Saturday, September 8, 2012

masjid diparlimen hadari


Monday, November 10, 2008

Ada lagi mesjid yang berkapet biru. Untuk menjelaskan lagi kehadariannya, dibuatnya juga pagar chainlink yang bersalut plastik biru. Kaw sungguh kebiruannya.

Memang patut.

Dalam perjalanan pulang tadi saya singgah dimesjid dalam parlimen hadari untuk solat asar. Pintu pagarnya tidak mengalu-alukan pengunjung. Rail bagi pintu pagar sorongnya tinggi. Mud flap kereta saya tercabut dan dagu kereta saya tersengguk pada rail yang dibuat dari besi angle yang dibuat tinggi sangat. Para pembesar masjid tak suka memudahkan orang masuk kemasjid itu. Tak kah puak-puak itu terfikir bahawa ketinggian itu akan menyebabkan kereta biasa (kalau 4x4 tak apalah) akan tersengguk dan memayahkan.

Tolol sungguh.

Semasa bilal azan, ada 3 orang lelaki, 2 tiga suku abad, satu lebih kurang separuh abad. Saya dan saorang jamaah perempuan. Jumlah semua, termasuk bilal dan saya 6 orang yang ada diatas masjid. Saya memandang keluar masjid. Disabelah pagar chainlink biru nampak beberapa orang lelaki sedang berbual-bual. Saorang sedang mengagah burung hijau dalam sarang yang digantung dianjung rumahnya sambil menghembuskan asap rokok. Buat deekk saja mereka dengan panggilan bilal itu.

Lepas solat sunat, bilal qamat. Yang diluar pagar tetap dengan telatah mereka. Nak kata siam atau bukan Islam, mustahil. Rumah sabelah pagar masjid dalam kampung Melayu. Tentu Melayu Islam, tapi kebal sungguh mereka dengan panggilan bilal itu. Atau mungkin keadaan pintu masuk masjid itu (itu yang saya nampak, sebab baru ini saya singgah dimasjid ini, sebab yang lain, tak tahu) tidak mengalu-alukan para penghuni berhampiran.

Saya pun mengambil keputusan: ini masjid hadari. Sah. Patutlah para pembesar masjid ini buat tak tahu dengan pintu masuknya yang merebehkan mud flap dan dagu kereta saya.

Mungkin juga ahli parlimennya tak pernah datang dengan kereta spot dia. Dia mungkin hanya mari masa ada majlis apa-apa, dengan 4x4 dia saja, atau kalau mari pun, tak sempat masuk masjid. Tak terasalah ketinggian rail pagar sorong masjidnya itu.

Cadangan saya, masjid hendaklah mesra pengunjung. Permudahkan orang masuk-keluar ke dan dari dalam kawasan masjid. Jangan buat keras kerak, keretamu nak rosak, rosaklah. Apa aku peduli. Nak mari, mari, tak mahu mari punya pasallah. Tak boleh begitu. Bukankah mengimarahkan masjid itu diperintahkan. Kalau nak masuk pun payah, macam mana nak diimarahkan?

Ini masjid kedua saya ketemu yang berkapet biru berjalur merah dengan pagar chainlink bersalut plastik biru. Dua-dua dalam parlimen hadari ini. Yang pertama dulu, pintu pagarnya tak lah macam ini, tapi colornya menyerlah. Mungkin banyak lagi, dan kalau kebiruan masjid tu kaw sangat, takut-takut nanti pengunjung yang taklah minat sangat kebiruan tak masuk kemasjid saperti itu, maka boleh mashorlah sabuah kerajaan negeri bahawa dalam zaman pemerintahannya, dibina beratus-ratus masjid, tapi satengahnya bukan untuk digunakan untuk sembahyang tapi sebagai tempat untuk dilawati dan dilihat dari luar saja.

Hadari oh hadari.

No comments:

Post a Comment