Saturday, September 8, 2012

.... sambungan, ayat ke19 pula

Ada masa setengah jam, lepas tu ada appointment dengan kawan. Tak apa, saya nak selesaikan janji untuk mengukir kembali isi kandungan tadarus semalam, ayat ke18 dan 19 dari surah al-Hasyr. Ayat 18 dah tulis sabelum ini. Kali ini ayat ke19 pula. Bersedia?

Maksudnya lebih kurang " Dan jangan kamu jadi saperti orang yang melupakan Allah, kerana kamu akan dijadikan melupakan diri kamu sendiri, mereka adalah orang yang fasik, derhaka".

Melupakan Allah - melupakan perintah dan larangan, melupakan suruhan dan apa yang ditegah. Kita ditegah dari jadi saperti orang saperti ini. Dalam segala urusannya, orang yang melupakan Allah buat sesuatu dengan tidak ada pertimbangan halal haram, sah batal, sunat makruh, kerana dia melupakan Allah, matlamat menentukan cara, buatlah apa saja asal matlamat tercapai. Jangan, tak boleh. Jangan buat saperti itu. Kalu buat jugak, kita akan dijadikan melupakan diri kita sendiri.

Siapa pun kamu, jangan kamu jadi saperti orang yang lupakan Allah. Nanti kamu akan dijadikan orang yang melupakan diri sendiri.

Orang yang melupakan diri sendiri, dia sendiri lupa dan tak tahu siapa dia. Ditanya siapa dia, dia menjawab, tak tahu, siapa namanya, tak tahu, dia lupa. Dari mana dia, dia akan menjawab, tak tahu, lupa. Dimana dia sekarang, dia tak tahu, lupa. Nak kemana dia, dia akan menjawab tak tahu, lupa nak pergi kemana. Dia lupa apa yang dia mahu, apa yang dia tak mahu. Lupa. Pelik?, tak pelik. Orang yang lupa diri sendiri adalah orang yang tidak tahu apa tujuan dia dijadikan Allah. Dari mana dia dan akan kemana dia. Kalau-kalau, takdir anda bertemu orang saperti ini, apa agaknya tindakan anda. Kalau anda kenal orang ini, bolehlah diteruskan berbicara dengannya, tapi kalau anda tidak mengenalinya, saya cadangkan jangan teruskan berurusan dengannya, cepat-cepat tinggalkan dia saorang, atau kalau mahu menolongnya, beritahulah kepada polis.

Orang yang lupa diri sendiri, dia tak ingat bahawa dia pernah dilahirkan oleh saorang ibu, dibesarkan oleh kedua ibu bapanya, dijaga segala keperluannya, dihantarnya kesekolah, diberikannya perbelanjaan yang perlu, semasa belajar, orang-orang tuanyalah yang bersusah payah memenuhi keperluannya, sekarang ni belajar pun nakkan komputer, motosikal, pakaian yang sesuai, dan banyak lagi, dia lupa. Maka dia pun buat kedua orang tuanya semahunya - kalau nak diendah, diendahlah, kalau tak mahu lantak kau lah. Dia lupa. Maka dia jadilah saorang manusia yang derhaka kepada orang tuanya.

Orang yang lupakan diri sendiri tidak akan tahu bahawa dia adalah diciptakan Allah bertujuan untuk beribadat kepada Nya. Lupa dia bahawa ada satu ayat dalam al-Qur'an yang mengatakan '...tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku...'. Lupa dia yang dia pernah berada dialam roh, alam rahim, kini dialam dunia, akan pergi kealam kubur dan berkesudahan dialam akhirat. Bahawa dia didunia ini bertujuan untuk dia menyediakan bekal untuk digunakan dihari esok. Dan, dia lupa sesungguhnya, dia akan berkesudahan dihari yang tiada bermanafaat lagi baginya segala harta punya, anak pinak, kebesaran, pangkat, kehebatan. 

Maka, baginya, hidup ini adalah untuk memenuhi tuntutan nafsu, kehendaknya. Apa yang terlintas baik dan mendatangkan kepadanya kesukaan, kenikmatan, kepuasan, kemashoran, hebat, dikenali, glokal, dan apa lagi, maka dia pun gasaklah. Bahawa tidak ada apa-apa kaitan diantara hidup dan mati. Hidup hiduplah, mati matilah. Dalam hubungan ini, ada saorang manusia yang walau pun mengaku bersaksi dengan dua kalimah syahadat mengatakan, 'tak saorang pun yang telah mati itu datang memberi tahu aku....'. Lupa dia yang orang yang telah mati tidak akan datang lagi kepadanya, tetapi Allah telah mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan perintah dan larangan, anugerah, reward kalau patuh dan hukuman, punishment kalau engkar, bukan lagi kerja orang yang telah mati. Lupa.

Orang-orang yang mengikut perangai orang yang melupai Allah ini, pada penilaian Allah adalah orang yang fasik, derhaka. Dia derhaka pula kepada Allah. Celaka kesudahannya orang ini, wal'iyya zubillaah.


Tuesday, September 9, 2008

No comments:

Post a Comment