihal busana muslim


Tuesday, November 25, 2008

Maka berfatwalah majlis fatwa bahawa yoga yang telah sekian lama menjadi amalan orang-orang yang berada diperingkat hebat-hebat, yang terdiri daripada para golongan yang disanjung dan dijadikan idola itu haram.

Molek benarlah kalau amalan itu, yang tak siapa boleh nafikan bahawa ianya berakar umbi dan berasal dari amalan orang yang dikaitkan dengan mereka yang menganut ugama Hindu itu dijelaskan oleh orang yang mempunyai otiriti dan pengetahuan mengenainya. Dan, sewajarnyalah mereka yang walaupun kasih benar mereka terhadap amalan ini, yang dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai komplikasi dalam kehidupan akur dengan keputusan ini.

Setinggi mana kasih mereka, sedalam mana yakin mereka dan setegar mana terikatnya mereka kepada amalan yang difatwakan haram ini, mereka kena kasih lagi kepada ugama Islam yang mereka anuti. Mereka wajib meletakkan keputusan fatwa itu, yang apabila diadili dengan ugama Islam, maka Islamlah yang misti diterima, tanpa ragu.

Sudah tentu, kalau kita yakin bahawa Islamlah yang tertinggi, tiada ada sesuatu yang lain yang lebih tinggi darinya, maka, ketetapan yang menggunakan kayu ukur Islam itulah yang terpakai, sebagaimana, dalam beberapa mukaddimah perundangan mengatakan, mana-mana istilah yang digunakan dalam akta atau enakmen atau peraturan ini bercanggah, maka pengertian yang menggunakan bahasa Inggerislah yang terpakai.

Begutulah Islam, sami'na, waata'na - sebagaimana juga diperingkat jenerasi awalnya yang mencurahkan tempayan-tempayan araknya sehingga membasahai jalan-jalan satelah ianya diharamkan, walaupun pada masa itu arak adalah minuman yang saolah-olah tidak boleh lagi dipisahkan dengan masyarakat pada masa itu.

Alhamdulillah, dan kepada para pengamal yoga, Islam ada menyediakan alternatifnya, yang sabenarnya, menawarkannya lebih awal lagi. Bertanyalah kepada mereka yang arif mengenainya.

Hari ini 26 Nov, 2008 sekali lagi Utusan Malaysia, dalam sisipan meganya memaparkan satu tajuk ' mencari identiti busana muslim'. Kali ini, diberi liputan bahawa inilah kali keenam Pesta Busana Islam Antarabangsa, anjura IFF yang mengikut akhbar tersebut bertujuan ' untuk mencari kepelbagaian dalam fesyen busana muslim melalui kolaborasi dua negara ia-itu Malaysia dan Indonesia....'

Wahai, wahai, wahai manusia yang bertanggungjawab. Kerja ini pada saya adalah penghinaan terhadap agama Islam dan satu kerja yang menyelewengkan umat. Apakah mereka yang bertanggungjawab sebagaimana memfatwakan yoga itu haram bembutakan mata mereka bahawa pakaian yang diperagakan itu adalah busana Muslim?. Cuba lihat muka 8 mega, um, rabu, 26 Nov., 2008.

Tidak hairanlah kalau pernah satu ketika saorang pengacara TV yang bertudung memakai tudung yang menampakkan celah dadanya dan padanya itu adalah busana Muslim agaknya.

Wallaahuaklam.

sekian lama menyepi


Friday, November 21, 2008

Seminggu lebih tak masuk blog.

Apa boleh buat, dek kesibukan yang saban silih berganti, maka tak sempat nak masuk keblog. Begitu sekali sibuknya . . . .

Apa tidaknya, mula-mula dengan kunjungan kawan bagi menyelesaikan beberapa kerja yang belum selesai. Alhamdulillah, sekarang tunggu apa-apa yang tak selesai itu diproses oleh pihak berwajib. Egen janji dalam masa empat bulan, tunggulah.

Kedua, menyelesaikan urusan hartanah. Yang ini 'ajaib. Kerja pecah lot dan ubah syarat tanah yang telah dimulakan sejak 1998. Sepuluh tahun dulu!, dengan melantik saorang perunding yang merupakan saorang kawan, sampai sekerat jalan terhenti, terpaksa menggunakan orang lain pula, kemudian dengan kaedah yang telah dibuat oleh kumpulan 'professional' dia, maka kerja ini kena disudahkan olehnya juga. Nak kata apa lagi selain dari kata tak apalah. Saya pun merujuk kepada kawan saya tu bagi menyudahkannya.

