Saturday, September 8, 2012

Hari Kedua Ramadhan, 2008 - Pemimpin Negara Maju VS Pemimpin Negara (kelas) Ketiga

Surat khabar hari ini, Utusan Malaysia, Selasa 02 Sept, 2008 dimuka depan sabelah kanannya ada satu cerita yang mungkin digemari oleh orang tertentu dan dalam masa yang sama tidak digemari oleh orang-orang tertentu yang lain.

Cerita PM Jepun meletak jawatan sebab mendapat tentangan pembangkang. Maka, "....demi kepentingan rakyat Jepun, ........" kata PM tersebut, dia meletakkan jawatannya, berkuatkuasa malam dia mengistiharkan itu juga (1 Sept.)

Siapa dan apa latarbelakang Yasuo Fukuda, 72, yang meletak jawatan itu, kena selidiklah biografinya. Angkat borong, PM negara antara yang termaju didunia itu tentunya mempunyai laluan hidup yang penuh bekal untuk menjadi PM, orang no 1 dinegara itu.

Bolehkah kita andaikan orang tua ini tak ada apa-apa wawasan untuk mengemudi Jepun sekurang-kurangnya 10 tahun lagi? atau sekurang-kurangnya menyelesaikan agenda yang sedang berjalan untuk sekadar 2 1/2 tahun lagi sebagaimana yang kini berlaku, suatu tempuh yang diberikan oleh pemimpin dunia kelas 3 untuk berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh meninggalkan jawatan no 1 itu?. 

Alasanya pula, kerana mendapat tentangan pembangkang. Pembangkang mana yang tak menentang?, tapi dalam perkiraan dia, tentangan itu akan merencatkan perjalanan bagi kesejahteraan rakyat Jepun. Kayu ukurnya, mengkalkan jawatan atau tidak, integritinya, bahawa hanya bukan aku sorang saja dalam negara Jepun ini yang tahu memerintah, malah tentu ada orang lain yang lebih baik dan mampu, keutamaannya, demi negara dan rakyat negara ini atau demi agena peribadi aku, sebagai pemimpin nombor 1, dinegara dunia kelas 1, begitu rupanya.

Apa, kalau tak ada dia, Jepun akan punah ranah. Ekonomi akan merudum. Negara akan terjajah. Rakyat akan mati kebuluran. Atau apa lagi kemusnahan besar akan melanda.

Ada pemimpin yang mendapat tentangan, bukan hanya dari kalangan pembangkang, kerana memang kerja puak pembangkang itu membangkang, tapi juga dari pimpinan dalaman partinya sendiri, masih mempertahankan diri bahawasanya hanyalah akulah satu-satunya sahaja yang boleh. Bagi meredakan suasana, memberikan satu tempuh tertentu untuk menyelesaikan agenda yang tak selesai lagi...., berat juga ni. Dalam beberapa hal, mereka bercakap dan menyuruh pandang ketimur, bila tersentuh kulit, kita ada cara kita sendiri.

Memang itu lah yang diamalkan oleh sifu dan mentor ini, sehingga prodigeenya dan menteenya beriman dan beramal dengan kaedah demikian. Dalam nak memerintah negara ini tidak boleh (kata mereka) dilaksanakan hukum dan kaedah Islam, tapi bila tersepit, mari kita guna kaedah Islam (ikhlasnya) ......... bersumpah, itu pu orang ramai tak percaya dan kalah jugak. Cara putar belit ini memang kaedah orang kelas tiga, dunia ketiga selagi rakyat nak duduk kelas tiga, dan kalau inilah perjalanan para pemimpin, tak usah harap menginjak kekelas kedua, jauh kekelas satu.

Cakap mudah, suruh orang buat pun mudah, nak buat sendiri payah. Lebih-lebih lagi bila kena berkorban kepentingan diri. Apa tidak, meninggalkan jawatan pemimpin no.1 bukan main-main bagi orang yang menganggap posisi itu lubuk surga. Tapi bagi orang yang tahu bahawa itu adalah amanah dan kegagalan melaksanakannya, apa lagi kalau mengkhianatinya itu adalah menjuruskan kenereka, mereka tidak akan dan terlalu gerun, takut, dan tida akan berusaha untuk mempertahankannya.

Apalah lebihnya jadi pemimpin kalau setiap masa disumpah oleh para pengikut, dan sebahagian besar dari rakyat seluruhnya. Cukup.

Memang payah memimpin. Lebih-lebih lagi bagi saorang yang percaya kepada agama Islam, tapi tidak mahu menggunakan formula yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W, nak meggunakan otak sendiri, tidak menggunakan kaedah dari petunjuk Allah. Maka terjadilah apa yang sedang terjadi, tak tahu kemana arah dan hala tujunya, dalam mengemudi negara dan membawa rakyat. Tengok keadaan semasa, dikatakan pragmatis, ikut angin, angin kebarat, tunduk kebarat, angin ketimur, tunduk ketimur. Akhirnya, nak dikatakan Islam pun tidak, kerana banyak unur-usur tidak Islamik, nak dikatakan sekular pun tidak, kerana dalam perundangan sekular tidak ada fasal bersumpah. Alih-alih inilah yang dikatakan ALA MALAYSIA yang dikatakan 'boleh' itu.

Dalam banyak hal yang tidak menyentuh kepimpinan negara, kita contohi Jepun,dan negara-negara yang sewaktu dengannya. Dalam hal kepimpinan ini, .......ehem........ kita ada cara kita sendiri.


Monday, September 1, 2008

No comments:

Post a Comment