Saturday, September 8, 2012

26 Ogos,2008 - Hari Penentu

Satelah penat bersumpah seranah, hari ini penentunya. Apakah orang yang menjadikan sumpah seranah itu sebagai senjatanya termakan dek sumpah sendiri. Kalau nak buat penilaian awal bolehlah, keputusan pilihanraya kecil ini kita jadikan laknat awal kepada mereka yang berbohong, penipu, menggunakan agama sebagai kemoflaj menutup aib diri kerana bagi mereka, sumpah seranah ini tak ada apa-apa, lepas bersumpah, boleh bernafas saperti biasa, masih boleh makan nasi saperti biasa, boleh buat itu, boleh buat ini.

Hoi manusia jahil, jangan buat begitu, tak payahlah mengambil risiko, kalau kamu buat dosa, diam-diam, perbicaraan mahkamah pun semakin hari semakin tirus nampak hujungnya, semakin kelabu laluannya, dan tak payah nak mensucikan diri dengan bersumpah, tak siapa paksa kamu untuk berbuat begitu, hanya kamu ditipu pula oleh syaitan, bodigad kamu. Dan kalau kamu tak dibuat, jangan juga kamu bersumpah bahawa kamu dibuat untuk mendapatkan habuan dan keredhaan manusia jahat lagi jahil, tak guna kaya tapi dapat laknat Allah.

Hoi manusia, jangan pula kamu beranggapan habuan yang akan kamu dapat dari manusia itu berbaloi - jika dibandingkan dengan laknat Allah. Tidak akan setanding selama-lamanya. Begitu juga dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah, tak akan setanding dengan pemberian manusia. Kalau kamu bersyukur, pandai terima kasih, tahu bahawa kamu adalah makhluk yang diciptakan Allah, dan kepadanya kamu kembali, kecuali kamu kufur.

Kembalilah. Pintu taubat masih terbuka. Mentari belum naik dari barat, nyawa belum dihalkum. Kembalilah, pohon ampun dariNya, lengkapkan syarat taubat kamu - menyesal atas perbuatan yang salah itu, tidak mengulanginya lagi dan mohon maaf, kalau salah dengan manusia, mohon maaf dari manusia itu, kalau salah dengan Allah, mohon maaf dariNya.

Kamu akan menang, berjaya, berbahagia, dan mendapat rahmat serta nikmatNya kalau kamu kembali. Dan kamu akan kalah, gagal, bersedih, mendapat laknatnya serta azabNya kalau kamu berdegil. Takutkah kamu kepada manusia untuk kembali kejalan yang benar?, manakah yang kamu lebih takut, manusia atau Allah?.

Kalau kamu mempertahankan pun, tak lama, paling lama sehingga umurmu tamat. Mungkin sabelum umurmu berakhir, hanya sementara kamu masih berkuasa atau dilindungi oleh manusia yang berkuasa, kalau kuasa itu ditanganmu sendiri, kamu lihatlah, berapa orang manusia yang terus memegang kuasa sehingga akhir hayatnya, kebanyakannya kuasa akan lenyap semasa pemegangnya masih bernyawa. Lepas itu, kamu tidak akan mempunyai apa-apa kekuatan untuk melindungi bangkai gajah yang mereput itu lagi, kamu akan aib jika kamu masih ada maruah.

Kalau kamu mengharapkan kuasa yang ada ditangan orang lain bagi memberi perlindungan kepada kamu, semakin cepat kamu akan diaibkan, mungkin orang yang mempertahankan kamu akan melucutkan pergantungan kamu semasa kuasanya masih ditangannya kerana kamu tidak diperlukan lagi dan kamu tidak ada manafaat lagi kepadanya. Dimasa itu, bangsatnya kamu kalau kamu masih mempunyai air muka.

Yakinlah, hanya ALLAH yang mempunyai kuasa yang mutlak, yakinlah tempat pergantungan yang mutlak adalah hanya kepada ALLAH.

Jam sudah melewati pukul 10 malam. Penentuan masih belum diperolehi. Keputusan pilihanraya untuk satu kawasan parlimen belum diketahui. Mengira bilangan kurang dari 40 ribu dengan teknologi serba canggih yang ada diMalaysia pun mengambil masa berjam-jam. Kalau menggunakan kaedah P Ramlee, satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, kepala bapak untuk kau, kepala bapak untuk aku pun sudah lama selesai. Apakah teknoloji komputer dan kalkulator diMalaysia ini lebih ketinggalan dari kaedah yang diperkenalkan oleh seniman agung kita itu.


Tuesday, August 26, 2008

No comments:

Post a Comment