Sunday, September 9, 2012

Tadarus Ramadhan 1431 H Kerajaan Negeri Kelantan


Friday, August 13, 2010

Ini sudah siri yang ke 18 Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar yang ini melancarkan tadarus yang memetik sebahagian dari ayat-ayat al-Qur'an untuk ditadarruskan, untuk difahami, diamalkan dalam kehidupan seharian. Kali ini sebahagian dari surah al Furqaan, ayat 63 hingga akhir, ia-itu ayat 77 dijadikan teks tadarrus.

Dalam pelancarannya diperingkat negeri, Tuanguru Dato Hj Muhammad Daud al-Iraqi yang menjadi naqib hari itu mengatakan, untuk tahun ini, kalau boleh amalkan satu ayat yang pertama itu pun, dah cukup.

Ayat pertama dalam tadarrus tahun ini adalah "wa 'ibaadurrahmaan ....... qaaluu salaamaa" yang bermaksud ' Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dengan kata-kata yang baik'

Seterusnya untuk diiktiraf sebagai saorang hamba kepada Allah Yang Maha Penyayang dinyatakan beberapa ciri yang misti dimiliki selain dari sifat yang pertama diatas, ia-itu;

2. melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka

3. yang berkata " ya tuhan kami,jauhkanlah azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal

4. bila membelanjakan, tidak boros, tidak kikir, dipertengahan

5. tidak menyembah tuhan lain berserta Allah, tidak membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya, tidak berzina

6. bertaubat dan beramal saleh

7. tidak memberi penyaksian palsu, tidak bersama-sama orang yang melakukan perbuatan yang tidak berfaedah

8. peka kepada peringatan Allah melalui ayat-ayatNya

9. yang berkata " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.

Orang-orang yang memenuhi syarat diatas itulah yang dibalasi dengan martabat yang tinggi dalam syurga kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat didalamnya. Mereka kekal didalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.

Begitulah, kalau nak kata payah, payahlah jadinya, dan memang payah sebab, kata naqib hari itu, hanya saorang dalam seribu yang mendapat tempat disyurga.

Tapi, kalau nak kata mudah, boleh jugak sebab, Allah yang buat kita, maka, tentu Dia suruh kita buat berpadanan dengan kemampuan kita. Allahu akbar!

Ya Allah, permudahkanlah dan izinkanlah aku, ahli-ahliku, keturunanku, keluargaku, kaum kerabatku, dan seluruh muslimin dan muslimat, samada yang sudah meninggal atau masih hidup memperolehi Syurga Mu dengan RahmatMu ya Allah.

Dan, selamatkanlah, jauhkanlah aku, kedua-dua ibu bapaku, ahli-ahliku, keturunanku, kaum keluargaku, dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati dari nerakaMu ya Allah!.

No comments:

Post a Comment