Saturday, September 8, 2012

Internet out : berminggu-minggu putus hubungan

Satelah hampir dua minggu modem saya asyik berkelip walaupun beberapa kali melapurkan kepada kakitangan di TM Point dekat rumah saya, hari ini kelipnya hilang. Banyak juga catatan yang nak ditulis terhilang begitu saja. Tak apa, kita cari cerita baru pula.

Antara catatan yang tertinggal adalah semasa saya ke Bank Islam untuk menunaikan cek sumbangan kerajaan negeri untuk membeli sistem pembesar suara madrasah, 18 Ramadhan baru-baru ini. Kami bertiga, saya sebagai pengerusi, penghulu sebagai setiausaha dan saorang anak muda sebagai bendahari madrasah diwajibkan hadhir salepas beberapa urusan dipejabat bendahari Kerajaan dan pejabat EXCO negeri keatas cek tersebut diselesaikan. Kami bertiga pun pergilah kebank pula.

Hari itu bank penuh. Sesaknya lain dari biasa. Dalam dok sesak-sesak tu, banyak pula modal bercakap. Ada yang menyebut apa dah jadi dengan 16 sept., ada yang mengatakan DSAI sudah ada lebih dari cukup, nak 30, ada 42, macam-macam.

Sebahagian lagi bercakap mengenai saorang tok wakil bebas yang dibenarkan guna lambang bulan dalam PRU12 baru-baru ini, tapi nampaknya marah benar dia akan tok wakil itu. Manusia tak kabar, katanya. Tak ingat bahawa dalam pilihanraya sabelumnya dia, bertanding atas nama dirinya sendiri hanya dapat beberapa ratus saja, hilang pozek. Orang saperti ini katanya lagi tak boleh diharapkan kebaikan darinya. Orang tak reti jamaah, tak reti kumpulan, dok rasa kuat sendiri, tak ada pedoman. Bersungguh dia marahkan tok wakil itu, saya sengeh saja dan nak tanya dia parti apa pun, takut saya pula dimarahnya.

Yang duduk bertongkat dagu menyampuk, 'kalau mengundi sekali lagi, lawan orang dia ni..., jenis tak kabar'. Nampak macam menyebelahi orang yang mengeluarkan kata-kata mula-mula itu. '....lawan orang' tu boleh jadi akan lawan calun bulan pulaklah agaknya....

Si pertama naik semangat, 'yang aku heran, dalam ramai-ramai, dari Tok Guru MB, Ust. Mat Timbalan, Hj.Husam, dan banyak lagi, sampai tak kenal orang ka puak-puak ni?... manusia jenis tu pun dibuat kira'. Meter marahnya nampak semakin meningkat.

Saya pun terkenang bab tak pandai tengok orang. Saya acapkali dikatakan tak kenal orang oleh kawan-kawan dan keluarga. Kerana acapkali memberi kepercayaan kepada sesaorang terutama dalam hal perniagaan, kemudian dikhianati. Rupanya payah nak kenal orang ini. Tak ada tanda didahi yang menyatakan aku tak boleh dipercayai. Yang kata saya tak kenal orang atau tak pandai tengok orang tu pun akan mengatakan saya tak pandai tengok orang lepas saya kena. Masa berurusan dulu, tak pula dia memberitahu saya yang orang itu tak boleh dipercayai. Cuma bila kawan itu dah kona, baru dia kata, .... aku tengok dulu pun orang itu jenis yang tak boleh dipercayai, aku nak bagitahu pun......'

Kalau begitu, bukan saya sorang, ulama' pun tak kenal atau reti tengok orang jugak, sehingga ada yang bagitahu saya, Tok Guru MB ada mengatakan bahawa, suara orang ini, (orang yang dibenarkan menggunakan lambang bulan ini) mudah masuk kehati orang, nak bagitahu betapa sempurnanya agaknya orang ini. 

Si pertama menyambung, 'hah, sekarang apa dah jadi, semua pembangkang keluar dewan, dia tidak, cakap pun tak tahu kemana, bebaslah tu pada gamaknya, ikut fahaman dia, buat cemar bulan saja...'

Cerita panjang hari ini, saya berpaling kekiri kekanan, melayan cerita yang banyak. Ada lagi tapi nombor saya dipanggil, 1187. Saya mula menunggu tadi nombor 1116. Orang dan makin surut, saya meluru kekaunter dan satelah hampir 2 jam setengah, cek RM 1000 itu pun tertunailahhh..


Thursday, September 25, 2008

No comments:

Post a Comment