Saturday, September 8, 2012

Berziarah ke Melaka dan N. Sembilan

18-10-2009 jam 8.25 malam saya naik bas menuju ke Melaka. Tujuan untuk kesana, bagi bersamanya kekebun saorang lagi kawan yang menjemput kami kerumah terbukanya, sempena 'Aidilfitri yang diadakan dikebunnya, di Negeri Sembilan.

Subuh di perhentian Melaka Sentral dan salepas solat kawan saya tiba. Kami kewarung mamak untuk makan roti canai yang dikatakan ori.

Jumpa kawan, sembanglah. Segala hal, dari hal cari makan sehinggalah hal anak-anak, masyarakat, politik, malah hingga kehal-hal global. Saya nak rengkaskan cacatan blog saya ini, menukilkan perbualan saya pagi itu hanya kepada satu maudhu' - meneladani anak-anak.

Kawan saya menceritakan bahawa anaknya yang sudah grad (hafiz 30 juzu' al-Qur'an) dari Darul Qur'an, Selangor yang baru berlepas ke Timur Tengah untuk meneruskan pengajiannya disalah sabuah institusi pengajian disana, sabelum berlepas kesana baru-baru ini mengatakan dia bercita-cita untuk jadi jutawan disatu hari nanti.

Kawan saya bertanya anaknya, adakah terdapat apa-apa hadis atau sunnah atau laluan hidup para sahabat yang menjadikan jutawan cita-cita mereka, atau adakah satu nas yang mengatakan menjadi jutawan itu merupakan sesuatu yang harus dijadikan matlamat dalam hidup. Anaknya menjawab, yalah, dengan menjadi jutawan, kita akan dapat berinfaq dengan lebih banyak kejalan Allah, dan boleh buat macam-macam kebajikan.

Lalu kawan saya bertanya pula apakah yang dihajati oleh Nabi Allah, Muhammad SAW. Bukankah Nabi menolak dari menjadi sebagaimana Nabi Sulaiman yang menguasai seluruh makhluq, atau para nabi yang mempunyai harta yang banyak, malah Nabi kita memilih untuk lapar sehari dan kenyang sehari, agar, dihari baginda lapar, baginda boleh bersabar, dan dihari baginda kenyang baginda boleh bersyukur.

Pokoknya, sabar dan syukur. Dengan dua


Saturday, October 18, 2008

No comments:

Post a Comment