Saturday, September 8, 2012

Hari Keenam: Mengongsikan Pengalaman

Alhamdulillah. Kalau nak dikira jumlah hari hidup saya, maka secara mudahnya 365 x 52, ia-itu 18,980 hari (betul ni, saya kira menggunakan calculator dalam hanfon, bukan congak).

Dalam jumlah hari hidup yang sebanyak itu, sudah tentu, yakin, pasti terlalu amat banyak pengalaman yang boleh dikongsi, yang baik semoga dijadikan tauladan, yang jahat agar dijadikan sempadan terutamanya oleh saya sendiri bagi meneruskan hidup ini selagi diizinkan oleh Allah, agar setiap langkah salepas dari ini tidak akan mengulangi kesalahan yang telah dibuat atau terbuat dan menambahkan kebaikan daripada kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan. Laluan perjalanan hidup ini juga bolehlah dijadikan (disamping yang lain yang lebih baik) sebagai garis panduan bagi mereka, anak, cucu, cicit atau siapa saja yang jumlah hari hidupnya jauh lebih kurang dari itu.

Dengan saya tidak membudayakan mencatat pengalaman hidup itu, maka hari ini, baru hari keenam jadi blogger (saya berhajat akan mengisi blog saya ini setiap hari), sudah macam kehabisan apa yang saya nak kongsikan.

Sepatutnya, tidak akan menjadi sedikit masalah untuk saya nukilkan apa saja yang menyumbangkan kepada hasanah setiap hari sekurang-kurangnya untuk tahun pertama kedalam blog saya ini. Ini adalah kerana, saya hanya perlu mampatkan sejumlah 18,980/365 ia-itu 52 hari hidup bagi dimuatkan dalam sehari tulisan. BEGITU JUGA ANDA, sudah tentu banyak pengalaman hidup selama ini untuk dimanafaatkan oleh anak, cucu, cicit, dan orang-orang lain kiranya didokumentasikan segalanya itu.

Tak apalah, dan saya telah mendapat satu komen dari kawan yang melayari blog saya ini, repondnya kepada kata-kata saya dah tua baru nak mula belajar jadi blogger ialah, antara lain "tidak ada tua untuk memulakan apa-apa..." Terima kasih. Beliau memberi komen melalui sms dan berjanji untuk menyumbangkan komen-komennya kedalam blog saya, sekali lagi terima kasih, banyak.

Setakat itu dulu bagi hari ini, doa saya adalah semoga hari ini akan dilimpahi hasanah oleh Allah untuk semua kita, dan kalaulah hari ini Allah menjemput saya dan siapa saja keperhentian hidup seterusnya, biarlah disana juga disediakan hasanah untuk kita semua, Insyaallah.


Sunday, August 17, 2008

No comments:

Post a Comment