Saturday, September 8, 2012

Hari Keempat: Musim Kenduri Tiba Pula

Alhamdulillah. Cuti sekolah bermula dan nampaknya banyak helai kad jemputan kawin bagi musim ini. Selalunya disamping kad-kad itu saya susun mengikut turutan haribulan masing-masing saya juga menulisnya diatas papan putih pula. Ada dua jenis kad: satu - ditulis "kesyukuran" dan satu lagi - ditulis kemajlis "walimatul urus". Saya cacat juga henis-jenis kad itu dipapan putih kerana persediaan untuk menghadiri majlis-majlis itu berbeza. Orang Melayu tahu apa konotasi tersebut.

Hari ini saya kemajlis kenduri saorang kawan seangkatan meraikan perkahwinan anak sulungnya. Kawan ini sama umurnya dengan saya, 52. Dia kahwin lebih awal dari saya, dapat anak juga awal dan dengan itu dia sudah dapat menantu dan saya belum lagi.

Saorang tetamu sambil mengucapkan tahniah kerana dapat menantu juga dengan ceria berseloroh mengalu-alukan penyertaan kawan saya itu kekelab orang-orang tua. Saya tertarik dengan pelawaan tetamu itu dan merasakan saya juga terjemput menyertai kelab itu kerana saya juga dari segi umur, berkelayakan menyertainya kalau kawan saya itu layak.

Sememangnyalah, kalau pun tetamu itu tidak menjemput menyertai kelab itu pun, orang yang umurnya telah melewati satengah abad ini patut sedarlah, sudah tua aku ini!, dan tak lama lagi akan menganggotai kelab orang-orang meninggal dunia pula. Yalah, pada adatnya batch inilah yang akan lebih dahulu menyertai kelab orang-orang meninggal dunia ini berbanding dengan yang lain.

Aduhai... bagus juga tetamu kawan saya ini, dan seloroh ringan dan lembutnya itu sangat bererti pula. Dalam banyak-banyak majlis kenduri yang saya hadir, baru kali ini saya dengar ucapan seloroh formal yang didalamnya tersirat banyak isi kandungannya.

Pertama, menjadi orang tua - jadi apa pun ada syarat, peraturan, tugas dan tanggung jawabnya. Jadi orang tua?, tentulah juga bersyarat, berperaturan, dan bertanggung jawab. Kata orang sekolah ada SOP - standard operation procedures. Maka, menjadi orang tua, sekurang-kurangnya menjadi idola hasanah kepada anak cucu cicit kalau tidak pada masyarakat, bangsa mahupun negara atau dunia seluruhnya. Ada contoh tauladan agung jadi ikutan anak buah. Agar dijauhkan Allah dari menjadi cemuhan dimasa menjadi ahli kelab orang-orang tua, dan kalau dimasa ini pun telah dicemuhi, maka bila dah jadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia nanti akan dikutuki pula, jauh dari mendapat hadiah al-Fatihah atau Qul Huallah...

Kedua, rentetan daripada tua adalah meninggal dunia. Tak ada orang (makhluq lain saya tak tahu, kalau ada, tolong bagi tahu saya) yang jadi semakin muda dan semakin lambat meninggal dunia salepas tua. Bagi orang yang berkepercayaan, menganggotai kelab orang-orang meninggal dunia banyak lagi syaratnya.

Ya Allah, permudahkanlah dan anugerahkanlah aku dan jadikanlah apa saja yang engkau berikan kepada aku dalam kehidupan sebagai ahli kelab orag-orang tua ini hasanah. Salepas itu, satelah engkau menjadikan aku ahli kelab orang-orang meninggal dunia, aku mohon padaMu, juga hasanah disana.


Saturday, August 16, 2008

No comments:

Post a Comment