Saturday, September 8, 2012

Bagaimana Nak Mengajar Manusia Berterima Kasih

Berumor lebih sikit setengah abad, anak sedang membesar, masih belum bekerja dan masih belajar dibeberapa institusi pendidikan dalam dan luar negara, al-maklumlah sekarang, belanjanya sendiri dan besar pula. Itu gambaran ketua keluarga sezaman saya yang sedang mengemudi perahu kolek kehidupan dalam menghadapi badai milinium.

Ada yang pencen wakil rakyat, bekas pegawai tadbir dan diplomatik, dan beberapa bekas jawatan-jawatan yang glamor belaka (macam sayalah tu...) tapi tak ada pendapatan semasa yang stabil (pun macam saya..) maka terasa susahlah hidup mereka. Ada yang masih bekerja, namun, dengan kos kehidupan hari ini yang tinggi, tidak cukup untuk menanggung keperluan harian. Alhamdulillah bagi mereka yang ada lagi sedikit aset-aset yang boleh dijual setiap kali bajet defisit dan meruncing, masih boleh selamat buat masa itu dengan menjual apa-apa yang boleh dijual. Begitu pun dah rahmat besar tu. Apa kata kiranya tak ada aset yang boleh dicairkan itu, nanar. Itu gambaran menanggung sabuah keluarga, oleh golongan pertengahan dizaman milinium ini. Bagaimana pula lebih peritnya kehidupan golongan berpendapatan lebih rendah. Tak kiralah golongan atasan, mewah direzekikan Allah dengan pendapatan yang banyak.


Tak mengapa, memang tugas orang yang ada anak dan tanggungan, samada miskin, pertengahan atau mewah, memenuhi keperluan orang yang ditanggung. Cuma, orang yang ditanggung, janganlah biadab dengan orang yang menanggung. Biar ada terima kasih, beradab bersopan sikit, penat dan susah payah, lelah mencari keperluan terasa ringan sikit kalau balasannya terima kasih, sopan dan beradab dari orang yang ditanggung. Letih berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan akan jadi bertambah penat dengan sikap orang yang ditanggung biadab, angkuh, dan apa lagi perangai-perangai keji sebagai balasan kepada yang menanggung.


Itu gambaran hidup hari ini. Tak kira siapa. Anak-anak yang nampaknya masih berumor persekolahan berboncengan atas motosikal lelaki perempuan berpelukan dengan pakaian menampakkan hujung salbi itu, (hatta dibulan Ramadhan ini pun) anak-anak yang masih disuap makannya, motor itu pun, bapa yang belikan, minyaknya pun orang tuanyalah sumbernya. Rokoknya pun, dari duit yang diminta dari mak bapanya, digunakan untuk menyakitkan hati mak bapak pula, dan mendapat dosa daripada Allah pula. Jahanam punya manusia.


Nak dilabel apa manuia yang saperti ini. Nak dikatakan tak mempunyai otak, setengahnya belajar di institusi pengajian tinggi, kolej-kolej, peringkat ijazah dan diploma atau sijil-sijil, biarkan mereka yang betul-betul tak ada otak, tak ada pelajaran dan tak belajar dimana-mana. Sudah wajarkah mengkelasifikasikan manusia-manusia ini dah mencapai kelas binatang ternakan, bahkan lebih dari itu.


Paling mengecewakan mempuyai anak yang dihantar kesekolah agama, sekolah hafiz Qur'an, masih biadab, angkuh dan sombong. Nak baiki tayar motor, mintak dengan bapak, nak itu ini, bapalah yang jadi mangsa. Dengan bapa Tuhanlah maha tahu, biadab, sombong dan angkuh. Jahanam sungguh orang saperti ini.

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada manusia-manusia saperti ini, semoga hidupnya salepas ini dan matinya nanti mendapat rahmat dari Nya. Sesakit mana hati bapa, tak sanggup nak mendoakan kejahnaman anak durhaka. Biarlah Allah mengampunkan mereka.


Kenapa Allah menentukan segala ini. Adakah dosa mak bapak yang menyebabkan kifarat Allah itu. Kalau begitu yang salah adalah mak bapak. Atau tak cukup ajarkah anak-anak ini sehingga biadab begini. Salah mak bapak juga. Aduh, dahlah mencari makan dan mencukupkan keperluan keluarga itu susah, bersalah pula.


Kalau mak bapak yang bersalah, ampunkanlah mereka ya Allah, maafkanlah mereka, limpahkan rezeki yang halal dan berkat kepada mereka, permudahkanlah mereka di dunia dan akhirat. Kesian sungguh melihat kehidupan payah, anak-anak yang tak menghurmati mereka, sakit hati, letih bekerja, bersalah pula.


Begini bila sudah jadi orang tua, melihat horizon kehidupan dengan pandangan yang semakin redup. Kilauan gemerlapan kehidupan semakin berakhir musimnya. Tumpuan pandangan mengarah kepada warna kelabu kehitaman kehidupan lebih banyak dari kepada warna ceria tawa hilai seloroh jenaka dizaman sebelumnya. Perasaan semakin sensitif dan mudah terguris, lalu mudah terluka, sembuhnya payah. Begitu evolusi kehidupan agar manusia mampu merakamkan seluruh senario kehidupan sabelum usia berakhir.


