Saturday, September 8, 2012

4 Nov., 2008

Salah sangka pada jangka.

Semalam saya masih mengatakan kepada kawan-kawan bahawa Barack Obama tidak akan mendapat undi mat saleh, dan tak akan memenangi pemilihan dalam undi presiden negara Amerika walaupun media melapurkan dia telah dan sedang mendahului lawannya, Sen. Mc Cain.

Saya berpendirian begitu kerana pada saya, mustahil mat saleh, walaupun masa berkempen ni menyokong pak hitam tu (tak hitam sangat, koko), akan terus bagi undi kepadanya. Ini berdasarkan pemikiran saya, bahawa terlalu amat payah mat-mat dan mek-mek saleh tu nak bagi ketuanan kepada selain dari puak dia, lebih lagilah kepada puak tyang satu masa dulu dari golongan hamba dinegeri itu!.

Rupanya, ketentuan Nya begitu. Pak koko, (Pak tu tua sangat, dan dengan saya, kena panggil dek koko) dari parti Demokrat, parti kedua terbesar, menentang mat saleh calun dari parti Republican, yang diberi jolokan GOP (great old party - parti agung tua), yang pula sedang menerajui negara kerana orang parti itu yang menjadi presiden masa pilihanraya ini boleh menang dengan memperolehi 62,521,378 atau 52% undi berbanding lawannya yang memperolehi 55,446,378 atau 46% undi, dan bakal menjadi presiden ke 44 negara itu dan yang pertama dari bangsa kulit koko.

Saya tidak sangat rasa kagum dengan ucapan kemenangan Obama. Orang menang, memang sedap cakap. Hebat ucapannya dalam majlis merayakan kemenangannya di Grant Park di Chicago yang dilapurkan dihadiri oleh lebih kurang 240,000 orang itu. Tapi saya kagum dengan ucapan Mc Cain. Dia boleh mengistiharkan kepada penyokong dan pengikutnya bahawa dia telah menalifon Obama dan mengucapkan tahniah diatas kemenangan dek koko itu, dan dengan jelas juga mengatakan beliau sanggup, jika diperlukan untuk menyumbangkan kedalam pimpinan Obama demi Amerika.

Kekalahan ini, kata Mc Cain adalah kekalahan beliau saorang bukan kekalahan semua orang Republican.

Bagaimana?

Apakah 'GOP made in Malaysia' dan pemimpin-pemimpinnya mampu bersikap dan bertindak demikian?. Setakat ini jauh pacak dari panggang. Kemenangan parti lain, selain dari 'GOP made in Malaysia' itu akan dikatakan 'kemenangan tipis', dan tindakan yang dibuat, asalkan puas hati, tak kisah, rakyat jadilah apa nak jadi.

Setiap kekalahan akan menyalahkan orang lain, tak tahu berterima kasih, macam-macam. Bukan nak muhasabah diri, kenapa ditolak rakyat.

Molek-molek royalti yang selama-lamanya diberikan kepada negeri, bila kalah, jadi ehsan yang diuruskan sendiri oleh pusat, bila kalah, tubuh JPP, satu kerajaan dalam kerajaan bagi menguruskan peruntukan yang selama ini diberikan kepada kerajaan negeri untuk menguruskannya, dan tak cukup dengan itu, ditubuh pula JKKK diperingkat kampung untuk mengelirukan rakyat bawahan. Borang buku teks sekolah budak-budak disatengah tempat, disatengah-satengah sekolah yang diterajui oleh mudir-mudir hadari tidak laku kalau tidak disign oleh penghulu tak sah ini.

Glokallah katakannn.

Pengajarannya, perubahan perlu dibuat dinegara kita pun, dan perubahan tak akan mampu dibuat oleh GOP(M) yang walaupun tak berapa tua, tapi sudah banyak berpenyakit - dan yang paling kronik adalah nyanyok.


Wednesday, November 5, 2008

No comments:

Post a Comment