Sunday, September 9, 2012

Jumaat, 9 Julai, 2010


Friday, July 9, 2010

Musim geger menghentam menteri yang bercadang untuk meluluskan judi bola lenyap dengan menjelangnya separuh akhir piala yang berprestij itu dengan mempamerkan kekuasaan Sepanyol keatas Jerman. Kemenangan Sepanyol diiktiraf oleh jurulatih pasukan lawan, Joachim Loew yang mengatakan pasukan Sepanyol, lawannya itu sebagai pasukan yang memang mempunyai cukup syarat untuk menang: yakin, bersepadu, menguasai permainan dan juga dikatakan pasukan terbaik dunia pada masa ini.

Status itu juga diberikan oleh penyerang pasukan Jerman, Miroslav Klose yang merupakan antara calun yang akan mendapat kasut emas dalam kejohanan ini.

Namun, jurulatih Sepanyol, Vicente Bel Bosque, walaupun anak buahnya, Carles Puyol (yang merupakan pemain bek tengah kelab Barcelona itu) dengan tandukan kencangnya membenamkan Jernan pada minit ke 73 distadium Moses Mabhida, Durban pula, dalam akhbar hari ini mengatakan, ' kami tidak boleh terlalu teruja dan menjadi buta dengan kemenangan ini' kerana didepan sana masih ada satu lagi ujian besar yang misti diharungi, perlawanan akhir menentang Belanda. Dan katanya 'tiada yang lebih sukar dari menjuarai piala dunia', tidak pula dia mengatakan 'kami telah diiktiraf sebagai pasukan terbaik dunia'.

Boleh jadi molek juga kita mengambil pengajaran dari keyataannya itu, betapa bahayanya meletakkan diri, pasukan, parti atau apa saja milik kita dizon selesa yang akan menjadikan kita terlalu complacent, memandang remeh, ambil mudah dan mengakibatkan kecundang sudahnya.

Saya pun kena tulis jugak cerita bola piala dunia ni, kalau tidak macam ketinggalan sangat dengan isu hangat semasa. Nampak macam up to date jugak lah saya kaaan?........

Nampak gaya, tak kira orang bulan atau orang dacing, orang Malaysia atau mana-mana pun, dalam hal bola ni, minat belaka, ada yang minatnya macam saya, sekadar tak mahu ketinggalan sangat. Ada juga yang tak jadi kija buat bila berjaga malam untuk menyaksikan kejohanan ini. Jangan ketinggalan solat, sudaah, kalau minat mana sekali pun. Ada juga katanya manusia yang tak ada kaitan apa-apa, bukan juga pasukan dari negerinya, yang sanggup pula bertarak dujalan raya dengan kemenangan sasuatu pasukan........, bagi saya pelik jugaklah.

Saya tak pernah melihat siaran langsung setakat ini dan tak bercadang untuk melihatnya diperlawanan akhir ini juga, cukup dengan mendengar keputusannya pagi esoknya, sambil keluar dari masjid salepas solat subuh dari kawan-kawan yang merupakan peminat sabenar.

Apa kena mengena perlawanan bola sepak piala dunia itu dengan kita, lebih khusus, dengan orang biasa macam saya, yang tak ada kepentingan langsung. Siapa kalah atau menang pun, tak ada apa yang menjejaskan atau memanafaatkan saya. Tapi, dek kerana trend semasa, maka saya pun kena ambil tahu.

Nampak gaya bagi setengah orang yang statusnya macam saya juga dalam kaitannya dengan kejohanan ini, sanggup mereka berjaga malam.

Pagi Khamis semalam lebih kurang jam 7.30 pagi saya menalipon saorang kawan. Panggilan pertama saya berakhir dengan tiada jawapan. Panggilan kedua saya dijawab oleh isterinya dan kedengaran jauh-jauh dia mengejutkan sisuami, memberitahu panggilan dari saya. Sabentar sisuami menjawab dan saya mengajaknya kesatu urusan. Dia setuju.

Kami bersama kerumah saorang lagi kawan. Satelah beberapa kali salam, kawan kedua menjawab dengan suara yang masih dalam. Sabentar dia muncul dicelah pintu dan menjemput kami naik. Saya dan kawan pertama menarik kerusi yang terdapat dihalaman kawan kedua dan mengatakan tak payah naik kerumah, dihalaman saja dan dia pun turun.

Rupa-rupanya kedua-duanya baru tidur kerana melihat perlawanan separuh akhir Jerman-Sepanyol.

Aduhai........, sekali lagi saya nak tanya, apa manafaatnya berjaga begitu sehingga esoknya terpaksa mengkadha balik tidur dan mungkin mengakibatkan kerja buat tergendala. Saya yakin kedua-dua kawan saya tu tak ada apa kaitan dengan perlawanan bola itu. Berjudi samada yang halal (samentelah kalau ikut surat khabar, tak jadi dihalalkan) pun kawan-kawan saya ni tidak, yang haram pun tidak. Kalau kalah atau menang mana-mana pasukan pun, tidak juga kedua kawan saya ini dapat atau rugi apa-apa. Tapi, berjaga jugak mereka.

Boleh jadi dia nak jadi orang yang menjawab soalan siapa kalah atau menang, tak nak jadi orang yang bertanya macam saya dipagi esoknya..........., wallahuaklaaaam.

No comments:

Post a Comment