Kadang-kadang terlintas juga rasa ketidakmampuan berbuat apa-apa dengan suasana ini. Namun, berputus asa dilarang oleh agama, oleh Nabi, oleh Allah. Lalu apa yang boleh dilakukan. Nak pegang budak-budak ini, berpakat beberapa orang, bagi penampar atau ajar saja dengan belantan?, tak boleh, negara ada undang-undang.


Sekiranya manusia ini tahu berterima kasih, maka tahulah mereka bersyukur kepada Allah. Kalau berterima kasih kepada sesama makhluk yang boleh dilihat ini pun mereka tak tahu, manakan mampu mereka bersyukur kepada Allah yang tak boleh nampak dengan pandangan mata mereka itu.

Bagaimana nak mengajar manusia berterima kasih.


Ada orang kata, hati manusia kini sudah jadi tebal, keras, kering, kaku dan mati. Biarkan mereka yang tak pernah disirami dengan rahmat ayat al-Qur'an, yang baca al-Qur'an pun begitu. Betulkah begini. Mungkin ini akibat daripada makanan manusia hari ini yang banyak kandungan benda-benda haram, sebahagian besarnya dimakan dengan tidak sengaja, tak tahu benda itu haram. Boleh jadi setengah-satengahnya ada cop logo halal pun, tapi sabenarnya haram. Boleh jadi betul begitu, anak-anak mudalah yang banyak memakan makanan-makanan moden ini. Dari chekedees hingga burger, hot dog (kita pun panggil nama ini, nama pun haram dah...) atau sebagainya, orang-orang tua sebaya saya taklah banyak sangat memakannya.


Lalu, bagaimana nak mengelakkan mereka memakan makanan haram itu. Bertambah lagi agenda keperluan yang kena dibuat. Makanan halal pulak. Ya, memang betul selagi diberikan umor oleh Allah, tak boleh mengalah. Buatlah apa saja asal bertujuan untuk kebaikan diri, dan manusia seluruhnya.

Manusia, nilainya bukan dimana dia duduk, tetapi kemana arah tujuannya. Kalau duduk atas tikar sembahyang dalam masjid 24 jam pun, tujuannya supaya dikatakan wara' oleh manusia lain, tak jadi apa. Malah sedang menempah tiket keneraka. Lebih baik orang yang duduk dalam selut lumpur bergelumang tahi lembu, dengan tujuan mencari rezeki halal dari Allah. Dia sesungguhnya sedang menempah tiket kesyurga.

Saorang kawan berteka teki dengan saya. Tanyanya, untuk apa kita sembahyang. Saya menjawab kerana ianya telah difardhukan oleh Allah. Tugas dan tanggung jawab kita sebagai hambanya. Katanya lebih mudah difahami kalau kita kata itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kita terhadap kebaikan Allah. Allah telah memberikan udara untuk kita bernafas, makanan dan minuman untuk kita meneruskan hidup dan sebagainya lagi. Apa kata kalau kita dekehendaki membayar 1 sen setiap kali menghirup udara, sehari entah berapa ribu atau juta sen kena bayar. Demikianlah juga dengan kabaikan Allah menjadikan dari pokok padi itu beras, kemudian nasi dan boleh dimakan. Begitu juga dengan air yang kita minum, siapa yang menjadikannya?. dan, banyak lagi kebaikan-kebaikan yang Allah berikan kepada manusia, dan seluruh makhluqnya. Kemas juga alasan kawan saya ini.

Mampukah kita - saya dan anda semua, mengembelingkan usaha agar kita dan semua manusia jadi orang yang bersyukur kepada ni'mat Allah. Kerana dengan jadi orang bersyukur, kita dan mereka akan jadi orang yang berterima kasih kepada sesama manusia.

Tahukah anak-anak motosikal dan anak-anak yang sombong angkuh terhadap kedua ibu bapa, atau salah saorang dari mereka itu bahawa terlalu banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh kedua-dua ibu bapanya kepadanya. Sedarkah mereka, entah berapa ratus kali najis - tahi dan kencing mereka dicuci oleh mak bapak mereka, dan... kalau nak disenaraikan kebaikan-kebaikan mak bapak, tak kerja lain saya hari ini. Tahu?, atau buat-buat tak tahu?, atau, saja, sebab hati dah jem, kena bubuh anti rust baru hidup balik?.

Marilah saudaraku, kita berpakat perah otak satukan fikiran dan tindakan, kita obati penyakit yang melanda anak bangsa kita ini. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kerja kita, memberi kita taufik dan hidayah serta pertolongannya untuk sekurang-kurangnya memampukan manusia pandai dan boleh berterima kasih kepada kedua orang tuanya. Dan, setiap kali nak melakukan kerja yang menyakitkan hati kedua orang tuanya, terlintas dikotak kepalanya, wajah perit kedut dengan mata sayu dan hati yang hancur kedua orang tuanya, bukan "...... pedulikan mereka, kita, kita punya hal, dia, dia punya hal, persetan". Kesian.


Wednesday, September 3, 2008

No comments:

Post a Comment