Sunday, September 9, 2012

Sudah 15 hari Ramadhan 1431 H


Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan tahun ini, sebagaimana biasa jugak, cuma dengan bilangan umur yang semakin banyak ni, kadang-kadang terasa letih sikit, lebih-lebih lagi nak melaksanakan pesanan orang tua yang saya cerita dulu tu ..........., al-maklumlah, nak memenuhi keperluan hidup dimusim 2010.

Tahu-tahu sudah 15 hari Ramadhan. Sudah berada difasa kedua, satelah fasa sepuluh pertama yang dijanjikan rahmat oleh Allah itu sudah berlalu. Semoga dengan usaha yang sedikit yang telah dilaksanakan, diizinkan juga olehNya rahmatNya kepada saya, keluarga dan seluruh muslimin, insyaallah.

Sehari dua ni panasnya sedikit membahang. Saorang anak saya yang berehat salepas balik dari sekolah meletakkan kain saputangan yang dicelup air sejuk atas kepalanya, macam orang demam dan dia tertidur dalam keadaan begitu. Bila ditanya, demamkah, dia jawab taaak ........

Benarlah kalau dikatakan puasa ni, hanya Allahlah yang memberi ganjarannya. Sebab, sememangnya godaan untuk melakukan perkara-perkara yang menjadikan sesaorang itu tidak berpuasa sangat hebat. Dengan laparnya, dahaganya, dan macam-macam lagi.

Dan, dengan yang masih tinggal 15 hari saja lagi ni, saya cadang nak masuk dengan gear baru. (selalu 'azam baru),

Saya teringat satu cerita (cerita lagi ...) saorang kawan yang pergi ketempat kawannya yang sedang bertapa dibawah satu air terjun disabuah bukit. Kawannya yang bertapa itu bertanya kepada kawan saya itu, mana yang lebih lama nak hidup samada didunia atau diakhirat, kawan saya menjawab tentulah diakhirat, kerana disana tak ada penghujungnya. Kawan saya ditanya lagi mana banyak persediaan yang kamu buat untuk hidup didunia atau diakhirat?, kawan saya terdiam. Kawannya pun meneruskan dengan berkata, oleh itu, kamu hendaklah membuat persediaan untuk hidup diakhirat lebih dari untuk hidup didunia.

Saya?, dan anda?

Taklah sampai kena pergi bertapa, tapi kalau nak diklasifikasikan urusan harian, dalam satu jadual, mana yang dikatakan urusan dunia, mana yang dikategorikan urusan akhirat, kalaulah segala kerja mencari rezeki itu tak boleh dimasukkan dibawah kolum urusan akhirat, aduuuuh, sampaikah satu per dua puluh empat urusan akhirat saya itu.

Tapi Allah tahu malah lebih dari tahu, sebagaimana yang manusia tahu, bahawa kehidupan manusia, makhluqNya ini begini. Dan, Dia telah berfirman, " Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu", lalu?

Sabenarnya tak payah mana. Aku kena jadikan segala kerjaku ibadah. Kerja yang harus, tidak menyalahi syarak adalah ibadah. Mencari rezeki yang halal adalah ibadah. Makan gaji yang amanah adalah ibadah. Dalam buat kerja, saya juga kena buat amalan-amalan khusus yang telah ditentukan: sembahyang jamaah, puasa, zakat, haji, berzikir, tasbih, selawat, qiamullail, dan, dan, dan sesungguhnya Allah Maha mengasihani kepada hamba-hambaNya yang senantiasa mencari redhaNya.

Gear baru saya?, sebagaimana dalam para atas itu laah.

Memang Islam itu sempurna.

Allahu akbar!

No comments:

Post a Comment