Saturday, September 8, 2012

Powered Paragliding -PPG

Satelah seminggu kehairanan siapakah gerangan yang berlegar diatas rumah saya dengan ppg -powered paraglider, hari ini, 22-10-2002 saorang rakan mengajak saya untuk mencuba ppg di Kota Bharu.

Rupa-rupanya yang naik ppg dekat rumah saya itu adalah kawan saya. Biasanya dia akan beritahu saya kalau ada apa-apa yang menarik, tapi kali ini lewat sikit. Semasa dia beroperasi dekat rumah saya, dia terlupa, bila telah jauh, bagitahu pula dia.

Apalagi, kita pergi awal, saya mengajak kawan saya itu. Biasanya mereka akan terbang lewat petang kerana angin pada waktu itu akan sesuai bagi kegunaan ppg. Memang, jam 2.30 angin tidak mengizinkan. Sekitar 10-15 knots, tekanan udara pun tak seimbang. Tunggu. Kedengaran azan 'asar dari masjid terdekat, kami kesolat 'asar dulu. minum, datang balik ketapak pelepasan - kawasan lapang tepi sungai Kelantan.

Sudah ada beberapa orang peminat yang mengikut kawan saya itu satiap petang, kalau mereka mengadakan penerbangan, mereka ini kesitu.

Jam hampir 6 petang barulah pilot mengajak saya naik, jadi penumpang, macam nail lancau Penang, penumpang duduk didepan, pemandu dibelakang. Satelah diikat dengan kemas, kami berlepas.

Terasa juga sedikit cemas masa berlepas dan masa menaik. Kami naik sehingga hampir 600 kaki, berlegar diatas Pelangi Mall, KB Mall, lemudian landing. Sekali lagi terasa ugah. Tapi, satelah saya melayari web berkenaan ppg, katanya, ppg lebih selamat dari bermotosikal.


Thursday, October 23, 2008

No comments:

Post a Comment