Hari ini, hari ke 10 Syawal, satelah 3 hari beraya, saya terusmenunaikan puasa sunat 6 hari, dan hari ini saya raya puasa enam.Alhamdulillah semoga Allah kurniakan sebagaimana dijanjikan;sesiapa yang berpuasa sebulan bulan Ramadhan, diikuti denganenam hari puasa sunat dalam bulan Syawal akan diganjariseolah-olah berpuasa setahun. Insyaallah.
Pagi lagi isteri dah menyiapkan nasi himpit berkuah kacang, pulutmanis inti kelapa puteh pun ada dan saya bersarapan dengannya.Terasa macam raya jugalah. Lepas itu saya kekebun, cadanguntuk menanam semula getah. Dalam perjalanan saya mengajaksaorang pembantu yang pernah bekerja dikebun itu untukmenunjukkan batu sempadan.
Kehidupan semi-bandar, dengan kerja yang tidak menghasilkan banyak peluh dan tak ada execise yang cukup - berkebun pun tidak, kegym pun tidak menjadikan tubuh seumur 52 tahun tak ada stamina lagi, belum pun jumpa satu batu sempadan, saya dah ajak pembantu untuk keluar, serah kepada pemandu jentolaklah, saya mula mengah.
Mengah-mengah pun, kalau cakap pasal nak 'tambah' lagi, tentu tak mengalah, dah sifat orang lelaki, kata orang-orang perempuan, selagi boleh keluar bunyi bila sepak tin, selagi itulah bersemangat kalau cakap pasal 'tambah'.
Dalam perjalanan balik saya inggah rumah saorang abang yang kebetulan dia juga beraya puasa emam dan mengadakan sedikit jamuan sempena bercukur cucunya. Dalam banyak-banyak cerita, ada satu cerita yang agak menarik, cerita dia memelihara lebah madu.
Rupa-rupanya Allah menjadikan makhlok lebah lebihkurang manusia. Salepas permaisurinya, ada 4 golongan lagi lebah , ia-itu pertama, penjaga permaisuri yang juga sipembawa makanan yang telah dibawa pulang oleh para pencari madu ketepi sarangnya, kedua santri, menjaga sarang dari ancaman musuh, ketiga pencari madu, yang terbang keserata tempat dimana ada bunga yang bermadu dan keempat, yang ini warnanya hitam, pemalas dan hanya mahu makan. Dia akan menyamun makanan yang dibawa oleh pencari makanan, sabelum disambut oleh kumpulan yang membawa makanan kepada permaisuri.
Teringat saya akan satu kuliah saorang lebai dikampung. Manusia ada empat golongan. Pertama orang yang berilmu yang bermanafaat dan mengajar orang lain. Kedua orang yang belajar, dengan persiapan yang lengkap sabagai pelajar, ketiga pendengar, yang belajar tetapi tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna, tak ada kitab atau buku notanya dan duduknya pun dibahagian belakang, mencari tempat yang selesa, boleh mengunjurkan kaki dan sebagainya, dia hanya membawa telinga ketempat belajar dan keempat, orang yang tak termasuk dalam salah satu dari 3 golongan diatas. Orang kelas ini, kata pak lebai, keretapi pun ada sehingga kelas 3, orang yang kelas 4 tu, tak tahulah, tak termasuk dalam golongan orang yang naik keretapi lah tu.
Saya dan anda dikelas mana?. Mudah-mudahan kita semua taklah termasuk orang atau lebah kelas empat itu, ada pun tak mendatangkan manafaat, malah makhluk lain lebih selesa kalau golongan kelas empat itu tidak ujud.
Wallaahuaklaaam.

No comments:
Post a Comment