Sunday, September 9, 2012

Haaai, sibuknya cari makaaan ................


Tuesday, August 3, 2010

Banyak hari dah tak dan nak tulis apa-apa dalam blog hebat ni.

Bukan kerana apa, kerana saya ingat pesanan saorang tua yang berasal dari miskin, kemudian jadi kaya raya kepada dua orang anak lelakinya disaat sakratul mautnya, katanya " aku dah bahagikan harta kekayaan aku sama banyak kepada kamu berdua, kamu jagalah sebaiknya, manafaatkankanlah sepenuhnya dan ikhtiarkanlah agar harta yang aku tinggalkan itu terus subur dan bertambah-tambah keberkatannya.", Si bapa menambah lagi, " cuma, buat pedoman kamu berdua, aku nak pesan dua perkara, amalkanlah dengan istiqamahlah agar kamu beroleh apa yang aku pesan itu,...............( nafas siayah semakin pendek dan tersekat-sekat, kedua-dua sianak semakin mendekatkan telinga mereka kemuka siayah...)

"........ pertama, kamu hendaklah pergi dan balik ke dan dari tempat kerja, jangan terkena cahaya matahari, ................ (terhenti sabentar) dan, dan ........ dan kedua, kamu hendaklah memakan ikan banyak-banyak..........." habis saja pesanan kedua, qaa luu inna lillaahi wainnaa ilaihi raajiuuunlah orang tua itu.

Kedua-dua beradik serentak menjerit ............ "ayaaaah!," dan nak meneruskan dengan pertanyaan, ....... bagaimana nak ke dan dari tempat kerja supaya tak terkena cahaya matahari dan kenapa, jenis ikan apa agar dimakan banyak-banyak dan bagaimana pula kaitannya dua amalan ini dapat memastikan pesanan orang yang dikasihi mereka ini terlaksana, tetapi, Allah yang menentukan, orang tua ini telah menerima jemputanNya kealam barzakh. Allahu Akbar!.

Maka satelah disempurnakan urusan jenazah dengan kadar yang seberapa segera sebagimana yang dikehendaki agama, bermenunglah kedua beradik itu menterjemahkan pesanan ayah mereka.

Direngkaskan cerita, saorang dari mereka berakhir kehidupannya dengan menjadi kaya raya, hidup dalam kesejahteraan dan saorang yang lain berkesudahan dengan miskin papa kedana dan hidup dalam penderitaan. Kedua-duanya dikatakan mengamalkan pesanan mengikut terjemahan masing-masing.

Itui cerita, buat anda semua berteka teki. Bagaimana terjemahan sikaya dan bagaimana pula terjemahan simiskin..............

Saya meminjam pesanan orang tua itu dan menterjemahkan pergi kerja sabelum matahari naik dan balik bila matahari dah jatuh, sementara jangan bermewah-mewah dan mambazir dalam makan minum. (Sebab, dimasa dulu ikan adalah dikalangan makanan yang murah).

Lalu saya keluar kerja lepas solat subuh, berhenti untuk solat zohor dan asar, dan balik dekat maghrib!, hebat sangat bunyi tuuuu. Maka tak sempatlah nak mengupdatekan bloggggg, malam pula dengan urusan yang lain lagi.

Itu muqaddimah alasan sebab tak up date blog, bunga-bunga sajaaa.

Hari ini, 2 ogos, 2010, terlihat lagi cerita beberapa pihak meletakkan ..........( berhenti dulu untuk solat maghrib, sambung lepas niiiii)

(balik sabentar dari masjid sebab ustaz yang bagi kuliah malam ini, kalau tunggu pun, tak boleh diambil butir sebab suaranya yang tak jelas, ditambah pula dengan sistem pembesar suara yang tak baik-baik lagi, boleh beriktikaf sajalaaaah)

...............sesaorang dikandang salah kerana dikatakan menolak kearah perpaduan. Ini cerita lama sabenarnya, diakhbar yang saya tengok hari ini tu bertarikh 28 julai, 2010. Dalam akhbar hari tu saja, beberapa orang yang bermulut luas, yang suka bercakap, satengah-satengah nya tak bercakap tapi melalui blognya, dipungut media kerana selari dengan aliran media tersebut ada macam-macam.

