Sunday, September 9, 2012

2 JULAI, 2010 - ZIARAH CUCU SEDARA


Friday, July 2, 2010

Hari ini , ditengah-tengah sibuk dengan persiapan bangsal dan persiapan 'ladang', saya paksa juga diri untuk meluangkan masa ziarah cucu sedara yang baru mengganggotai keluarga cucu cicit Tukang Ibrahim di Kuala Trengganu bulan lepas. Bangsal berukuran 10x15 kaki dan ladang 3 ekar lebih sikit itu (luas dah tu banding dengan yang lebih sempit dari itu) kami lupakan hari ini.

Tak apa, kalau tak silap ingatan saya, ada hadis Nabi SAW yang mengatakan orang yang menghubungkan silatulrahim dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Jadi, hari ini walaupun kami tak masuk ladang, tapi insyaallah, hasilnya berlipat kali ganda daripada kalau kami bekerja disana tu. Kalau kerja diladang hari ini pun, saya bersama tiga anak lelaki saya, paling kuat, semua batu bata yang terpaksa diunload diluar tapak bangsal saya tu habis, beberapa belas beg simen yang juga terpaksa diletakkan jauh oleh van yang menghantar barang dari tapak bangsal tu terangkut. Itu saja.

Tok bilal dah azan maghrib........ sambung lepas ni, insyaallah.

3 Julai 2010 daah.......

Kelmarin, lepas maghrib ustaz baca buku Syamaail Rasulullah - bab yang menceritakan bagaimana Rasulullah memakai bau-bauan. Dalam kuliah tersebut ustaz kata, mengikut buku itu, ada tiga perkara yang Rasulullah tidak tolak pemberian sesaorang kepada baginda, bantal, bau-bauan dan susu. Mula-mula agak pelik juga saya, dalam banyak-banyak benda, bantal yang dituliskan antara benda yang tidak ditolak oleh baginda, kemudian pengkuliah menceritakan, nak bagitahu, kita, kalau takdir jadi sesaorang yang dimuliakan dalam masyarakat, dan kalau adalah orang bagi kita sesuatu yang biasa-biasa saja, bukan yang eksklusiv, berharga, berkualiti tinggi, antik atau sebagainya, hargailah pemberian itu, ambil dan ini akan menjadikan pemberi merasa dihormati. Ohhhhhhh.... begitu.

sambungan cerita semalam;

Kerja kerja jugak, keberkatan, rahmat, pertolongan Allah lebih penting dari hanya kerja. Kerja yang baik tu memang boleh pahala dah, tapi kalau kerja itu ada bersamanya keberkatan, rahmat Allah akan menjadikan kerja itu sempurna, dunia dan akhirat. Semoga kerja saya dan kita semua akan termasuk dalam kumpulan kerja yang semacam itu, insyaallah. Semoga kerja kerja kami dipermudahkan, selamat, dan mendatangkan hasil yang lumayan. Hak ni tidak ada manusia yang dapat mempastikannya. Kalau pun kita dah penuhi segala syarat bagi suburnya pokok, dengan baja pokok dan baja buahnya cukup, dimusim kemarau disiram dengan sprinkler, tapi kalau Allah Subhanahu Wataala kata tak ada rezeki, pokok akan tumbang dek angin kencang semasa buah belum matang dan sebagainya.

Allahu akbar!.

No comments:

Post a Comment