Saturday, September 8, 2012

Musim Bersumpah Pula

Malaysia - negara ini kini dilanda musim bersumpah. Sumpah pula bukan sebarang sumpah. Sumpah laknat, mubahalah.

Katanya, bagi orang Arab, mereka jadikan sumpah, wallaahi itu barang macam latah orang Melayu, tak ada apa-apa qasad dalam hati untuk meminta laknat Allah, kalau mereka bercakap bohong dalam sumpah mereka itu. Mereka pakai nama Allah juga, serious juga, dengan mimik muka yang bersungguh-sungguh juga, tapi saja-saja, sebagai sendi kata dalam ucapan saja.

Berbeza dengan sumpah mubahalah, sumpah laknat yang dimulakan oleh saorang anak remaja dan kemudiannya diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. Mereka ini bersumpah dengan bersaksikan al-Qur'an. Dengan reti benar, bahawa kalau mereka berbohong dalam sumpah mereka ini, mereka akan dikenakan laknat oleh Allah.

Yang pertama bersumpah kerana katanya dia kena buat, lalu bersumpahlah ia untuk mengatakan bahawasanya sesungguhnyalah dia kena buat. Kalau nak dijadikan satu tajuk dalam karikulum sekolah, ianya bolehlah dinamakan sumpah mengaku bangun kena buat atau sumpah positif. Yang kedua bersumpah kerana angin diMalaysia berhembus dengan suara bahawa dia yang buat, maka bersumpahlah dia untuk menafikan yang dia membuat, sumpah menafikan bangun membuat, sumpah negatif.

Kedua-duanya bersumpah atas hal peribadi mereka.

Saya berjumpa dengan beberapa ulama' dan mendapatkan maklumat mengenai hal bersumpah ini. Dari perbincangan dengan mereka, memang ada peristiwa sumpah laknat dalam Islam. Satu ketika perbahasan diantara orang Islam dengan orang Kristian, masing-masing mengatakan ugama merekalah yang betul. Lalu, dicadangkan dilakukan sumpah laknat, yang berbunyi " ............ kalau aku salah, matikanlah aku semasa hidupmu", satelah disebut nama Allah. Kristian tak mahu dan tak berani bersumpah laknat ini.

Peristiwa sumpah kedua adalah semasa berhadapan dengan pemimpin Qadyani. Sumpah ini berlaku dan satelah tiga hari salepas itu, pemimpin Qadyani itu mati.

Sumpah juga ada dalam masalah rumahtangga. Sekiranya sisuami menuduh siisteri berlaku curang, sedangkan isterinya menafikan, mereka kena bersumpah, kemudian mereka dipisahkan dengan talak baain, talak yang tiada boleh rujuk selama-lamanya.

Sumpah boleh dibatalkan. Membatalkan sumpah, katakan sasaorang bersumpah untuk tidak memakan nasi lagi, sumpahnya akan terbatal bila dia makan nasi salepas itu, demikianlah sumpah-sumpah yang lain, boleh dibatalkan. Tapi kena kifarat sumpah. Kifarat sumpah, membebaskan saorang hamba, atau berpuasa 3 hari, atau memberi makan 10 orang orang fakir miskin.

Boleh lah sesiapa cuba perhatikan dalam beberapa orang yang bersumpah tu adakah didapati melaksanakan salah satu daripada kifarat-kifarat sumpah itu, kalau-kalau mereka itu juga diberitahu caranya, bukan hanya tahu bersumpah sahaja.

Dizaman nabi juga ada dua peristiwa dua orang bersumpah melakukan zina, sementara regunya tidak mengaku. Pelaku yang mengaku dan bersumpah melakukannya dihukum dengan hukuman rejam sementara yang tidak mengaku dibebaskan. Yang tidak mengaku, kalaulah dia juga sabenarnya melakukan, akan menerima hukuman diakhirat nanti.

Bagaimana sipenyumpah-sipenyumpah dizaman ini?, Sumpah menyumpah tidak ada dalam mana-mana kaedah undang-undang negara Islam Malaysia, yang berdasarkan Islam Hadhari, ia hanya ada dalam sistem perundangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W., jadi, negara ini nak pakai sistem perundangan yang mana?, atau saja-saja nak beritahu orang-orang Permatang Pauh bahawa sekarang TPM Malaysia lebih bersih daripada calun PKR Pengkalan Pauh?, kerana dia berani bersumpah sedangkan yang satu lagi itu tak mahu bersumpah?

Gunakanlah apa cara pun, orang kampung dah tahu, itu hanya cobaan, bukan betul-betul.............., ingat apa kata allahyarham P Ramlee.

Analogi bagi sipenyumpah-sipenyumpah ini adalah begini: Bersumpah, bagi mereka yang mengetahui akibatnya tidak akan berani melakukannya kalau ianya tidak betul, sebagaimana tidak beraninya orang Kristian untuk bermubahalah dengan orang Islam itu. Tapi bagi mereka yang tak tahu bahawa sumpah membawa akibat yang amat besar, dunia dan akhirat, bagai anak yang tidak mengetahui betapa bahayanya saekor harimau, akan sanggup mengusap belakang binatang pemangsa itu, sabelum ia dimakan oleh harimau itu.

He he he habislah sudah rupanya modal kempen. Kali ini, modal sumpah nampaknya diyakini benar memberi kemenangan kepada Islam Hadhari, dengan lima ribu orang polis (dilaporkan) yang menjaga keselamatan hari pilihanraya, mungkin ini akan dicatat dalam buku rekod Guiness, bahawa pilihanraya kecil yang paling ramai menggunakan polis adalah pilihanraya kecil Permatang Pauh, Malaysia yang berlangsung pada 26 0gos, 2008, 5 hari sabelum negara itu merayakan hari kemerdekaannya yang ke 51!.


Monday, August 25, 2008

No comments:

Post a Comment