Ada mufti, ada ahli parlimen, ada Yang diPertua sabuah yayasan yang jaga dakwah, dan ada juga kolumnis dalam negeri yang bercakap menghentam sesaorang itu yang menolak perpaduan, yang mengatakan ........ ada pihak benci perkara maaruf, lebih rela tidur sebantal dengan pihak kafir yang menentang Islam, gelombang penafian politik, dan sabuah cerita masa depan, hikayat pada masa itu..........., itu tajuk yang diboldkan oleh media terbabit yang isinya menghentam PAS dan khususnya YAB Tuan Guru Dato MB Kelantan yang juga Murshidul Am PAS kerana menolak gagasan perpaduan anjuran umno.

Semua tulisan yang dipaparkan adalah macam kerja yahudi. Dia yang buat kat orang, kata orang yang buat kat dia. Puak ni tahukah tidak yang semua perkara yang ditulis itu adalah kerja umno dan pemimpin-pemiompin mereka, tetapi dilihat dan mahu dilihat dan difahami bahawa itu semua adalah kerja orang-orang PAS dan pemimpin PAS.

Inilah untungnya kalau rakyat tak berapa cerdik.

Untung lagi kalau rakyat cepat lupa, bagai kata mantan pm, tun che det.

Orang kata, no.1 buat-buat tak tahu, bagi pencacai-pencacai yang terus menerus menghimpit, menekan, menggunakan apa saja pendekatan, moral, keagamaan, logik dan sebagainya agar dilihat seluruh manusia khususnya Melayu yang kekurangan maklumat, ingatan dan pengetahuan itu bahawa PAS lah yang menolak perpaduan.

Diberi laluanlah kepada manusia yang sangat gemar jadi pencacai dan muka serta kata-katanya terpampang dimuka akhbar bercakap apa saja asal natijahnya menghentam PAS, dan pemimpin mereka. Maka muncullah pencacai-pencacai itu, macam kelkatu keluar dari busut lepas hujan, lepas satu, satu, kadang-kadang beramai-ramai. Yang tak popular, inilah masa nak jadi popular dan muncul diakhbar.

Orang kata juga, disamping pencacai-pencacai ni dok baham PAS dan pemimpin-peminpinnya, no.1 buatlah kerja yang dikira dapat menaikkan darjatnya simata manusia yang dipanggil Melayu itu.

Aduuuuh, serampang beberapa mata.

Itulah cara untuk survive. Survival dalam alam yang tiada halal haram hanya ikut otak, ikut perunding (walau dari golongan yahudi) bukan ikut taufik serta hidayah. Oleh pencacai-pencacai dikaitnya cerita dahulu, sekarang dan diunjurkan pula andaian-andaian akan datang untuk menjustifikasikan tohmahan yang mengatakan PAS lah yang menolak perpaduan, yang menatijahkan hilangnya kekuasaan Melayu dibumi Malaysia ini sudahnya.

Hebat. Saya kata hebat kerana bukan sahaja orang kampung yang tak berilmu pengetahuan yang termakan dengan dakyah itu. Para mahasiswa juga sebahagiannya tertelan dakyah itu mentah-mentah.

Ada tulisan yang pada saya tiada otak waras yang boleh berfikir bagaimana ianya boleh terjadi. Kolumnis Utusan Malaysia, cuit, oleh zaini hassan mengatakan, ......... maka tiada mustahil akhirnya Singapura akan bersambung dengan Johor, Melaka, N9, Selangor, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang serta Kedah. Apabila kesemua negeri-negeri ini bersambung dengan satu ideologi, tidak mustahil sistem pemerintahan yang diidam-idamkan oleh DAP itu akan menjadi kenyataan...........(utusan Malaysia, rabu 28 Julai, 2010, ms 4)

Boleh jadi penjualan sebahagian besar dari kawasan disabuah tapak pembangunan yang baru dibuka di Johor kepada Singapura itu adalah kearah perlaksanaan unjuran ini. Kalau inilah sebahagian dari grand design itu, maka umnolah yang memulakannya. Jangan dok tuding jari kat orang lain pula.

Apa projek yang menjuruskan kearah perlaksanaan Singapura Raya (Greater Singapore) itu di Melaka dan N9 saya tak perasan. Sementara di Selangor, Putrajaya, Perak, P. Pinang dan Kedah, kerajaan masa ini bagi negeri-negeri itu belum ada plan nak jual negeri kepada Singapura sebagaimana amalan umno beberapa puluh tahun dulu tu.

umno oh umno, pencacai oh pencacai, akhirnya Melayu oh Melayu!

No comments:

Post a Comment