Saturday, September 8, 2012

perihal yoga, perihal busana muslim


Tuesday, November 25, 2008

Maka berfatwalah majlis fatwa bahawa yoga yang telah sekian lama menjadi amalan orang-orang yang berada diperingkat hebat-hebat, yang terdiri daripada para golongan yang disanjung dan dijadikan idola itu haram.

Molek benarlah kalau amalan itu, yang tak siapa boleh nafikan bahawa ianya berakar umbi dan berasal dari amalan orang yang dikaitkan dengan mereka yang menganut ugama Hindu itu dijelaskan oleh orang yang mempunyai otiriti dan pengetahuan mengenainya. Dan, sewajarnyalah mereka yang walaupun kasih benar mereka terhadap amalan ini, yang dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai komplikasi dalam kehidupan akur dengan keputusan ini.

Setinggi mana kasih mereka, sedalam mana yakin mereka dan setegar mana terikatnya mereka kepada amalan yang difatwakan haram ini, mereka kena kasih lagi kepada ugama Islam yang mereka anuti. Mereka wajib meletakkan keputusan fatwa itu, yang apabila diadili dengan ugama Islam, maka Islamlah yang misti diterima, tanpa ragu.

Sudah tentu, kalau kita yakin bahawa Islamlah yang tertinggi, tiada ada sesuatu yang lain yang lebih tinggi darinya, maka, ketetapan yang menggunakan kayu ukur Islam itulah yang terpakai, sebagaimana, dalam beberapa mukaddimah perundangan mengatakan, mana-mana istilah yang digunakan dalam akta atau enakmen atau peraturan ini bercanggah, maka pengertian yang menggunakan bahasa Inggerislah yang terpakai.

Begutulah Islam, sami'na, waata'na - sebagaimana juga diperingkat jenerasi awalnya yang mencurahkan tempayan-tempayan araknya sehingga membasahai jalan-jalan satelah ianya diharamkan, walaupun pada masa itu arak adalah minuman yang saolah-olah tidak boleh lagi dipisahkan dengan masyarakat pada masa itu.

Alhamdulillah, dan kepada para pengamal yoga, Islam ada menyediakan alternatifnya, yang sabenarnya, menawarkannya lebih awal lagi. Bertanyalah kepada mereka yang arif mengenainya.

Hari ini 26 Nov, 2008 sekali lagi Utusan Malaysia, dalam sisipan meganya memaparkan satu tajuk ' mencari identiti busana muslim'. Kali ini, diberi liputan bahawa inilah kali keenam Pesta Busana Islam Antarabangsa, anjura IFF yang mengikut akhbar tersebut bertujuan ' untuk mencari kepelbagaian dalam fesyen busana muslim melalui kolaborasi dua negara ia-itu Malaysia dan Indonesia....'

Wahai, wahai, wahai manusia yang bertanggungjawab. Kerja ini pada saya adalah penghinaan terhadap agama Islam dan satu kerja yang menyelewengkan umat. Apakah mereka yang bertanggungjawab sebagaimana memfatwakan yoga itu haram bembutakan mata mereka bahawa pakaian yang diperagakan itu adalah busana Muslim?. Cuba lihat muka 8 mega, um, rabu, 26 Nov., 2008.

Tidak hairanlah kalau pernah satu ketika saorang pengacara TV yang bertudung memakai tudung yang menampakkan celah dadanya dan padanya itu adalah busana Muslim agaknya.

Wallaahuaklam.

No comments:

Post a Comment