Sunday, September 9, 2012

Pemilihan dimuktamar PAS Pusat dan Final FA Malaysia


Monday, June 13, 2011


Bila bulat, goleknya payah nak dijangka, boleh mengarah kemana-mana, 360 darjah x 360 darjah. Itulah bola. Usaha Daudsu menafikan kemasukan bola kegawang Kelantan terjadi sebaliknya. Saya sangat yakin dia memang tak ada niat nak sumbat gol sendiri. Tidak. Tidak. Ini perlawanan akhir piala FA. Diperlawanan ini juga Sultan Muhammad ke-V ada diastaka, Tuan Guru Dato' MB ada juga. Kedua-dua hamba Allah ini disayangi, dihormati dan tentunya orang yang diamanahkan menjulang nama Kelantan tidak tergamak khianat, dengan apa juga harga. Lagi pun, bukan setiap pusingan setiap pasukan mampu keperlawanan akhir.

Daudsu, tidak ada dosa atas kesalahan yang terjadi tanpa anda berniat untuk melakukannya, dan tentunya tidak adil bagi seluruh warga Kelantan menaruh apa-apa perasaan tidak senang thdp saudara!

Cuma, ini komen orang-orang diluar gelanggang. Komen saya sendiri, semua pemain telah memerah segala kudrat yang ada untuk memenangi perlawanan ini, baik dipihak Kelantan mahu pun Terengganu. Tapi bagi orang diluar gelanggang, kestadium Bukit Jalil pun tidak dia, hanya sambil bersandar dikerusi malas menonton di kaca TV dirumah, kata mereka, Kelantan sepatutnya, satelah mendahului satu gol terus berusaha untuk mendapatkan 'gol pembunuh', sumbat satu lagi, kemudian selesai, bukan melengah-lengahkan permainan dengan bersangkaan selamat dengan satu gol pendahulu itu saja.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kata orang tua-tua. Memang komen itu mudah, buat belum tentu sudah, mungkin itu madah Karam Singh Walia.

Walaupun dah seminggu pemilihan pimpinan pusat di muktamar agong PAS Malaysia berlalu, dalam majlis kenduri yang saya hadiri semalam saorang veteran umno yang kebetulan makan semeja masih memberikan kredit yang tinggi terhadap keputusan pemilihan itu, katanya bijak sungguh puak PAS ni, sesuai dengan perkembangan semasa dan dia mengulang-ulang ucapannya itu. Datuk ini yang pernah jadi ketua satu bahagian umno dan terpecat salut dengan keputusan pemilihan dimuktamar PAS pusat kali ini. Saya sendiri tidak merasa sesuatu yang istimewa hingga ketahap itu.

Tidak pelik. Dalam media macam-macam dikatakan, ulama' tersingkir, puak erdogan dan seribu satu macam lagi, tapi bila berdepan dengan orang dia, tabik pulak dia.

Apa pun semoga pengalaman bola yang mengecewakan dan pemilihan yang bagi setengah orang salah sangka dari jangka itu mendatangkan manafaat, menjadi pengajaran dan buah pertimbangan bagi kerja buat semua dimasa depan kepada semua, insyaallah

No comments:

Post a Comment