Saturday, September 8, 2012

Dunia Semakin Sakit

Iceland diambang kebankrapan. Media mengatakan ia sebuah negara yang pada satu ketika mempunyai perkapita tertinggi didunia, kini merupakan satu-satunya negara yang mengalami bankrap. Keadaan ini adalah disebabkan oleh negara itu rupa-rupanya selama ini bernafas diatas pinjaman dari luar, banyak negara dan pelabur luar yang melabur disana, dan disaat ekonomi merudum, negara itu yang mula-mula terasa bahangnya dengan teramat dahsyatnya.

England mengumumkan sedang mengambil langkah yang sama dengan Amerika, menyuntik wang kedalam ekonomi negaranya, dengan memilik negarakan sebahagian dari bank-bank utama negara itu dengan menyuntik 50 bilion pound (lk USD 87.5 bill).

Langkah yang diambil berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Amerika. Amerika menyelamatkan pasaran saham utama negaranya, Wall Street dengan menyelamatkan institusi kewangan negara itu dengan membeli harta-harta lapuk (bad assets), dengan penyuntikan USD 700 bilion, dan ada yang mengatakan penggunaan khazanah negara sebanyak itu tidak akan terkecap oleh rakyat bawahan. Para ekonomis yang menyokong usaha itu mengatakan, dengan langkah sedemikian, akan ada kesan percikan (trickling down effect) yang akan diterima oleh rakyat biasa.

Dunia semakin sakit. Esok sungguhkah kiamat. Mungkin belum kerana kita disini nampaknya belum ada tanda-tanda (atau tak kabar) yang boleh dijadikan pertanda kiamat.

Kalau jadi, apakah persediaan saya dan anda?


Wednesday, October 8, 2008

No comments:

Post a Comment