Saturday, September 8, 2012

Menyuling Gaharu

Semalam saya ketempat saorang kawan baru buka tempat penyulingan gaharu. Kaedahnya lebih kurang yang kita pernah belajar sains ditingkatan 3, proses penyulingan dengan menggunakan pemelowap Liebig (Liebig condenser) ingat?. Saya tentu ingat kerana saya adalah pelajar terbaik keputusan SRP sekolah saya masa itu.....(angkat bakul sikit laa)

Persediaannya, kampung-kampung pun, agak hi-tek juga, dengan periok besi yang bertudung seal yang tak boleh keluar wap, sistem pemanasan yang menggunakan penebat agar haba tak kerugian, sistem penyejukan dengan menggunakan air dari dan ke kolamnya, ada jangka suhu menyukat kepanasannya, dengan tabung pemelowap dan tempat mengumpul minyak gaharu serta air sulingan yang datang bersama minyak gaharu, pendek kata, kata orang Kelantan, ilir jugak la.

Baru dua dari 10 dapur yang telah sedia ada dipasang diperingkat percubaan. 10 dapur lagi akan dipasang, menjadikan 20 dapur semuanya. Kata orang yang memasang dapur itu, ada satu orang, ada 6 dapur, mereka memperolehi pendapatan yang agak lumayan juga.

Yang dalam percubaan itu telah menyuling gaharu beberapa jam. Suhunya saya lihat pada jangka suhu menunjukkan pada lebihkurang 120 ^C. Dalam tabung pengumpulan ada banyak air suling dan minyak dibahagian atas air suling itu belum sampai 1 ml. Saya bertanya, berapa jamkah penyulingan itu perlu dibuat, dia menjawab, sekurang-kurangnya 3 hari 3 malam.

Begitu rupanya untuk mendapatkan sesuatu yang mahal. Harga 1 tola, (kalau tak salah fahaman saya, 1ml) bergantung kepada mutu minyak, dari ratusan ringgit kepada beberapa ribu.

Lalu terfikir pula lah saya kepada kerja mengumpulkan pahala. Pahala lebih berharga dari minyak gaharu, sebab kaya mana pun manusia tak mampu mambeli pahala kalau tak dibuat sekarang, semasa didunia. Pahala hanya boleh dibuat dan dicari sekarang, didunia, semasa masih hidup. Ada juga yang kita dengar, kita akan dapat pahala daripada orang yang buat salah kepada kita nanti, itu pun hasil dari kerja buat didunia.

Kalaulah sukatan pahala itu tola juga, berapa tola pahalakah yang kita, saya dan anda mampu kumpulkan dalam sehari?.


Tuesday, October 7, 2008

No comments:

Post a Comment