Dan ternakan ikan air tawar, muscovy (sekarang mule-duck), kebun, . . . hai, banyak sungguh kerja yang nak diselesaikan. Sekarang satu pun tak selesai lagi.

masjid diparlimen hadari


Monday, November 10, 2008

Ada lagi mesjid yang berkapet biru. Untuk menjelaskan lagi kehadariannya, dibuatnya juga pagar chainlink yang bersalut plastik biru. Kaw sungguh kebiruannya.

Memang patut.

Dalam perjalanan pulang tadi saya singgah dimesjid dalam parlimen hadari untuk solat asar. Pintu pagarnya tidak mengalu-alukan pengunjung. Rail bagi pintu pagar sorongnya tinggi. Mud flap kereta saya tercabut dan dagu kereta saya tersengguk pada rail yang dibuat dari besi angle yang dibuat tinggi sangat. Para pembesar masjid tak suka memudahkan orang masuk kemasjid itu. Tak kah puak-puak itu terfikir bahawa ketinggian itu akan menyebabkan kereta biasa (kalau 4x4 tak apalah) akan tersengguk dan memayahkan.

Tolol sungguh.

Semasa bilal azan, ada 3 orang lelaki, 2 tiga suku abad, satu lebih kurang separuh abad. Saya dan saorang jamaah perempuan. Jumlah semua, termasuk bilal dan saya 6 orang yang ada diatas masjid. Saya memandang keluar masjid. Disabelah pagar chainlink biru nampak beberapa orang lelaki sedang berbual-bual. Saorang sedang mengagah burung hijau dalam sarang yang digantung dianjung rumahnya sambil menghembuskan asap rokok. Buat deekk saja mereka dengan panggilan bilal itu.

Lepas solat sunat, bilal qamat. Yang diluar pagar tetap dengan telatah mereka. Nak kata siam atau bukan Islam, mustahil. Rumah sabelah pagar masjid dalam kampung Melayu. Tentu Melayu Islam, tapi kebal sungguh mereka dengan panggilan bilal itu. Atau mungkin keadaan pintu masuk masjid itu (itu yang saya nampak, sebab baru ini saya singgah dimasjid ini, sebab yang lain, tak tahu) tidak mengalu-alukan para penghuni berhampiran.

Saya pun mengambil keputusan: ini masjid hadari. Sah. Patutlah para pembesar masjid ini buat tak tahu dengan pintu masuknya yang merebehkan mud flap dan dagu kereta saya.

Mungkin juga ahli parlimennya tak pernah datang dengan kereta spot dia. Dia mungkin hanya mari masa ada majlis apa-apa, dengan 4x4 dia saja, atau kalau mari pun, tak sempat masuk masjid. Tak terasalah ketinggian rail pagar sorong masjidnya itu.

Cadangan saya, masjid hendaklah mesra pengunjung. Permudahkan orang masuk-keluar ke dan dari dalam kawasan masjid. Jangan buat keras kerak, keretamu nak rosak, rosaklah. Apa aku peduli. Nak mari, mari, tak mahu mari punya pasallah. Tak boleh begitu. Bukankah mengimarahkan masjid itu diperintahkan. Kalau nak masuk pun payah, macam mana nak diimarahkan?

Ini masjid kedua saya ketemu yang berkapet biru berjalur merah dengan pagar chainlink bersalut plastik biru. Dua-dua dalam parlimen hadari ini. Yang pertama dulu, pintu pagarnya tak lah macam ini, tapi colornya menyerlah. Mungkin banyak lagi, dan kalau kebiruan masjid tu kaw sangat, takut-takut nanti pengunjung yang taklah minat sangat kebiruan tak masuk kemasjid saperti itu, maka boleh mashorlah sabuah kerajaan negeri bahawa dalam zaman pemerintahannya, dibina beratus-ratus masjid, tapi satengahnya bukan untuk digunakan untuk sembahyang tapi sebagai tempat untuk dilawati dan dilihat dari luar saja.

Hadari oh hadari.