Saturday, September 8, 2012

10 Nov, 2008 - cerita atas cerita

Semalam, 9 Nov, bukan hari mashor nine eleven tu, yang tu, 11hb sembilan, tahun 2001, dihari runtuhnya satu kemegahan Amerika - world trade centre, di New York, dan dikatakan angkara pengganas, dikatakan dirempuh dengan kapalterbang yang dirampas, mambunuh seramai 2,975 orang itu yang sehingga hari ini masih belum habis perbicaraannya. Para tertuduh, yang dikepalai oleh Khali Sheikh Muhammad, berserta empat lagi perancang utama masih ditahan di penjara Teluk Guantanamo, bersama seramai 250 orang tahanan.

Tapi semalam ada satu lagi cerita kehidupan. Cerita yang boleh dibuat iktibar, terutama oleh anak-anak saya dan semua mereka yang diperingkat anak kepada saya. Kepada mereka yang diperingkat ayah, emak, abang atau kakak dan adik kepada saya pun boleh kalau relevan.

Cerita dari saorang kawan rapat. Dia ada saorang abang, makan gaji tapi almaklumlah, dengan gaji yang tak berapa tinggi, banyak keperluan yang tak terpenuh. Maka, kawan rapat saya yang jadi peraih (satengah orang kata asal dari perkataan enterprise), yang diizinkan Alah rezeki lebih sedikit walaupun tak lah berada sangat telah beberapa kalilah membantu abangnya itu - dalam beberapa bentuk. Mengikut ceritanya, dia pernah membelikan kereta (second hand), membelikan tanah dan membantu kewangan ala kadarnya dan sebagainya, bagi membolehkan abangnya itu hidup dengan agak sederhanalah kata orang.

Nak jadi cerita, maka pencenlah siabangnya itu. Sempena pencen, siabang telah menjual tanah yang diberikan oleh kawan saya tanpa memberitahunya terlebih dahulu untuk melangsaikan hutang makan minum keluarganya disabuah kedai. Mengikut cerita kawan rapat saya itu, abangnya dapatlah duit ganjaran beberapa puluh ribu. Boleh jadi memikirkan bagi menjadikan duit itu modal bagi mendapatkan pendapatan yang berpanjangan dan sedikit keuntungan, maka siabang telah melabur dalam satu skim yang menjanjikan pendapatan yang berganda.

Nak panjang cerita, semalam abangnya menalipon kawan rapat saya itu untuk meminjam duit untuk mencukupkannya membeli sebidang tanah, tapak rumah.

Rupa-rupanya begitu manusia ini, kata kawan rapat saya. Masa nak minta tolong, datang, masa nak bagi kepercayaan, dicarinya orang lain. Katanya, kalaulah siabangnya itu memberi sedikit nilai diatas pertolongannya dulu, maka sudah tentu siabangnya akan datang membawa duit lebihan yang hendak dilaburkan itu kepadanya, ni duit aku nak melabur, mu buatlah, kalau ada rezeki, boleh untung, atau kalau tak ada tak apalah, mu telah banyak tolong aku. Sepatutnya siabangnya kata begitu.

Tapi itulah manusia yang pelupa.

Kepada anak-anak saya, jangan buat begitu. Nilai pertolongan orang kepada kita. Terima kasihlah, dan kepada Allah, yang terlalu banyak memberikan kita kebaikan, bersyukurlah.


Sunday, November 9, 2008

No comments:

Post a Comment